Lain orang lain pengalaman bersalinnya. Ibu pasti pernah dengar ada orang yang proses bersalinnya lama sungguh dan memenatkan, betul tak? Tapi ada juga yang bersalin sekejap saja! Jadi, apa sebab bersalin lama?
Sebenarnya, ada beberapa faktor tertentu yang boleh jadi sebab bersalin lama pada sesetengah wanita. Antara sebab-sebabnya ialah:
3 sebab bersalin lama – ibu bakal bersalin wajib tahu
#1 Uri menutupi jalan keluar nak bersalin
Dalam keadaan yang normal, plasenta atau uri akan terletak di bahagian atas rahim. Namun, kadang-kadang apa yang boleh terjadi ialah plasenta berada di bahagian bawah.
Ia mengakibatkan plasenta itu menutupi sebahagian atau separuh dari jalan keluar nak bersalin. Perkara ini dipanggil sebagai plasenta previa atau uri di bawah.
Umumnya, uri di bawah selalu terjadi pada kehamilan yang masuk usia 28 minggu ke atas. Akan tetapi sehingga kini, pakar masih tidak tahu mengapa ia terjadi.
Salah satu tanda-tanda uri di bawah ialah pendarahan tanpa rasa sakit, darah warna merah segar dan pendarahan pertama tidak terlalu banyak.
Akan tetapi, pendarahan yang terlampau banyak boleh mengakibatkan maut!
Jika keadaan ini berlaku, untuk menyelamatkan bayi, pembedahan czer akan dilakukan.
#2 Pinggul sempit
Doktor boleh mengetahui jika ibu-ibu mempunyai pinggul yang sempit atau tidak melalui pemeriksaan cephalo pelvic disproportion.
Ketika ini, kepala bayi sudah di saluran peranakan di atas pinggul atau “bayi sudah turun“.
Jika bayi terlalu besar dan lebih dari 2.5kg, ibu dengan pinggul yang sempit akan menjadi sukar untuk bersalin dan mengambil masa berjam-jam.
Tiada cara lain untuk menyelamatkan bayi dengan ibu pinggul sempit melainkan dengan melakukan pembedahan czer.
Sebab bersalin lama #3 Proses bersalin yang memenatkan
Proses kelahiran yang memenatkan dan sulit mampu jadi punca proses kelahiran memakan masa pada sesetengah ibu. Hal ini dipanggil sebagai distosia.
Distosia melibatkan situasi sukar di mana ibu mungkin sudah cukup penat untuk meneran, jalan keluar untuk bayi terhalang, bayi terlalu besar, bayi sangkut di bahagian bahu (terumatanya untuk bayi 4kg ke atas) dan juga kerana komplikasi tali pusat.
Jika distosia berlaku ketika proses bersalin sudah berjalan dan bayi hampir keluar, proses ini akan dibantu dengan bantuan tangan supaya bayi tidak lemas.
Lebih-lebih lagi jika air ketuban sudah bertukar menjadi warna hijau!
Jika proses bersalin sudah berjalan, laluan pembukaan rahim sudah lengkap dan kepala bayi sudah turun, namun bayi masih tidak keluar, maka doktor akan menggunakan vakum atau forcep untuk “menarik” bayi keluar.
Jika kepala bayi tidak keluar atau pembukaan rahim tidak lengkap, maka pembedahan czer akan dilakukan.
Semoga maklumat tentang tiga sebab bersalin lama ini akan membantu ibu-ibu untuk lebih memahami proses bersalin agar semuanya berjalan lancar.
Kami di theAsianparent Malaysia mendoakan agar anda selamat melahirkan bayi comel yang akan jadi penyeri dalam rumah tangga anda.
Jangan lupa kongsikan pada kami mengapa anda mengalami proses persalinan yang lama dulu.
Sama-sama kita mengutip maklumat, tidak salah jika kita menyumbang serba-sedikit pengalaman kan!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 13 Gerakan Mudah Untuk Lebih Cepat Bersalin, Ibu Sarat Wajib Tahu