X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Benarkah Gerhana Matahari Bunuh Covid-19? No. 2 Ibu Perlu Ambil Tahu

22 Jun, 2020
Benarkah Gerhana Matahari Bunuh Covid-19? No. 2 Ibu Perlu Ambil Tahu

Pelbagai teori Covid-19 muncul sejak ia menyerang.Terbaru, ada saintis mengaitkannya pula dengan gerhana matahari! Adakah benar ia boleh membunuh virus itu?

Kemunculan mitos dan teori virus bawa maut, Covid-19 bukan lagi asing. Pelbagai mitos dan teori berkaitan virus pembawa maut itu muncul sejak ia menyerang seluruh dunia. 

Datangnya tidak berjemput, perginya dinanti-nanti, virus menakutkan itu seperti terus menghantui masyarakat seluruh dunia.

Ada yang mengaitkannya dengan pasar haiwan eksotik di Wuhan, China dan ada pula yang mengeluarkan teori penyebarannya berkait rapat dengan pembangunan kerana tersebar melalui gelombang 5G. 

Terbaru, ada saintis mengaitkannya pula dengan gerhana matahari!

Teori virus bawa maut: Benarkah gerhana matahari boleh bunuh Covid-19?

teori virus bawa maut

UK Express melaporkan, seorang saintis dari India mendakwa beliau percaya penularan wabak itu bermula selepas partikel-partikel yang melalui proses mutasi bercampur dengan neutron yang terhasil selepas fenomena gerhana matahari.

Untuk menguatkan dakwaan itu,  Dr KL Sundar Krishna menjelaskan ia susulan daripada kemunculan terakhir gerhana matahari pada 26 Disember tahun lalu, yang mana virus itu dikatakan muncul daripada lapisan atmosfera atas.

Katanya, di lapisan itulah berlakunya mutasi struktur molekul yang berkemungkinan menjadi punca terjadinya penularan virus berkenaan.

Jadi disebabkan ia berpunca dari gerhana matahari, beliau juga percaya fenomena alam itu dapat menghapuskan virus berkenaan.

Katanya, sinaran matahari yang kuat ketika gerhana dipercayai berupaya menyahaktif virus itu dan sekali gus menamatkan penularannya di seluruh dunia.

Covid-19 : Apa yang kita tahu setakat ini?

#1. Tiada transmisi ibu hamil kepada bayi dalam kandungan

Tiada transmisi jangkitan COVID-19 yang direkodkan daripada ibu hamil kepada bayi yang dikandungkan berdasarkan kes sebelum ini.

Menurut, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Dr Nur Azurah Abd Ghani, namun penemuan itu hanyalah berdasarkan pengalaman kes ibu hamil dijangkiti Covid-19 yang pernah dicatatkan di luar negara seperti China dan United Kingdom.

Sehingga kini belum ada lagi kajian saintifik dilakukan berikutan Covid-19 ini adalah virus baharu dan maklumat yang diperoleh hanya berdasarkan kes ibu hamil yang direkodkan sebelum ini.

Apa yang penting bagi ibu hamil untuk segera melakukan pemeriksaan jika mengalami gejala Covid-19 dan mendapatkan rawatan jika disahkan positif.

#2. Ibu yang dijangkiti Covid-19 digalak terus menyusukan bayinya

teori virus bawa maut

Ada ibu yang ingin tahu adakah selamat meneruskan penyusuan sekiranya dia dijangkiti Covid-19? Tiada bukti setakat ini virus Covid-19 dijumpai dalam susu ibu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan ibu terus memberi bayi mereka susu badan biarpun ibu menghidap simptom Covid-19.

Ia mengambilkira manfaat susu ibu adalah lebih besar daripada risiko yang timbul jika ia diberhentikan selain kanak-kanak secara relatifnya kurang berisiko untuk menghidap Covid-19.

Ibu yang disahkan menghidap Covid-19 harus digalakkan untuk memulakan atau meneruskan pemberian susu ibu melainkan jika ibu tersebut sangat tidak sihat.

#3. Dexamethasone berhasil ubati pesakit Covid-19?

Steroid jenis dexamethasone dipercayai membantu menyelamatkan satu pertiga daripada kes Covid-19 paling serius.

Dexamethasone, steroid murah dan mudah diperoleh, dipercayai mampu mengurangkan kadar kematian dalam kalangan pesakit.

Ia berdasarkan keputusan percubaan yang dianggap sebagai penemuan terbesar dalam usaha memerangi wabak berkenaan.

Penyelidik yang diketuai pasukan dari Universiti Oxford itu menilai ubat berkenaan yang diberikan kepada lebih 2,000 pesakit Covid-19 yang tenat.

Pesakit yang hanya boleh bernafas dengan bantuan ventilator, apabila diberi  dexamethasone mengurangkan risiko kematian kepada 35 peratus, dan mereka yang menerima bantuan oksigen, kadar kematian dapat dikurangkan kepada satu perlima.

#4. Berjemur di bawah matahari, minum dan mandi air panas, minum air suam, boleh bunuh dan rawat Covid-19?

teori virus bawa maut

Kredit foto: healthline

Tiada bukti yang menunjukkan berjemur di bawah matahari dan minum air panas boleh membunuh virus Covid-19 dan menghalang jangkitan.

Ini jelas dibuktikan apabila kebanyakan negara yang bersuhu panas yang menerima cahaya matahari yang tinggi dengan suhu yang panas turut merekodkan jangkitan virus Covid-19.

Laman web WHO juga memuat naik mengenai perkara ini apabila mengatakan berjemur di bawah matahari pada  atau suhu yang sejuk tidak dapat melindungi kita dari jangkitan virus Covid-19.

Menurut Kementerian Kesihatan terdapat 16 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,572 kes setakat ini.

Apa pun, norma baharu perlu terus diamalkan rakyat Malaysia. Apa saja arahan dan nasihat Kementerian Kesihatan harus diikuti dan dipatuhi dalam menghadapi pandemik ini. #kitajagakita

Sumber: freemalaysiatoday, astro awani, Berita Harian, harian metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comkekebalan-tubuh

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Benarkah Gerhana Matahari Bunuh Covid-19? No. 2 Ibu Perlu Ambil Tahu
Kongsikan:
  • Pandemik Covid-19, Bilakah Ia Akan Berakhir Untuk Anda Menjalani Hidup Secara Normal?

    Pandemik Covid-19, Bilakah Ia Akan Berakhir Untuk Anda Menjalani Hidup Secara Normal?

  • Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

    Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Pandemik Covid-19, Bilakah Ia Akan Berakhir Untuk Anda Menjalani Hidup Secara Normal?

    Pandemik Covid-19, Bilakah Ia Akan Berakhir Untuk Anda Menjalani Hidup Secara Normal?

  • Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

    Ibu Hamil Yang Positif Covid-19 Disaran Bersalin Secara Caesar, Ini Penjelasan Doktor

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.