Ubat Selsema Untuk Ibu Mengandung: Yang Jenis Manakah Selamat & Berkesan?

Ubat selsema untuk ibu mengandung tidak boleh diambil sebarangan tanpa merujuk doktor. Ada beberapa cara untuk mengatasinya dengan berkesan

Selsema adalah penyakit pernafasan biasa dan boleh berlaku pada wanita hamil. Walaupun selesema biasanya tidak berbahaya, kehamilan boleh menyebabkan ibu lebih terdedah kepada jangkitan pernafasan dan memerlukan ubat selsema bagi mengatasinya.

Adalah penting untuk mengetahui tentang gejala selsema, cara merawatnya, dan ubat selsema yang selamat untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, pastikan anda mendapat nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat semasa kehamilan.

Ubat selsema untuk ibu mengandung

Apabila bercakap mengenai ubat selsema untuk ibu mengandung, terdapat beberapa jenis yang dianggap selamat untuk wanita hamil.

Berikut beberapa jenis ubat selsema ibu mengandung yang boleh anda ambil:

  • Paracetamol: Paracetamol adalah ubat selsema ibu mengandung yang dianggap selamat untuk melegakan demam ringan atau sederhana dan sakit yang berkaitan dengan selsema. Walau bagaimanapun, pastikan anda mengikuti dos yang disyorkan oleh doktor anda.
  • Titisan hidung isotonik: Titis hidung isotonik atau semburan garam hidung menjadi antara salah satu ubat selsema ibu mengandung. Ia boleh digunakan untuk membersihkan hidung dan melegakan hidung tersumbat.
  • Suplemen Vitamin C: Vitamin C boleh membantu menguatkan sistem imun dan melegakan simptom selsema. Dos suplemen vitamin C mestilah mengikut saranan doktor.

Ubat selsema hurix untuk ibu mengandung

Menurut Doctor oncall, tidak semua produk atau ubat selsema Hurix untuk ibu mengandung adalah selamat.

 Namun begitu, banyak juga produk Hurix selsema yang sesuai digunakan untuk membantu individu yang mengalami batuk, selsema dan hidup tersumbat.

Kami mencadangkan anda membaca kandungan yang tertulis pada label pada produk tersebut.

Elakkan sebarang produk yang mengandungi bahan ephedrine. Jika ia mengandungi bahan menthol atau eucalyptus sebagai produk minyak urutan pada kulit atau dimasukkan ke dalam air panas, ia dikira masih selamat digunakan untuk wanita hamil.

Panadol soluble untuk selsema

Jika perlu, tablet Panadol Soluble untuk selsema boleh digunakan semasa kehamilan. Anda harus menggunakan dos rendah untuk masa yang sesingkat mungkin.

Hubungi doktor sekiranya ibu masih sakit dan/atau demam tidak berkurangan selepas ambil panadol soluble untuk ibu mengandung. Anda juga boleh mengambil produk ini semasa menyusu.

Bolehkah jika guna inhaler selsema ketika hamil?

Menurut doktor Zubaidi, jika inhaler selsema mengandungi bahan menthol atau eucalyptus sebagai produk minyak urutan pada kulit atau dimasukkan ke dalam air panas, ia dikira masih selamat digunakan untuk wanita hamil.

Vicks inhaler selsema adalah selamat digunakan oleh wanita hamil kerana mengandungi bahan menthol dan camphor melegakan hidung tersumbat.

Walau bagaimanapun produk yang mengandungi bahan ephidrine atau phenylephrine hydrochloride tidak sesuai digunakan oleh wanita hamil. Ia mungkin sesuai digunakan oleh pesakit batuk dan selsema yang tidak hamil dengan preskripsi atau nasihat doktor.

Medicines and Healthcare Products Regulatory Agency (MHRA) menasihatkan bahawa “phenylephrine hydrochloride harus digunakan secara berhati-hati terutama pada wanita yang pernah mengalami masalah pre-eclampsia pada kehamilan lepas kerana ia bersifat menyempitkan saluran darah (vasoconstrictive) dan boleh menyebabkan peredaran darah ke uri (placenta) berkurangan.

Selsema awal kehamilan

Selsema awal kehamilan adalah perkara yang normal. Ia terjadi disebabkan oleh perubahan hormon dan penurunan imuniti yang biasa berlaku pada masa ini.

Gejala selsema pada awal kehamilan tidak jauh berbeza dengan selesema biasa dan boleh termasuk:

  • Hidung tersumbat atau berair.
  • Bersin.
  • Sakit tekak.
  • Batuk.
  • Demam ringan.
  • Sakit badan ringan.

Bahayakah batuk dan selsema di awal kehamilan?

selsema ketika hamil

Batuk dan selsema di awal kehamilan cenderung menyebabkan komplikasi kesihatan pada wanita hamil, berbanding wanita yang tidak hamil.

Ini kerana semasa kehamilan, seorang wanita mengalami perubahan pada sistem pertahanan tubuh, paru-paru dan jantung, menjadikannya lebih rentan terhadap penyakit yang teruk akibat selesema.

Jika wanita hamil mendapat selesema, ia bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatannya sendiri. malah bayi yang sedang berkembang itu.

Jika anda menghidap asma atau diabetes, jangkitan selesema boleh jadi sangat berbahaya.

