X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Isu Panas: Sekolah Asing Bekas Minuman Murid Ikut Islam Atau Bukan Islam

12 Aug, 2017
Isu Panas: Sekolah Asing Bekas Minuman Murid Ikut Islam Atau Bukan IslamIsu Panas: Sekolah Asing Bekas Minuman Murid Ikut Islam Atau Bukan Islam

Sebuah sekolah di Selangor telah dikecam kerana mengasingkan bekas minuman murid ikut kategori Islam dan Bukan Islam. Sebagai ibu bapa, apa pandangan anda tentang isu ini?

Asingkan bekas cawan di kantin sekolah

Kecoh semalam apabila Free Malaysia Today melaporkan insiden sebuah sekolah di Hulu Langat, Selangor mengasingkan bekas minuman pelajar mengikut kategori “Islam” dan “Bukan Islam“.

Selepas tularnya berita tersebut, ramai ibu bapa dan netizen “naik angin” dan mendakwa sekolah itu sengaja ingin memecah belahkan kaum di Malaysia dan mempromosi “kebencian” atau “perkauman”.

Netizen yang naik angin ada sebab untuk berkata begitu. 

Pihak berkuasa sekolah enggan mengulas lanjut tentang perbuatan di kantin sekolah terbabit. Tapi, ada seorang pekerja kakitangan kantin (nama dirahsiakan) mengatakan perbuatan mengasingkan cawan dan bekas air ini telah bermula sejak tahun lepas!

Pihak Kementerian ketika dihubungi menafikan perbuatan tersebut sebagai satu dasar pembelajaran.

Isu Panas: Sekolah Asing Bekas Minuman Murid Ikut Islam Atau Bukan Islam

Guru besar sekolah kata ia demi ‘kesihatan’ murid-murid

Selepas tindakan sekolah itu dikecam, Ketua Biro Pendidikan Pemuda MIC – Ganesan Seerangam telah mengatur temu janji untuk melawat sekolah terbabit.

Pada mulanya, guru besar sekolah itu enggan berjumpa dengan Ganesan. Tapi, beliau akhirnya bersetuju untuk menjumpai Ketua Biro terbabit, namun beliau tak dibenarkan ke kawasan kantin.

Menurut Ganesan, guru besar itu mempertahankan tindakannya mengasingkan bekas itu demi menjaga ‘kesihatan’ murid-murid.

“Guru besar itu kata ada beberapa murid membawa makanan tak halal ke sekolah. Sebab itu dia didorong untuk menyediakan cawan asing bagi murid Muslim dan bukan Muslim”.

Tapi, sekolah itu hanya ada 214 pelajar Melayu, 164 pelajar India dan 5 pelajar berbangsa Cina!

Rata-rata ibu bapa mengecam keras isu ini di Facebook dan Twitter.

Islam bukan sedemikian rupa

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan perbuatan itu sebagai “mendukacita” dan tak menggambarkan ajaran Islam yang sebenar.

Hal seupama ini tak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi di Malaysia yang ada pelbagai kaum ini, kan?

Islam tak mengajar kekerasan, malah lebih mengagungkan sifat bertoleransi. 

 

Isu Panas: Sekolah Asing Bekas Minuman Murid Ikut Islam Atau Bukan Islam

 

Sebagai ibu bapa, apa yang boleh kita lakukan?

Janganlah ajar anak-anak anda erti kebencian terhadap kaum lain. Tiada kaum yang sempurna dan kita semua sama saja.

Keharmonian negara adalah asas penting dalam memelihara generasi yang sihat. Anda sebagai ibu bapa boleh melakukan beberapa perkara ini untuk mengelak muncul unsur kebencian dalam diri anak anda:

  • Jelaskan tentang pelbagai kaum pada anak-anak

Mereka harus faham bukan satu kaum saja ada di Malaysia ini. Jangan anggap ia satu perkara tak penting. 

  • Ajar dalam bahasa mudah

Kalau anda nak tunjukkan pada anak-anak yang pelbagai kaum ada di Malaysia, anda boleh mula ajar dengan cara mudah – melalui patung permainannya. 

Dari patung permainan mereka nanti, mereka dapat melihat kepelbagaian kaum.

  • Ajar kepentingan setiap kaum

uniform sekolah, uniform pelajar, uniform pelajar sekolah, uniform, pakaian seragam, pakaian seragam sekolah, pakaian seragam pelajar sekolah, pakaian sekolah, pakaian unifrom sekolah, uniform pelajar sekolah

Tanpa sokongan satu sama lain, nescaya kita takkan hidup dengan harmoni. Ajarlah anak-anak anda betapa penting setiap kaum dalam mencorak keharmonian yang pernah kita capai dulu.

  • Anda perlu bergaul dengan ramai orang juga

Mana tak tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi? Ha… jadi, anda pun kena beri contoh yang baik jika anda mahu anak-anak mempelajari sesuatu.

Marilah sama-sama kita menyemarakkan rasa cinta akan keharmonian dan nilai menghormati satu sama lain, pada keluarga dan anak-anak.

Stories Rakan Kongsi
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
COVID Hotspots vs Dengue Hotspots: Both Are Equally Important
COVID Hotspots vs Dengue Hotspots: Both Are Equally Important
What Is PHP and Why My Child Should Take It?
What Is PHP and Why My Child Should Take It?
10 Nilai Hidup dan Pembelajaran Yang Patut Ibu Ayah Didik Pada Anak SEBELUM Umur Mereka 10 Tahun
10 Nilai Hidup dan Pembelajaran Yang Patut Ibu Ayah Didik Pada Anak SEBELUM Umur Mereka 10 Tahun

Negara yang harmoni kunci kejayaan generasi.

Sumber rujukan: Free Malaysia Today, Malaysia Kini, The Malaysian Insight dan Berita Daily

Kredit gambar: Free Malaysia Today

Baca juga: 

 

Adakah Anak Anda Seorang Pembuli? Apa Yang Harus Anda Buat?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Isu Panas: Sekolah Asing Bekas Minuman Murid Ikut Islam Atau Bukan Islam
Kongsikan:
  • 6 aktiviti menarik untuk anak anda ketika cuti sekolah minggu ini: 18-24 Disember 2017

    6 aktiviti menarik untuk anak anda ketika cuti sekolah minggu ini: 18-24 Disember 2017

  • Cuti Sekolah Dikurangkan, Item No. 3 Jangan Lupa Sediakan Untuk Anak Ke Sekolah

    Cuti Sekolah Dikurangkan, Item No. 3 Jangan Lupa Sediakan Untuk Anak Ke Sekolah

  • Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

    Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • 6 aktiviti menarik untuk anak anda ketika cuti sekolah minggu ini: 18-24 Disember 2017

    6 aktiviti menarik untuk anak anda ketika cuti sekolah minggu ini: 18-24 Disember 2017

  • Cuti Sekolah Dikurangkan, Item No. 3 Jangan Lupa Sediakan Untuk Anak Ke Sekolah

    Cuti Sekolah Dikurangkan, Item No. 3 Jangan Lupa Sediakan Untuk Anak Ke Sekolah

  • Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

    Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.