Seks Ganas Lebih Seronok Dari Seks Romantik, Mengapa?

lead image

Ada pasangan yang menggemari aksi di ranjang dengan penuh romantik. Namun, ada juga yang menggemari cara ganas. Tapi mengapa? Kami mengupas mengapa bersama secara ganas lebih menyeronokkan!

Sex ganas itu apa?

Pasangan yang sudah berkahwin pasti biasa dengan aksi-aksi nakal di ranjang. Ada yang gemar cara romantik. Namun, ada juga yang gemar cara ganas

Lebih-lebih lagi lelaki.

src=https://media0.giphy.com/media/DIqGDHWsyuk00/200.webp#5 grid1 Seks Ganas Lebih Seronok Dari Seks Romantik, Mengapa?

Kredit: Giphy

Tapi sebelum kita bincangkan kenapa ada sesetengah pasangan lebih menggemari seks ganas ala-ala filem Fifty Shades of Grey, ayuh selami apakah itu sex ganas terlebih dulu.

Hubungan intim dalam bentuk ganas atau BDSM (bondage, dominance, sadism and masochism) adalah sejenis aksi di ranjang yang melibatkan satu amalan dinamik.

Para pelaku sex ganas atau BDSM akan menggemari elemen disiplin, dominan, submisif dan perkara lain yang meningkatkan keupayaan diri mereka.

Oleh sebab itu, kadang-kadang, ia tak dapat diterima oleh semua pihak. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/08/Dollarphotoclub 87870438 SM 1024x683.jpg Seks Ganas Lebih Seronok Dari Seks Romantik, Mengapa?

Kredit gambar: Sacred Bombshell Guide!

Mengapa ada pasangan yang suka sex ganas berbanding romantik?

Bagi masochist (orang yang gemar kesakitan dan keganasan dalam hubungan di ranjang), perbuatan seperti memukul dan menampar hingga lebam dikatakan boleh bikin mereka turn on.

Soalan ini mungkin boleh dijawab dari sudut sains. Badan manusia mempunyai reseptor kesakitan yang dipanggil nociception.

Nociception bertanggungjawab untuk memberi respon dan menghantar isyarat ke otak jika rangsangan kesakitan dirasai badan.

Terdapat 3 rangsangan kesakitan, iaitu:

  • rangsangan kesakitan kimia (untuk melecur)
  • rangsangan mekanikal (untuk kemalangan dan luka)
  • rangsangan thermal (untuk kesakitan akibat sejuk dan panas)

Ketiga-tiga rangsangan ini boleh mengaktifkan nociception, dan menghantar signal ke otak.

Contohnya – anda terpegang cawan yang panas. Rangsangan thermal mengaktifkan nociception dan menghantar signal ke otak untuk mengalihkan tangan anda.

Ha, faham kan? Jadi, adakah ia sama dengan kesakitan yang dirasai ketika melakukan seks ganas?

Fungsi kesakitan dan rangsangan yang menyeronokkan

Ya, sama! 

Malah, kesakitan yang dirasai badan juga mampu merangsang pengeluaran hormon dalam badan.

Antara hormon yang mudah terangsang kerana kesakitan adalah endorfin, serotonin, melatonin, epinephrin dan norepinephrine

Jadi, apabila anda merasai kesakitan, hormon ini akan bebas dan bertindak menjadi ubat tahan sakit. Lalu anda akan melawan kesakitan atau melarikan diri.

Dalam konteks hubungan sex ganas, hormon serotonin dan adrenalin akan lebih aktif apabila menerima kesakitan. Hormon ini yang menyebabkan anda turn on secara seksual sebenarnya!

Maksudnya di sini, jika rangsangan kesakitan diaktifkan dengan betul, hormon akan dilepaskan dan otak anda dapat tangkap rasa puas jadi anda seronok disakiti atau menyakiti!

Mengimbangi keinginan pasangan dan keinginan sendiri

Dalam melayari hubungan rumah tangga, anda dan pasangan harus bijak mengimbangi keinginan seksual masing-masing.

Mungkin hari ini kalian boleh cuba role-play atau sesuatu yang lebih kinky kerana suami lebih menggemarinya (biasalah lelaki lebih nakal).

Esok lusa kalian boleh cuba cara romantik ala-ala pasangan yang baru berkahwin pula, betul tak?

Yang pasti, hubungan intim ini bukan berpaksikan sebelah pihak saja. Kedua-dua pihak harus bijak memuaskan antara satu sama lain.

Kalau tak rangsangan seksual, rangsangan secara oral juga boleh! Hehe

Maka sekarang selepas penerangan kami ini, harapnya anda fahamlah mengapa ada sesetengah pasangan lebih menggemari hubungan seks ganas berbanding secara romantik!

Sama-sama kita belajar, ya?

Semoga perkongsian ini memberi sedikit maklumat pada anda!

Sumber rujukan: Your Tango

Kredit gambar: Billboard

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Hangatkan Kembali Hubungan Anda: 7 Kejutan Yang Dia Akan Suka!