“Adakah melakukan seks selamat ketika hamil?” Soalan ini, dan segala soalan berkaitan hubungan seks ketika hamil yang anda mungkin segan hendak bertanyakan kepada doktor anda, kini terjawab di sini!
Apa yang anda boleh dapati dalam artikel ini:
- Adakah melakukan hubungan seks ketika hamil membahayakan kandungan saya?
- Sakit selepas hubungan seks hamil, adakah ianya normal?
- Bila hendak berhenti bersama ketika hamil?
Seks adalah suatu topik yang sering segan dibicarakan di negara konservatif seperti Malaysia, tetapi tidak bagi orang-orang dewasa yang matang, terutamanya pasangan yang sudah berkahwin.
Seks selamat ketika hamil, anda dan pasangan perlu tahu info ini
Walaupun perbualan ilmu tentang seks tidak perlu disegani, masih terdapat pasangan yang malu hendak bertanyakan pakar sakit puan mereka tentang kebolehan bersama ketika hamil.
Tetapi, ketahuilah bahawa tidak salah untuk anda bertanyakan soalan-soalan ini kerana kami tahu bahawa niat anda hanyalah untuk memastikan keselamatan kandungan anda, seraya ingin mengekalkan intimasi bersama si suami.
Anda juga perlu tahu bahawa pakar sakit puan anda tentulah terbuka untuk menjawab persoalan-persoalan ini kerana ia memang tugas mereka untuk mendidik anda tentang keselamatan hubungan seks, terutamanya ketika hamil. Jadi, tentulah mereka tidak akan judge anda!
Sekiranya anda masih segan untuk bertanyakan soalan berkaitan seks, apatah lagi menyebut perkataan berhuruf empat itu, kami boleh bantu anda!
Di sini kami berikan jawapan kepada soalan-soalan yang anda segan hendak bertanyakan doktor anda.
Adakah hubungan seks ketika hamil selamat atau tidak?
Selain dari doktor anda menasihati anda untuk menjauhi hubungan seks ketika hamil oleh sebab komplikasi ketika hamil, maka ianya SELAMAT untuk anda bersama pasangan anda ketika hamil.
Tahukah anda? Bayi anda dilindungi oleh cecair amniotik, termasuk otot-otot yang kuat di dalam rahim anda, ini memberi perlindungan kepada si kecil.
Menurut kajian, 80 peratus lelaki risau mereka akan menyakiti si kecil sekiranya mereka melakukan hubungan seks bersama isteri mereka yang hamil.
Tapi, anda tidak perlu risau! Berterima kasihlah pada otot rahim anda yang kuat berserta cecair amniotik yang memberi perlindungan pada bayi anda, walaupun ketika persetubuhan.
Tambahan pula, kemasukan kepada serviks anda dilindungi oleh mucus plug, yang melindungi dari jangkitan.
Walaupun terdapat beberapa posisi yang lebih mudah dilakukan sepanjang beberapa trimester, ianya adalah selamat untuk terus bersama sehinggalah hari air ketuban anda mula pecah.
Sekiranya pasangan anda masih enggan bersama ketika anda hamil, maka berkunjunglah ke pakar sakit puan anda supaya si suami boleh mendapat dan mendengar nasihat dari seorang pakar bahawa zakar mereka tidak akan menyentuh si kecil yang berada di dalam rahim.
Seks selamat ketika hamil—apakah yang bayi dapat rasakan ketika dalam rahim?
Sudah terbukti bahawa hubungan kelamin ketika hamil tidak mendatangkan bahaya kepada si kecil, tetapi adakah anda pernah terfikir bagaimana kandungan anda bertindak balas di dalam rahim ketika aktiviti ini?
Hubungan seks dan orgasm ketika hamil boleh membuahkan dua jenis tindak balas: bayi akan menjadi diam, atau ia akan lebih menggalakkan pergerakan bayi anda. Sekiranya anda berasa bahawa si comel sudah tertidur di dalam kandungan, ia mungkin disebabkan oleh pergerakan seolah-olah berirama ketika hubungan seks.
Kemanakah sperma suami akan pergi ketika hamil?
Adakah sperma bagus untuk kandungan?
