Ketika menyusukan bayi, ada kalanya ibu diuji dengan gangguan kesihatan seperti demam, batuk, selsema atau selesema. Justeru ketahui panduan menyusu badan dengan selamat agar si manja tidak dijangkiti virus daripada anda.
Jika tidak sihat, selsema atau selesema sebenarnya ibu boleh meneruskan penyusuan seperti biasa meskipun anda telah mengambil ubat antivirus bagi mengurangkan gejala.
Isi Kandungan
Bolehkah menyusu ketika selsema atau selesema?
Dalam kebanyakan kes, ibu tidak perlu berhenti menyusu apabila mereka jatuh sakit, kurang sihat ataupun selesema. Malah, keadaan ini menjadi lebih sebab kenapa anda perlu meneruskan penyusuan bayi.
Selepas bersalin, tubuh menghasilkan susu secara khas mengikut permintaan bayi. Ia membekalkan antibodi yang diperlukan oleh si kecil bagi melawan sebarang jangkitan penyakit yang ada di sekeliling mereka.
Dalam kebanyakan kes, jika anda mempunyai penyakit berjangkit seperti selsema, selesema atau virus ringan, bayi amat terdedah kepadanya walaupun sebelum anda menunjukkan simptom.
Menurut Dr Zaharah dan Dr Tengku Alina, ketika seorang ibu demam atau selesema, tubuh badan ibu akan mula menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan tersebut.
Dan penyusuan susu ibu boleh memindahkan antibodi baru yang terhasil kepada bayi. Hasilnya, tubuh badan bayi akan lebih kuat dalam melawan jangkitan seperti demam dan selesema.
Proses ini disebut sebagai Keimunan Pasif Semulajadi.
Tips menyusu ketika selsema atau demam
Cara terbaik untuk mencegah penyebaran kuman dan virus adalah dengan menjaga kebersihan. CDC mengesyorkan mencuci tangan anda (banyak!) dan membersihkan serta membasmi kuman permukaan dan barang yang ada di dalam rumah.
Ketika ibu tidak sihat, anda perlulah mengambil beberapa langkah keselamatan seperti:
- Basuh tangan anda dengan bersih dan kerap
- Batuk atau bersin ke dalam tisu (kemudian buangnya).
- Hadkan sentuhan dengan bayi
- Jika batuk, bersin, selsema atau selesema adalah lebih baik untuk ibu memakai topeng semasa menyusu
- Elakkan mencium bayi ketika anda tidak sihat
Ini boleh membantu melindungi bayi anda dan orang lain dalam rumah daripada sebarang virus pernafasan seperti RSV dan coronavirus yang biasanya bermula dengan gejala selsema atau selesema.
Jika anda bimbang tentang risiko terhadap bayi atau tidak selesa untuk menyusu, ibu boleh marmet atau mengepam dan memberi si manja minum melalui botol.
Adakah ubat selsema menjejaskan penyusuan susu ibu?
Ya. Sesetengah ubat mungkin mengandungi bahan yang boleh menjejaskan bekalan susu ibu. Jika anda perlu mengambil antibiotik atau ubat lain, pastikan semak dengan doktor anda atau Perunding Laktasi terlebih dahulu mengenai jenis yang selamat dan dos bersesuaian.
Cara mengelakkan susu badan drop ketika demam atau selesema
Bekalan ibu mungkin berkurangan semasa dia sakit, tetapi ia akan kembali normal setelah sihat. Berikut beberapa tips bagi mengelakkan susu badan drop:
#1. Pengambilan air mencukupi
Ketika kesihatan ibu terganggu, ia boleh meningkatkan suhu badan yang lebih tinggi. Untuk mengatasi keadaan ini, anda perlulah mengambil air kosong dengan banyak supaya tidak terjadinya dehidrasi.
Ibu juga boleh gantikan air kosong dengan susu atau jus buah-buahan segar. Masakan berasaskan sup juga dapat membantu memulihkan kesihatan anda.
#2. Rehatkan diri
Ketika tidak sihat, elakkan membuat kerja-kerja berat dan tidurlah seketika selepas makan ubat. Tempoh rehat ini sekaligus dapat membantu anda sihat dengan segera.
#3. Menyusu atau pam
Selain daripada susukan bayi secara terus, anda perlu pastikan jadual mengepam stok perahan susu ibu dilakukan seperti biasa. Hal ini bagi menjamin penghasilan susu ibu tidak terganggu.
Kekerapan anda mengosongkan payudara dengan menyusukan bayi atau mengepam seperti biasa walaupun demam adalah penting bagi mengekalkan paras prolaktin dalam tubuh adalah seperti biasa.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: ”Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,” Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie
Baca juga: Rasa Bersalah Untuk Kembali Bekerja Selepas Bersalin, 5 Tips Ini Dapat Bantu Ibu!
Baca juga: Rangkaian Nama Bermula Huruf P Untuk Anak Lelaki & Perempuan, Ringkas Dan Menarik