Dengar perkataan ‘seks pagi’ sebelum sahur tentu ada yang cuak, bimbang atau resah gelisah kerana takut tak sempat nak mandi wajib.
Manakan tak bimbangnya mereka, sebab seseorang itu perlulah berada dalam keadaan yang suci sebelum berpuasa di siang hari. Jadi kalau nak berpuasa perlulah menyucikan diri dengan mandi wajib terlebih dahulu.
Tapi sebenarnya, anda boleh curi-curi sedikit masa sebelum sahur untuk melakukan seks pagi ini kerana ia dipercayai mempunyai banyak kelebihan tersendiri.
Apatah lagi, seks pagi ini adalah waktu paling seronok nak berasmara dengan pasangan.
Jadi tidak ada salahnya jik anda memperuntukan sedikit masa sebelum sahur untuk melakukan adegan panas ini. Sekurang-kurangnya satu atau dua jam sebelum bersahur.
Jom kita lihat kelebihan seks pagi sebelum sahur ini.
Kelebihan seks pagi sebelum sahur, suami isteri patut cuba!
#1. Suami bertahan lebih lama atas ranjang
Berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2017, tahap testosteron lelaki berada di paras paling tinggi adalah pada waktu pagi. Malah ia ditambah pula dengan hormon oksitoksin yang ternyata membuatkan waktu pagi adalah masa yang paling bagus untuk berasmara dengan pasangan.
Dengan hubungan seks ini juga dapat membantu meningkatkan hormon testosteron dalam tubuh badan dan kesannya suami mampu bertahan lebih lama dengan aksi yang menarik dan mengasyikkan.
Bagi melakukan seks pagi sebelum sahur ini, apa kata anda kejutkan suami pada jam 4 pagi sekurang-kurangnya untuk melempiaskan nafsu anda sebelum berpuasa di siang hari.
Lepas dah selesai segala hajat, cepat-cepat mandi wajib dan terus turun ke dapur untuk bersahur. Mudah, bukan?
#2. Memulakan hari yang indah dan bersemangat
Biasalah bila dah masuk tengah bulan berpuasa tentu badan akan rasa lemau, tak bersemangat, tak larat dan sebagainya.
Jadi untuk membantu mengatasi masalah badan tak larat ini, anda boleh menambahkan aura positif dengan melakukan seks pagi.
Ini kerana dengan bersenggama, ia mampu membuatkan tubuh badan kita dipenuhi dengan oksitoksin iaitu sejenis hormon yang berkait rapat dengan perasaan seronok dan teruja.
Dengan seks waktu pagi juga akan menambahkan rasa bahagia dan indah sebelum memulakan rutin harian anda.
#3. Sama seperti bersenam semasa berpuasa
Kalau nak tahu, seks waktu pagi juga seolah-olah anda sedang melakukan senaman di waktu pagi terutama bila tengah berpuasa tentu sedikit sukar untuk anda keluar bersenam, bukan?
Jadi ternyata dengan seks pagi ini mampu membakar sekurang-kurangnya lima kalori dalam satu hari dengan sangat mudah.
Apa lagi, sebelum sahur buatlah beberapa adegan asmara dulu ya untuk bakar kalori anda!
#4. Tubuh lebih bersedia untuk memulakan hari
Dengan melakukan seks di waktu pagi, tubuh anda lebih bersedia sepenuhnya untuk melakukan aksi yang lebih hebat selepas dapat tidur dan rehat yang cukup di waktu malam.
Malah, dari aspek mental pula, fikiran akan berada di fasa yang sangat relaks, tenang dan tidak serabut kerana anda baru saja bangun dari tidur.
Selain itu, ia membawa aura yang positif dari segi aspek fizikal dan mental anda selama berpuasa ini.
#5. Kurangkan stres dan tekanan
Pada tahun ini bulan ramadhan kita disambut dengan kelainan gara-gara tempoh Kawalan Pergerakan jadi semua orang perlu duduk di rumah dan sebarang aktiviti keagamaan juga dilarang.
Jadi mungkin disebabkan ini ada pasangan suami isteri yang tertekan dan stress atas sebab duduk lama dalam rumah dan tidak boleh melakukan aktiviti di luar.
Untuk mengurangkan perasaan itu, anda digalakkan untuk melakukan seks di waktu pagi kerana ia terbukti mampu mengurangkan stres anda.
Inilah antara kelebihan yang anda akan perolehi sekiranya melakukan seks pagi sebelum sahur. Hmmm apa kata anda cuba pada esok pagi? Semoga bermanfaat!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Healthline
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga