Kisah Segitiga Bermuda merupakan antara misteri alam yang masih gagal dijelaskan sepenuhnya. Ia diberi gelaran Devil’s Triangle kerana telah meragut banyak nyawa sesiapa sahaja yang melaluinya tanpa meninggalkan sebarang kesan. Kawasan ini terletak di Lautan Atlantik Utara yang membentuk garis segitiga bermula dari Bermuda, Florida dan Puerto Rico.
Dengan kawasan seluas 500,000 batu persegi hingga ke titik paling selatan, Segitiga Bermuda merupakan kawasan perairan paling sibuk di dunia kerana banyak kapal laut besar dan mewah merentasinya setiap hari.
Seorang saintis, Nick Hutchings mendakwa bahawa misteri selama beberapa dekad di sebalik kehilangan Segitiga Bermuda yang menjadi punca kehilangan puluhan pesawat dan ratusan kapal tiada kaitan langsung dengan makhluk asing.
Misteri kehilangan kapal dan pesawat di Segitiga Bermuda
Sebanyak 10 insiden yang melibatkan kehilangan pesawat dilaporkan di kawasan ini sejak 1945 sehingga 2017. Manakala, terdapat kira-kira 14 laporan yang melibatkan kehilangan ratusan orang di pelbagai kapal yang hilang tanpa berjaya dikesan.
Disebabkan banyak kehilangan yang belum terjawab, banyak juga teori konspirasi yang muncul dikaitkan dengan makhluk asing termasuk fenomena alam, nampaknya dokumentari Channel 5 Rahsia Segitiga Bermuda mempunyai jawapan yang dicari selama ini.
Menurut Nick Hutchings, Bermuda pada dasarnya adalah gunung laut berapi yang terletak di dasar perairan. Tetapi sejak 30 juta tahun yang lalu, ia muncul di atas paras laut.
Katanya lagi, “Kini ia telah terhakis dan yang tinggal hanyalah puncak gunung berapi. Kami mempunyai beberapa sampel teras yang mengandungi magnetit. Ia adalah bahan semula jadi yang paling magnetik di Bumi.”
Hutchings turut menjalankan eksperimen menggunakan sampel batu dan kompas. Selepas batu itu diletakkan di atas permukaan yang rata, kompas digerakkan di atasnya, dan jarum itu bergerak dengan sangat laju.
Beliau menyimpulkan bahawa fenonema ini berlaku bukanlah disebabkan sebarang kuasa ghaib tetapi hakikatnya batuan tersebut mengandungi magnetit yang menjadikan peranti tersebut tiba-tiba tidak berfungsi dengan baik.
“Anda boleh bayangkan pelayar lama yang belayar merentasi Bermuda. Ia pasti akan menjadi sangat mengelirukan, “jelas Hutchings. Jadi, tidak hairanlah jika ada orang yang hilang ketika melaluinya.
Hutchings juga turut menjelaskan bahawa terpulang sama ada orang ramai ingin percaya atau tidak terhadap teori yang dibuktikannya.
Lain pula dengan teori yang dibawa oleh pengarah filem dan Youtuber, Harris ada memberikan penjelasan yang lebih mudah.
Melalui perkongsiannya di Youtube, Harris menerangkan bagaimana pendekatan dipacu data diperlukan apabila bercakap tentang kawasan misteri itu.
Jelasnya, “Manusia telah mencipta suatu alat yang canggih untuk kita melihat ke dalam dasar laut. Hasilnya, kita dapat mengumpul ratusan atau puluhan ribu eksperimentasi berkaitan perkara-perkara yang tidak terjangkau dek akal. Jadi, lebih mudah untuk kita merakamnya dari semasa ke semasa tanpa menempah sebarang risiko.”
Harris kemudian dengan berani membuat kesimpulan bahawa segitiga bermuda sebenarnya tidak berbahaya kerana insiden misteri tersebut jarang-jarang berlaku.
“Jika anda berani berbuat demikian, anda akan dapati bahawa tiada apa yang luar biasa di sini berbanding dengan puluhan ribu kemalangan atau kematian yang direkodkan di laut selama 20 tahun,” jelasnya.
Jadi berhentilah terus-terusan menyalahkan makhluk asing.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Benarkah Gerhana Matahari Bunuh Covid-19? No. 2 Ibu Perlu Ambil Tahu
Baca juga: Benarkah Bawa Anak Berjalan Atas Embun Pagi Boleh Cepatkan Dia Berjalan? Ini Jawapannya!
Baca juga: Kebaikan Minum Air Suam Bersama Secubit Garam, Elak Gangguan Jin Dan Syaitan