Menurut laman web Healthline, air mani seorang lelaki yang dilepaskan ke dalam faraj si ibu hanya akan keluar semula dari badan melalui bukaan faraj.
Jadi, air mani yang dikeluarkan ke dalam faraj si isteri ketika hubungan seks tidak akan membahayakan bayi.
Dan kemungkinan untuk menyebabkan kehamilan sekali lagi pada si ibu adalah sangat tipis oleh sebab superfetasi adalah sangat tipis pada manusia dan proses ovulasi secara asasnya akan tidak berfungsi ketika kehamilan disebabkan pembebasan beberapa jenis hormon.
Kesan-kesan seks ketika mengandung
Sekiranya pakar sakit puan anda memberikan green light dan anda juga tidak mempunyai sebarang komplikasi ketika hamil, maka nikmatilah intimasi bersama pasangan anda pada tempoh kehamilan ini!
Peredaran darah yang tinggi di dalam badan anda mungkin boleh memberikan anda kepuasan yang lebih.
Menurut Medical News Today, seks hamil juga boleh membawa kebaikan kepada sang ibu. Seks boleh membakar lemak dan memastikan susuk tubuh anda terjaga.
Ia juga menyebabkan badan anda melepaskan antibodi yang boleh menaikkan sistem imunisasi anda.
Sekiranya anda berasa tertekan atau cemas, mendapat kepuasan setelah bersama boleh melepaskan hormon endorfin yang boleh membantu menenangkan anda dan si manja.
Yang paling penting, ia membantu anda untuk lebih rapat bersama suami anda!
Walaupun seks ketika hamil membawa kebaikan, terdapat juga beberapa risiko yang boleh dialami jika tidak dilakukan dengan betul.
Pertama sekali, ia boleh menyebabkan si ibu berasa terlalu penat sekiranya dia tidak sepatutnya melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang berlebihan. Tambahan pula, rangsangan payudara, klimaks wanita, dan sesetengah hormon di dalam air mani yang dikenali sebagai prostaglandins boleh menyebabkan pengecutan rahim. Tetapi, adakah ini akan menyukarkan proses bersalin? Kita akan bincangkan kemudian.
Bilakah waktu terbaik untuk melakukan seks ketika hamil
Menurut Holly Richmond, ahli klinik terapi seks dan ahli berlesen perkahwinan dan terapi keluarga berpendapat bahawa seks, tidak kira seks ketika hamil atau apa sahaja adalah bagus sekiranya ia memberi kepuasan dan dilakukan dengan persetujuan kedua-dua pihak.
Walaupun begitu, beliau berpendapat bahawa mengalami seks ketika dalam penggal kedua kehamilan adalah waktu terbaik oleh sebab kaum ibu tidak lagi mengalami alahan pada waktu ini dan nafsu anda ketika ini adalah pada tahap tinggi.
Pada penggal ketiga kehamilan, seks mungkin akan lebih susah dilakukan oleh sebab perut yang semakin membesar menghalang anda dari melakukan beberapa posisi.
Adakah normal untuk mempunyai mimpi basah ketika hamil?
Adakah anda mendapati bahawa anda sering berfikir tentang seks, walaupun di dalam mimpi? Seperti yang telah dimaklumkan, penambahan tahap ketinggian dalam hormon seorang wanita boleh menyebabkan nafsu semakin naik ketika hamil.
“Bonus lain disebabkan tahap estrogen yang lebih tinggi dan peningkatan aliran darah,” ujar Richmond.
“Saya mempunyai beberapa pelanggan saya melaporkannya dengan sedikit kebimbangan, kemudian gembira apabila saya memberitahu mereka ia perkara biasa dan kemungkinan besar akan reda selepas mereka bersalin, jadi nikmatilah!”
Selain itu, ia juga biasa untuk berasa lebih basah, kerana peningkatan rembesan dan pelinciran berlaku untuk melawan bakteria dan jangkitan yang boleh membahayakan kehamilan anda.
Adakah masturbasi selamat ketika hamil?
Menurut pakar, masturbasi adalah selamat dalam kehamilan berisiko rendah dan merupakan cara yang selamat untuk melegakan tekanan dan menguruskan libido yang tinggi.
