Jangan Sapu Krim Pelindung Matahari Sembarangan Pada Anak, Alahan Boleh Seteruk Ini!

Jangan Sapu Krim Pelindung Matahari Sembarangan Pada Anak, Alahan Boleh Seteruk Ini!

Hati-hati jika anda selalu menyapu sesuatu krim pada badan anak. Mereka mungkin ada alahan dan ia boleh jadi seteruk kesan lecur ini!

Alahan dengan krim pelindung matahari, hati-hati ibu bapa semua!

Kasihan. Kulit seorang kanak-kanak berusia 3 tahun kelihatan seperti luka melecur akibat alahan kepada krim pelindung matahari Peppa Pig.

Kejadiannya berlaku begini…

Rivers Japsper dan keluarganya sedang bercuti di Bali dan selepas beberapa minit krim itu disapukan, kulit bahagian belakang, muka, bahu dan telinganya telah bertukar menjadi merah seperti luka terbakar yang teruk.

Alahan Rivers begitu teruk sehingga dia muntah-muntah dan asyik menangis dalam kesakitan.

Jangan Sapu Krim Pelindung Matahari Sembarangan Pada Anak, Alahan Boleh Seteruk Ini!

Gambar alahan Rivers tangkapan dari video 7 News

Ibu bapa Rivers telah berkongsi tentang kisah mereka untuk memberi amaran kepada ibu bapa lain mengenai krim pelindung matahari ini.

Ibu Rivers, Shannae Lee Jasper, memberitahu 7 News Perth:

“Kulitnya sangat merah dan dia sentiasa dalam kesakitan. Dia muntah sepanjang hari keesokannya.”

“Sekarang dia sangat takut kalau kami cuba meletakkan apa-apa pada kulitnya, biarpun pada masa mandi.”

Ibu sapu krim pelindung matahari Peppa Pig

Krim itu telah disimpan dalam almari selama setahun, tapi masih belum lepas tarikh luputnya.

Ibu bapa Rivers telah menggunakannya apabila mereka kehabisan krim pelindung matahari yang mereka guna semasa di Bali.

Label pada botol krim ini menunjukkan ia disyorkan oleh Majlis Kanser Australia yang selalu menggalakkan keselamatan sebarang pemakaian krim.

Jangan Sapu Krim Pelindung Matahari Sembarangan Pada Anak, Alahan Boleh Seteruk Ini!

Majlis Kanser tersebut mengatakan “semua krim pelindung matahari mereka dilulus oleh TGA dan diuji mengikut Piawaian Australia.

Hanya sebahagian kecil individu yang mungkin ada kulit yang sangat sensitif atau mempunyai alahan saja tidak sesuai memakai krim ini”.

Selepas Shannae berkongsi kisahnya, lebih daripada seratus ibu bapa lain juga telah tampil untuk berkongsi pengalaman yang serupa.

Awal tahun ini, seorang bayi perempuan dari Sydney juga telah menjadi mangsa selepas menggunakan krim pelindung matahari yang sama.

Syukurlah, Rivers kini beransur pulih, walaupun kulitnya masih gatal dan terasa sakit.

Alahan terhadap krim pelindung matahari

Walau kisah Rivers kelihatan menakutkan, setiap kanak-kanak masih memerlukan perlindungan dari cahaya matahari. Akademi Dermatologi Amerika (AAD) mengesyorkan semua kanak-kanak disapu dengan krim pelindung matahari tidak kurang dari SPF 30 – tidak kira apa jua warna kulit kanak-kanak itu.

Terlalu banyak matahari boleh menyebabkan selaran matahari, kerosakan kulit, kerosakan mata, kanser kulit dan melemahkan sistem imun.

Langkah berjaga-jaga apabila menggunakan krim pelindung matahari pada anak

Penggunaan krim pelindung matahari harus dielakkan jika bayi anda di bawah umur 6 bulan. 

Bayi yang berumur kurang dari 6 bulan juga tidak patut berjemur di bawah cahaya matahari yang terik.

Cari tempat berteduh dan pakaikan pakaian dengan lengan dan seluar panjang pada mereka. Guna topi dan pakaikan cermin mata hitam. Stylo dan langkah berjaga-jaga yang harus diamalkan, ya!

Jangan Sapu Krim Pelindung Matahari Sembarangan Pada Anak, Alahan Boleh Seteruk Ini!

Krim pelindung matahari yang dilabel ‘untuk bayi‘ atau ‘untuk kulit sensitif‘ adalah pilihan yang lebih selamat.

Pastikan anda uji krim itu pada kawasan kecil kulit bayi untuk memastikan tiada alahan.

Antara lain, ikut langkah berjaga-jaga berikut:

  • Kanak-kanak dan bayi yang berusia 6 bulan ke atas boleh menggunakan krim spektrum luas, tahan air dengan SPF 30 atau yang lebih tinggi.
  • Pilih krim pelindung matahari khas untuk kanak-kanak yang kalis air. Buat uji alahan pada kulit anak sebelum menyapu pada seluruh badan. Elak sapu pada kelopak mata. Sekiranya kulit menunjukkan ruam, bawa anak jumpa pakar pediatrik.
  • Pastikan krim pelindung matahari tidak lepas tarikh luputnya, dan simpan ia di tempat yang gelap dan tidak panas.
  • Krim pelindung matahari perlu disapu semula selepas 2 jam.
  • Krim pelindung matahari yang menggunakan bahan zink oksida atau titanium dioksida, atau pelindung matahari khas yang dibuat untuk bayi atau kanak-kanak adalah lebih selamat.
  • Jangan gunakan pelindung matahari dengan PABA, yang boleh menyebabkan alahan kulit.
  • Sapukan krim pelindung matahari sekurang-kurangnya 20 minit sebelum anda keluar.
  • Gunakan krim pelindung matahari yang kalis air dan tahan lama apabila pergi main air atau berenang.
  • Krim pelindung matahari jenis semburan senang digunakan tapi jangan lupa, ia boleh dihidu dan masuk ke paru-paru dan menyebabkan kerengsaan. Ada yang juga mudah terbakar
  • Buang mana-mana krim pelindung matahari yang sudah tamat tarikh luputnya atau krim yang telah disimpan selama 3 tahun atau lebih lama.

Sumber: 7 NEWSKidsHealth dan AAD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Muka anak perempuannya bertukar merah dan mula menggelembung, ibu ini memberi amaran kepada semua ibu bapa

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner