60 minit pertama bayi baru lahir – berapakah di antara anda yang pernah terfikir akan betapa pentingnya saat-saat ini?
Ia adalah sejam pertama hidup seorang manusia yang baru. Di dalam jangka masa ini, si ibu dan si ayah melihat, mencium dan memegang bayi mereka buat pertama kalinya.
Bayi baru lahir
Pada saat ini, bayi baru lahir dari rahim ibu merasakan kehadiran ibu bapanya buat pertama kali. Jalinan yang bermula dengan sentuhan dan ciuman, dan sepatutnya diikuti dengan rasa pertama si anak akan susu ibunya, yang dijalinkan buat pertama kali.
Jam pertama kehidupan ini, atau ‘masa emas’, tanpa ragunya lagi adalah sangat penting. Tetapi dengan mudahnya, jam ini berlalu dengan cepat, dikaburi oleh minit-minit kehidupan yang seterusnya.
Apakah yang sebenarnya terjadi semasa satu jam pertama di dalam kehidupan si bayi? Apakah rasanya untuk manusia baru ini di dalam dunia baru daripada saat dia meninggalkan rahim ibunya sehingga saat dia menyusu dari ibunya?
Mari perlahankan waktu, minit demi minit.
Sejam pertama kehidupan bayi
Sekarang, lihatlah ke dalam sejam (dan 10 minit) pertama yang indah dan sangat menakjubkan di dalam kehidupan seorang bayi seperti yang dirakamkan oleh para pengkaji dan Science News.
0 minit selepas kelahiran: Seorang anak yang baru dan sangat kecil mengeluarkan jeritan halusnya, mengumumkan kehadirannya ke dunia, sambil membersihkan paru-parunya di dalam proses tersebut.
2 minit selepas kelahiran: Sekarang adalah masa untuk bertenang selepas menangis – untuk kurang dari seminit – sangat tenang dan senyap di atas dada atau perut ibunya. Para penulis kajian tersebut merasakan bahawa saat-saat tenang ini telah berevolusi untuk “menyelamatkan bayi-bayi daripada pemangsa.”
2.5 minit selepas kelahiran: Tidur sementara pun berakhir, dan si bayi akan mula membukakan matanya untuk kali pertama. Dia juga akan mula menggerakkan mulut dan kepalanya secara perlahan-lahan.
8 minit selepas kelahiran: Masa untuk lebih banyak aksi dengan matanya selama 5 minit atau seterusnya dan juga pergerakan tersentak-sentak anggota badannya yang kecil. Ia juga masanya untuk si kecil ingin makan buat pertama kalinya. Dia akan melihat kepada wajah dan dada ibunya, sambil mengeluarkan bunyi halus dan menggerakkan tangannya ke mulut.
18 minit selepas kelahiran: Wah, semua aksi tadi sememangnya memenatkan. Masa untuk berehat semula.
36 minit selepas kelahiran: Bertenaga selepas berehat sebentar, ianya masa untuk makan secara serius. Menggunakan deria bau terutamanya, si bayi akan mula bergerak ke arah dada ibunya untuk merasa hidangan minuman yang lazat buat pertama kalinya.
62 minit selepas kelahiran: Apakah rasa yang sangat sedap itu? Bayi akhirnya melekap ke dada ibunya dan mendapat dos ‘cecair emas’ yang terbaik atau ‘kolostrum’ yang dipenuhi dengan nutrien pekat dan antibodi. Penyusuan ini juga meransang pengecutan di dalam rahim ibu, membantunya untuk mengecut, dan akhirnya mencapai saiz sebelum mengandung.
70 minit selepas kelahiran: Kelaparan berakhir, ianya masa untuk tidur.
Jadi, begitulah. Sejam (dan 10 minit) pertama menarik kehidupan, di gambarkan minit demi minit, seperti didokumentasikan oleh sains.
Sudah tentunya, artikel Science News menunjukkan yang “penanda minit ini adalah nombor median diambil daripada sebilangan kecil bayi, dan di samping itu, jadual masa bayi-bayi ini juga sedikit berbeza.”
Tetapi, dengan peningkatan sokongan terhadap penyedia penjagaan kesihatan untuk melakukan amalan mesra bayi seperti sentuhan kulit-ke-kulit dan penyusuan sebaik sahaja dilahirkan, gambaran sejam pertama dalam hidup bayi mungkin membantu dalam hal ini.
Science News membuat rujukan kepada lagi satu kajian yang menunjukkan bayi yang dagunya menyentuh bahagian bawah payudara ibunya dalam jam yang pertama selepas dilahirkan lebih cenderung untuk membuat penyusuan dengan lebih berjaya berbanding bayi lain yang tidak menyentuhnya.
Apa yang kajian seperti ini lakukan adalah memberikan pemahaman yang lebih mendalam terhadap apa yang bayi perlukan sebaik sahaja dilahirkan dan bagaimana ibu bapa boleh memperkenalkan si anak kecil yang istimewa ini ke dalam hidup mereka, dan ke dunia dengan cara terbaik.
Kami berharap anda merasakan artikel ini menarik. Kongsikan pandangan anda tentangnya di ruangan komen di bawah.
Baca juga:
Penjagaan Bayi Baru Lahir Yang Betul, Panduan Lengkap A To Z Buat Ibu Ayah Baru Kali Pertama