Sebelum membeli baju raya anak-anak ...

Membeli baju raya perlukan kepada perancangan bersama anak-anak. Elakkan daripada membeli tanpa merancang. Mari ketahui beberapa perkara tentang baju raya anak-anak sebelum anda melangkah ke kedai untuk membelinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Yay! Besok adik dapat beli baju raya!”

Inilah antara perkara yang paling anak-anak gemari – membeli baju raya. Setelah sebulan berpuasa, mereka tentu ingin meraikannya dengan baju baru. Namun yang lebih tepat untuk Hari Raya dalam Islam ialah memakai pakaian yang bersih dan terbaik yang dimiliki, tidak semestinya baru.

 

 

BERKAIT : 10 tempat ‘shopping’ di KL mesti dikunjungi

Sebelum membeli baju raya, fikirtan tentang:

. Umur – terutama anak-anak kecil yang sedang membesar, pastikan anda membeli satu saiz lebih besar. Dengan ini baju raya yang dibeli dapat bertahan lebih lama walaupun saiz badannya bertambah.

2. Citarasa – bagi anak-anak kecil, biasanya ibubapa yang menentukan. Namun ada juga keadaan dimana anak-anak tidak suka memakai baju raya pilihan ibubapa. Bagi membantu anda, perhatikan kartun kegemaran mereka. Baju yang dihiasi karekter tersebut mungkin lebih teruja untuk dipakai dan anak-anak akan suka memakainya berulang-ulang.

Bagi yang sudah besar, mereka mungkin punyai citarasa sendiri. Izinkan mereka mengikut citarasa fesyen raya mereka dengan bimbingan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

BERKAIT: KL one of the best shopping cities

3. Kesesuaian masa dan praktikal

Bagi anak lelaki, jika tidak gemarkan sepasang baju melayu, belilah bajunya saja dan kenakan dengan seluar biasa. Selepas Hari Raya, bajunya boleh dipakai untuk solat Jumaat manakala seluarnya boleh dikenakan dengan baju lain.

Bagi anak-anak perempuan, pelbagai fesyen raya dijual di luar sana, namun belilah sesuatu yang praktikal dan boleh dipakai diluar hari perayaan juga. Juga, pesankan pada anak-anak agar lebih kreatif dan tidak terikat serta terikut dengan fesyen raya kerana trend akan sentiasa berubah menyebabkan pemakaiannya terhad.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Fabrik – kanak-kanak amat lasak, jadi pilihlah fabrik yang tahan serta mudah dicuci. Dalam cuaca Malaysia yang sentiasa meningkat suhunya, timbangkan juga jenis fabric yang membenarkan peredaran udara dan tidak panas seperti kain kapas. Pastikan juga warna baju yang tidak mudah luntur selepas dicuci.

5. Poket – ini satu elemen pada baju, terutama baju kurung, yang semakin hilang. Poket sebenarnya amat berguna dan praktikal, tidak kira pada baju melayu, baju kurung atau fesyen raya yang lain. Bagi kanak-kanak boleh dijadikan tempat menyimpan duit raya dan sapu tangan apabila berkunjung ke rumah jiran dan saudara.

BERKAIT : Etika berbelanja untuk keperluan Raya

6. Keselesaan – keselesaan ketika memakai sangat penting. Ini menentukan berapa lama anak-anak akan bertahan memakai baju raya mereka. Elakkan terlalu mengikut fesyen raya dan kurangkan hiasan-hiasan pada baju bagi kanak-kanak. Keadaan mereka yang lasak mungkin menyebabkan hiasan tidak kekal lama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Aksesori tambahan

Jika perlu membeli, pastikan jarum pada pin tudung cukup tajam. Jika tidak ia akan merosakkan tudung. Belilah yang ‘simple’ untuk anak-anak. Beg tangan untuk anak-anak kecil mungkin tidak perlu, duit raya boleh saja disimpan dalam poket baju atau diserah pada ibu. Samping dan songkok pula tidak selalu digunakan, jadi gunakan saja apa yang ada dalam simpanan kecuali jika keadaannya terlalu daif.

Praktikal mengajar anak berbelanja

Jika setiap tahun anda membeli baju raya untuk anak-anak termasuk yang telah bersekolah, apa kata tahun ini anda minta mereka untuk membuat persediaan raya mereka sendiri. Syaratnya: ia harus berada dalam bajet masing-masing.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contoh: bagi anak yang sekolah menengah, tetapkan persediaan hari raya mereka sebanyak RM200. Biarkan mereka memilih fesyen raya, kuantiti dan gabungan yang dirasakan sesuai. Jika inginkan kasut tertentu yang agak mahal, mereka pasti akan kurangkan belanja untuk pakaian. Mungkin saja hanya memilih baju T-shirt dan memakai baju melayu tahun lepas yang masih berkeadaan baik.

Rujukan:

Oh No, Baby! How to Avoid Sticker Shock When Buying Children’s Clothing
Panduan Pilih Pakaian Anak
Didik anak dengan belanja raya

Bagaimana anda membuat pilihan baju raya untuk anak-anak? Kongsikannya dalam ruangan komen di bawah 🙂

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan