Anak Hanya Mahu Makan Pasta, Benarkah Ia Tidak Boleh Dimakan Setiap Hari?

Ada ibu bapa yang mungkin buntu anak hanya selera makan pasta. Adakah mengambil pasta setiap hari akan memberi kesan kepada kesihatan dan tumbesaran anak?

Selain nasi, pasta kini kerap menjadi pilihan ibu bapa sebagai makanan wajib bagi anak mereka. Ada juga anak yang hanya pasta boleh buka selera mereka dan tidak menerima makanan lain.

Mungkin sebab pasta mempunyai reka bentuk yang pelbagai ia mudah menarik minat kanak-kanak untuk makan, ditambah pula dengan bewarna-warni lagi membuka selera mereka. 

Jadi ada ibu bapa yang mungkin buntu, atau risau adakah mengambil pasta setiap hari akan memberi kesan kepada kesihatan dan tumbesaran anak?

Selera anak hanya pasta, selamatkah dimakan setiap hari?

Pasta adalah sumber karbohidrat yang dibuat daripada gandum yang kaya dengan protein. Ia juga menggunakan air dan kadangkala turut mengandungi telur. Seiring perkembangan teknologi, pasta kini dibuat dengan menggunakan pelbagai jenis makanan termasuk gandum biasa, gandum kuda atau barli.

Secara dasarnya pasta sangat kaya dengan nutrisi yang mana setiap pengambilan 140 gram pasta yang sudah dimasak tanpa sebarang tambahan lain nutrisinya adalah:

  • 221 kalori
  • 1.3 gram lemak
  • 8 gram protein
  • 43 gram karbohidrat
  • 2.5 gram serat
  • vitamin
  • mineral

Itu baru diambil kosong, belum lagi ditambah dengan bahan lain seperti ayam, minyak zaitun, sayuran, keju atau bahan lain yang menambah selera anak dan dipenuhi nutrisi. 

Tetapi kini, banyak resepi pasta sudah diubah suai, ada yang menggunakan sayur-sayuran sebagai bahan asas yang mana serat dan nutrisinya lebih rendah tetapi tinggi kalori.

Rendahnya kandungan serat dalam pasta membuatkan anak susah rasa kenyang dan kandungan karbohidrat yang sederhana pada pasta juga akan cepat dicerna justeru membuatkan mereka lebih cepat lapar. Akhirnya menyebabkan anak sering makan dalam kuantiti yang banyak.

Pasta boleh dimakan selalu, tapi…

Bagi orang dewasa, mereka perlu mengawal pengambilan karbohidrat seperti yang terdapat dalam pasta dan makanan manis ia kerana karbohidrat yang tinggi dalam badan berkait rapat dengan meningkatnya risiko obesiti, penyakit jantung serta diabetes. 

Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku pada kanak-kanak, mereka memerlukan kalori dan nutrisi yang banyak untuk tumbesaran yang optimum. 

Pasta membekalkan nutrisi pada anak dengan cara:

#1. Membuatkan anak picky eater menyukai makanan

Ibu boleh mereka resepi pelbagai menggunakan pasta sehingga membuatkan anak yang suka memilih makanan tertarik untuk makan. Anda boleh tanya pada si kecil apakah makanan yang disukainya dan boleh cuba buat resepi mengikut kehendak anak.

#2. Sumber tenaga dan karbohidrat tinggi

Karbohidrat akan memberikan banyak tenaga pada anak jadi inilah makanan yang sesuai semasa dalam proses tumbesarannya. Beri mereka pasta yang dibuat dengan bijian gandum penuh supaya kandungan seratnya juga tinggi. 

#3. Sumber protein tinggi

Makan pasta tidak hanya memberikan tenaga pada anak tetapi juga protein. Setiap pengambilan sudah memenuhi lebih daripada 30 peratus keperluan protein anak dalam sehari. Protein amat penting untuk tumbesaran tubuh badan dan otak anak. 

3 resepi pasta sihat untuk anak!

#1. Creamy Chicken Soup With Pasta

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Unsalted butter
  • Tepung gandum
  • Keju krim
  • Lobak merah
  • Bawang putih dan merah
  • Susu segar
  • Herba campuran 

Cara-cara membuat:

  1. Rebus pasta dalam periuk lain.
  2. Cairkan ulsalted butter.
  3. Kemudian masukkan satu sudu besar tepung gandum dan gaul sebati.
  4. Masukkan bawang merah dan putih yang dicincang.
  5. Masukkan ayam yang telah dipotong dadu bersama lobak merah yang telah disagat dan gaul sebati.
  6. Setelah sebati, masukkan satu cawan susu segar dan sedikit air serta 1 sudu besar keju krim.
  7. Bila sudah mendidih, taburkan herba campuran.
  8. Masukkan pasta yang sudha direbus ke dalam creamy chicken soup. Hidangan siap! 

#2. Mac & Cheese 

Bahan-bahan:

  • Ayam dicincang
  • Unsalted butter
  • Bawang putih
  • Keju diparut
  • Stok kaki ayam
  • Makaroni

Cara-cara memasak:

  1. Tumis bawang putih dengan unsalted butter
  2. Kemudian masukkan keju yang diparut dan stok kaki ayam.
  3. Setelah itu, masukkan makaroni yang telah direbus dan gaul sebati.
  4. Masukkan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 160°c selama 10 minit.

#3. Spagheti masak lemak

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Bawang merah
  • Serai, santan dan kunyit serbuk @ kunyit hidup
  • Stok kaki ayam
  • Baby spinach

Cara-cara membuat:

  1. Tumis bawang merah dan kunyit hidup yang ditumbuk
  2. Kemudian masukkan serai, santan dan stok kaki ayam
  3. Masukkan ayam dan baby spinach.
  4. Gaul sehingga mendidih dan masukkan spagheti yang telah direbus.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: hellosehat

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comresepi-makanan-bayi-7-bulan

Penulis

Lala Annuar