Respiratory Syncytial Virus adalah salah satu virus yang boleh membawa maut. Sebab itulah ibu ayah perlu menghalang sesiapa yang ingin mencium atau menggomol bayi lebih-lebih lagi mereka yang baru lahir.
Memanglah bayi itu comel dan bau mereka wangi, tetapi jangan sesekali mencuba untuk cium mereka terutamanya di bahagian mulut, muka, dan tangan kerana imum sistem mereka masih lemah dan boleh mendapat jangkitan dengan mudah.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Pengalaman anak dijangkiti Respiratory Syncytial Virus, ibu kongsi detik mendebarkan
- Jika lambat lima minit, bakal kehilangan nyawa anak
- Kuman RSV boleh membunuh
- Apa itu RSV atau Respiratory Syncytial Virus?
Pengalaman anak dijangkiti Respiratory Syncytial Virus, ibu kongsi detik mendebarkan
Setiap ibu pastinya amat rungsing dengan risiko pelbagai serangan virus berbahaya yang menyasarkan golongan bayi serta kanak-kanak. Mana tidaknya, virus yang ada pada ketika ini sememangnya mampu membunuh jika terlambat mendapatkan rawatan kerana tubuh si manja yang masih lemah.
Seorang ibu di Facebook (Nurul Ain) pada 24 Jun baru-baru ini menceritakan detik-detik hitam di dalam hidupnya apabila anak kesayangan disahkan terkena jangkitan Respiratory Syncytial Virus, RSV.
Baca perkongsian penuh di bawah:
“24 june 2022 Friday: Hari yg sangat2 bsejarah untuk sy sebagai seorang mama .. The day yg bagi sy pukulan yg sangat hebat , sy hampir-hampir kehilangan anak lelaki sy berumur 2 bln .. Eusof dikejarkan di klinik luyang kerana nafas laju 90 kli per’ minit dan drop oxygen 81% .. Lambat 5 minit lg , sy memang kehilangan dia untuk selamanya. 6 hari sebelum itu Eusof batuk selesema tanpa demam , pergi hospital likas yg dibagi paracetamol & nasal drop & suction utk sedut kahak .. Back home mcm biasa.
“Tapi spnjg d rumah Eusof mmg nonstop batuk , crying , tdur pun d bdn . Sy anggap tu sakit biasa . Yalah skg kn musim Anak2 sakit . Bertahan smpai 6 hari smpai lah Hari bsejarah ni . It was my fault sbb x ikut naluri hati . I should go earlier , masa dia batuk kuat smpai mcm mau terkeluar ba kerongkong dia.”
Jika lambat lima minit, bakal kehilangan nyawa anak
“JUMAAT PAGI , We ran to klinik luyang regarding nafas dia , batuk dia . Smpai d luyang lps sj dorg kira nafas dia & check oxygen . Terus blari masuk bilik penilaian dari blkg . Dorg suruh buka baju , tggl pampers psg oxygen . Eusof time tu tmbh stress , dengan batuk , dengan tangisan dengan xselesa nya dia kena pakai oxygen . Pokok nya time tu situasi saangat tegang . Di sana la dctor ckp , thanks god mama .. 5 minutes late then we are done.
“Eusof struggle ambil darah buat xray .. result kluar Jangkitan kuman di paru2 , admit wad masuk HWKKS . D sana kena ambil darah , tgn Eusof xda rupa suda sbb balik2 ambil darah utk detect apa virus yg serang dia . Selain jangkitan kuman . And the result is , Eusof di jangkiti VIRUS RSV,” jelasnya.
Kuman RSV yang boleh membunuh
Dia dalam hantaran yang sama turut memberitahu, “VIRUS RSV ni virus yg myebabkan anak berhingus , berkahak , batuk yg kuat . Virus yg mhasilkan kahak yg bnyk , bila bkmpul dia akn mnutupi saluran pnafasan n paru2 . Bila lmbt kena treat boleh myebabkan kematian . VIRUS RSV SNGAT2 JAHAT KUMAN DIA.
“Eusof spnjg dlm wad , xckup ambil darah , kena buat suction stiap 2 jam . Suction sedut kahak hingus , sakit jiwa sy sebagai seorang mama tengok situasi bgtu . Tp kena kuat , bjuang lah selagi mampu jgn tggl sedikitpun sisa . Pengalaman spnjg d sana baby umur 1 tahun & 8 bln . Terpaksa d tdurkan , sebab virus RSV ni .. Sbb anak2 tu xdpt tampung suda. Alhamdulillah we survive . We did it ..VIRUS RSV bkn penyakit yg boleh d pandang remeh,” tegasnya.
Ibu ini juga memberikan senarai tanda-tanda anak jika dijangkiti Respiratory Syncytial Virus (RSV) ini, iaitu:
- Demam on off.
- Batuk.
- Selsema.
- Sakit telinga.
- Kurang selera makan/susu.
Kesimpulan yang dibuat, untuk golongan dewasa yang merokok tolonglah jangan sesekali menyentuh bayi. Itu point utama.
Ibu ini juga menyatakan dia masih berada dalam kuarantin bersama anaknya itu kerana kemungkinan untuk dijangkiti masih tinggi dan Eusof juga masih mengambil antibiotik.
Apa itu RSV atau Respiratory Syncytial Virus?
Untuk pengetahuan umum, RSV adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan. Ia sangat biasa dijangkiti sehingga kebanyakkan kanak-kanak akan mengalaminya sebelum hari jadi kedua mereka. Untuk kebanyakan bayi dan kanak-kanak, jangkitan ini hanyalah seperti demam dan selsema. Akan tetapi, peratusan kecil yang terkena jangkitan RSV ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih parah.
Mereka yang berisiko untuk mendapat masalah kesihatan yang serius akibat virus ini adalah:
- Bayi pramatang
- Bayi baru lahir berusia lapan ke 10 bulan
- Kanak-kanak bawah dua tahun yang lahir dengan masalah hati atau paru-paru
- Kanak-kanak dengan sistem imunisasi yang lemah disebabkan penyakit atau perubatan
Jangan biarkan pelawat (walaupun keluarga) cium bayi anda yang baru lahir pada muka atau tangan mereka kerana kuman boleh disebarkan dengan cara ini.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Virus RSV boleh sebabkan kematian bayi – Ini tanda jangkitan pada anak
Baca juga: 2 Minggu Ditidurkan Di NICU, Paru-Paru Bayi Kecut & Tidak Boleh Bernafas Sendiri Akibat Virus RSV
Baca juga: Bayi Ini Dijangkiti Virus RSV di Hospital, Dan Inilah Amaran Ibunya Untuk Semua Ibu Bapa!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!