Meskipun ramai pasangan yang sudah mendirikan amat mengharapkan kehadiran cahaya mata, tetapi ternyata tidak semua diberikan rezeki dengan cepat. Namun tidak salah untuk mencuba beberapa cara untuk membuat anak ini sebagai ikhtiar hamil.
Selain menyerahkan diri sepenuhnya kepada sang pencipta, ada beberapa faktor lain yang boleh mendukung bagi membantu anda cepat hamil dan mendapatkan anak.
Cara untuk membuat anak agar segera mengandung
credit to sources
Berdasarkan teori sekiranya anda masih berada di bawah usia 35 tahun, tubuh dalam keadaan sihat dan boleh melakukan hubungan intim secara teratur tanpa menggunakan alat pencegah kehamilan.
Jadi, kehamilan seharusnya terjadi dalam waktu sekitar 6 bulan sehingga 1 tahun. Namun kadang-kadang ada pasangan perlu berusaha lebih bagi mendapatkan cahaya mata.
Berikut beberapa cara untuk membuat anak agar cepat hamil:
#1. Santai dan hindari stres
Apapun yang terjadi dalam perjalanan rumah tangga, didiklah diri untuk sentiasa bertenang agar anda tidak tertekan. Jika ada kawan atau ahli keluarga yang sudah pun mengandung, usah berasa sedih dan nikmati dengan sebaiknya hidup berdua dengan pasangan.
Berdasarkan kajian, pakar telah membuktikan bahawa wanita sihat yang menginginkan kehamilan tidak boleh mengalami stres. Hal ini boleh mengurangkan peluang untuk mengandung meskipun anda sedang berada dalam fasa subur.
#2. Tidak berolahraga berlebihan
Melakukan aktiviti olah raga sememangnya baik untuk kesihatan. Namun, jika berlebihan ia boleh menyebabkan sukar hamil. Ini kerana pituaitary atau kelenjar bawah otak tidak merangsang sel telur berovulasi.
Adalah lebih baik anda mengurangkan kekerapan berolahraga untuk 3 kali sahaja seminggu lebih kurang 30 minit.
#3. Pilih posisi seks yang terbaik
credit to sources
Gaya seks missionary atau suami berada di atas membolehkan sperma cepat berenang setelah ejakulasi. Anda juga dinasihatkan agar tidak menggunakan cecair pelincir kerana ia boleh menjejaskan kualiti sperma.
Lakukan foreplay untuk membolehkan vagina mengeluarkan cecair secara semula jadi. Sebaiknya setelah melakukan hubungan intim, isteri hendaklah berbaring selama 10 hingga 15 minit. Anda juga hendaklah mengosongkan pundi kencing terlebih dahulu agar tidak terburu-buru buang air kecil.
#4. Amalan pemakanan yang sihat
Terap rutin harian yang sihat termasuklah pengambilan makanan berkhasiat bagi memenuhi keperluan tubuh badan sekiranya ingin cepat memiliki anak.
Bagi wanita, makanan seperti keju, susu, yogurt, kekacang dan minyak zaitun mampu meningkatkan tahap kesuburan. Manakala, para suami digalakkan untuk mengambil tembikai, ikan salmon, tomato, susu rendah lemak bagi menambah jumlah dan kualiti sperma.
#5. Kerap bersama
Jangan hanya bersama dengan pasangan ketika menghampiri tarikh datang bulan sahaja, ya! Menurut pakar, terdapat banyak kes proses persenyawaan tidak berlaku langsung.
Jika anda berusia kurang dari 35 tahun, cuba untuk hamil sehingga tahun adalah situasi yang normal. Justeru berhubungan intim sebanyak 2 hingga 3 kali dalam seminggu amat disarankan.
#6. Perhatikan waktu subur
credit to sources
Cara untuk membuat anak yang seterusnya ialah anda perlu mengetahui bahawa sperma hanya dapat bertahan selama 5 hari di dalam lendir serviks. Sedangkan sel telur boleh bertahan 24 jam sahaja setelah ovulasi.
Hak inilah yang membuatkan sebahagian besar kehamilan terjadi pada pasangan berhubungan intim 2 hari sebelum ovulasi. Seks bagi merancang kehamilan perlulah memperhatikan waktu yang tepat supaya terjadi proses persenyawaan ketika masa subur.
Untuk menghitungnya, anda boleh menggunakan kalkulator ovulasi.
#7. Pemeriksaan kesihatan dan imunisasi
Sekiranya kesemua tips dan cara membuat anak supaya cepat hamil di atas sudah pun anda cuba, namun selama 1 hingga 2 tahun masih tidak menunjukkan hasil, bolehlah lakukan cara ini pula.
Pilih klinik pakar kesuburan dan lakukan pemeriksaan kesihatan. Ia mungkin memerlukan ujian darah bagi mengetahui kemungkinan penyakit yang mengurangkan keberhasilan persenyawaan atau boleh membahayakan janin seperti HIV, Hepatitis B dan sifilis.
Pastikan juga anda dan pasangan mendapatkan imunisasi rubella agar terhindar dari sebarang jangkitan kuman.
Kesimpulannya selagi masih memiliki rahim, anda berpeluang untuk memiliki anak. Cepat atau lambat, sentiasalah berdoa kepada sang pencipta kerana hanya Dia mengetahui yang terbaik buat anda dan pasangan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ini Yang Terjadi Dalam Otak Manusia, Bila Sedang Ghairah Menikmati Seks Bersama Pasangan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!