Walau bagaimanapun, jika anda tidak pasti, maka anda sentiasa boleh menunda nasihat pakar sakit puan anda.
Adakah seks oral boleh dilakukan ketika hamil?
Menurut Dr Mary Jane Minkin, seorang profesor klinikal di Jabatan Obstetrik, Ginekologi, dan Sains Reproduktif di Sekolah Perubatan Universiti Yale, seks oral semasa kehamilan adalah selamat untuk ibu dan bayi, selagi ia dilakukan dengan berhati-hati.
Sebagai permulaan, jangan biarkan pasangan anda meniup udara ke dalam faraj anda kerana ia boleh menyebabkan komplikasi pada kehamilan anda.
“Kebimbangannya ialah apabila saluran darah dalam faraj mengembang, udara boleh ditiup ke dalam saluran dan menyebabkan embolisme udara,” kata Dr. Minken.
Udara boleh menyekat saluran darah, yang boleh memberi kesan pada sistem kardiovaskular anda, dan juga mendarat di plasenta dan memberi kesan kepada perkembangan janin.
Selain itu, pastikan pasangan anda bebas daripada sebarang jangkitan seksual yang boleh menjejaskan kehamilan anda. Yang paling berbahaya ialah virus herpes simplex, yang boleh disebarkan kepada janin semasa kelahiran dan boleh menyebabkan komplikasi seperti kerosakan saraf, keradangan otak dan kematian.
Jadi jika anda akan melakukannya, berhati-hatilah mengenainya.
Posisi seks terbaik ketika hamil
Demi keselamatan, kekalkan posisi yang tidak menambah tekanan atau berat pada perut anda. Selain itu, pastikan punggung anda disokong dengan baik dan anda selesa.
Bolehkah hubungan seks semasa hamil membantu proses kelahiran
Ya dan tidak.
Menurut Healthline, oxytocin, hormon cinta yang dikeluarkan semasa orgasme, dan pengecutan rahim boleh memudahkan kelahiran. Walau bagaimanapun, hubungan seks tidak akan menyebabkan kelahiran bermula sehingga badan anda bersedia untuk bersalin.
Inilah sebabnya mengapa sesetengah doktor menasihatkan pesakit mereka yang mengandung berisiko rendah untuk melakukan hubungan seksual pada minggu-minggu menjelang tarikh tamat tempoh mereka untuk mendorong kelahiran tetapi jarang untuk melihat kesannya.
Kenapa? Kerana jika badan anda tidak bersedia untuk bekerja, tiada apa yang anda lakukan akan mempercepatkan proses bersalin.
Bila perlu berhenti bersama ketika hamil
Seks semasa hamil boleh menjadi sesuatu yang menakjubkan, selagi ia tidak membahayakan anda dan keselamatan bayi anda. Oleh itu, jika anda merasakan sebarang kesakitan selepas hubungan seks, maka, berhentilah.
Dapatkan juga nasihat doktor anda dengan segera jika, selepas hubungan seksual, anda mengalami pendarahan faraj, sesak nafas dan kekejangan yang menyakitkan.
Pengalaman setiap wanita dengan seks semasa mengandung adalah berbeza.
Sesetengah melaporkan ia menggembirakan, manakala yang lain mendapati ia kurang memuaskan, kerana pembengkakan pelvis akibat peningkatan aliran darah boleh menyebabkan sedikit ketidakselesaan.
Walau bagaimanapun, terdapat kes tertentu di mana pasangan terpaksa menahan diri sama sekali, atas nasihat doktor mereka. Jangan teragak-agak untuk berbincang dengan pakar sakit puan anda tentang kebimbangan dan rancangan anda tentang seks.
Penulis asal Bianca Mendoza. Artikel ini mendapat kebenaran daripada TheAsianParent Filipina untuk diterjemah
Baca juga: Asyik ‘Mahu’ Saja Bila Hamil Ni, Selamatkah Kerap Lakukan Seks Ketika Hamil?
Baca juga: ‘Terbabas’ Ketika Rancang Kehamilan Sendiri, Wanita Ini Redha Bersalin 2 Kali Setahun
Baca juga: Ibu & Anak Sama-Sama Mengandung, Wanita Teruja Dapat Timang Anak Dan Adik Sekaligus!