Profesor Madya Tan Thiam Chye dari KK Wanita dan Hospital Kanak-kanak menjelaskan,

“Virus influenza sendiri  menyebabkan kecacatan kelahiran. Walau bagaimanapun, demam yang tinggi semasa trimester pertama mungkin meningkatkan peluang untuk kecacatan kelahiran seperti spina bifida. Pada trimester ke-2 dan ke-3, ia boleh menjejaskan pertumbuhan janin. “

Petua hilangkan selsema ketika hamil 

Berikut adalah beberapa petua hilangkan selsema ketika hamil yang boleh anda cuba di rumah:

  • Banyakkan berehat: Berikan badan anda rehat yang cukup untuk memulihkan tenaga dan mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Minum banyak cecair: Pastikan anda terhidrat dengan baik dengan meminum air, jus segar dan sup suam. Cecair yang mencukupi membantu mengekalkan lendir dalam cecair saluran pernafasan.
  • Nasal saline: Petua hilangkan selsema ketika hamil seterusnya adalah menggunakan semburan hidung isotonik atau larutan garam untuk membersihkan hidung anda dan melegakan kesesakan.
  • Berkumur dengan air garam: Berkumur dengan air garam suam beberapa kali sehari boleh membantu melegakan sakit tekak dan kerengsaan.
  • Penyedutan wap: Menyedut wap air suam menggunakan mandian air panas atau penyedut wap boleh membantu melegakan hidung tersumbat dan memperbaiki saluran pernafasan.
  • Bawang putih: Petua hilangkan selsema ketika hamil dengan makan bawang putih mentah atau menambahnya ke dalam diet anda boleh membantu mengurangkan simptom selsema kerana sifat antivirus dan antibakteria semulajadinya. Walau bagaimanapun, berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu untuk memastikan bahawa bawang putih tidak akan berinteraksi dengan ubat-ubatan atau keadaan kesihatan yang lain.
  • Teh herba: Minum teh herba suam seperti teh halia atau teh pudina boleh memberi kesan pemanasan dan melegakan simptom selsema.
  • Elakkan pendedahan kepada orang yang sakit: Petua hilangkan selsema ketika hamil dengan cuba elakkan hubungan dengan orang yang mempunyai jangkitan pernafasan untuk mengelakkan penyebaran penyakit.

Kesan selsema yang tidak dirawat

selsema ketika hamil

Ini beberapa komplikasi yang boleh timbul jika selsema ketika hamil yang teruk atau tidak dirawat:

  1. Penumonia: Keradangan paru-paru, komplikasi selesema yang paling biasa.
  2. Meningitis: Jika virus menyebar ke otak, ia boleh menyebabkan keradangan di sana.
  3. Bronkitis: Ini adalah jangkitan paru-paru.
  4. Myocarditis: Keradangan otot jantung.
  5. Kelahiran pramatang dan keguguran: Mungkin disebabkan oleh demam tinggi yang tidak dirawat semasa kehamilan (lebih daripada 38.5 darjah C).

Bagi mengelakkan komplikasi yang agak teruk, Prof Tan Thiam Chye mencadangkan wanita hamil dengan gejala selesema mendapatkan nasihat doktor dengan kadar segera.

Langkah pencegahan selsema

Perlindungan terbaik terhadap selesema semasa mengandung adalah suntikan flu (flu shot). Ia selamat untuk didapatkan pada semua peringkat kehamilan. 

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengesahkan suntikan flu telah diberikan kepada ramai wanita hamil selama bertahun-tahun, tanpa sebarang kesan buruk.

Ubat Selsema Untuk Ibu Mengandung: Yang Jenis Manakah Selamat & Berkesan?

 

Malah, dengan mendapat suntikan flu, anda boleh mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan influenza sebanyak 50%.

Kajian pada 2018 menunjukkan penurunan 40% dalam risiko seorang wanita hamil yang dimasukkan ke hospital selepas mendapat suntikan tersebut. Vaksin ini juga melindungi bayi anda. Prof Tan Thiam Chye berkata

“Vaksin selsema membantu sistem imun menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan selesema dan membantu bayi anda mewarisi antibodi ini.

Bayi kemudiannya dilengkapkan untuk melawan kemungkinan jangkitan flu, walaupun sebelum dia dilahirkan. “

Vaksin selsema perlu dilakukan setiap tahun, kerana ia dilengkapi secara berperingkat untuk merangkumi perlindungan terhadap serangan influenza bermusim.

Cara hilangkan selsema pada ibu hamil

Apakah yang berlaku jika anda tidak mendapat suntikan flu semasa hamil? Apakah cara hilangkan selsema yang boleh dijadikan alternatif buat ibu hamil?

Sebaik sahaja anda dijangkiti selsema, penting bagi anda untuk berjumpa doktor. Lebih awal anda berjumpa doktor, dapat mengurangkan komplikasi yang lebih teruk.

Di samping mendapat suntikan flu, wanita hamil perlu mengambil langkah berjaga-jaga berikut untuk melindungi diri mereka daripada mengidap influenza:

  • Bersihkan tangan dengan baik dan kerap. Guna sabun dan air untuk membasuh tangan tetapi sekiranya tiada kemudahan tersebut, gunakan sanitizer.
  • Jika anda mempunyai sistem imun yang lemah, pemakaian topeng muka boleh membantu.
  • Sekiranya ada ahli keluarga yang tidak sihat, elakkan berdekatan dan pakai topeng muka.
  • Bersin ke siku anda.

Jadi para ibu, jangan ambil ringan ya apabila anda mula bersin, anda mungkin dijangkiti selsema ketika hamil yang risikonya berbeza dengan selsema biasa.

Sekiranya ia selsema, jumpa doktor dengan segera untuk mengelakkan komplikasi kepada kandungan anda.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Boleh Tak Makan Ubat Selsema Untuk Ibu Mengandung? Asyik Tak Sihat Saja Sejak Hamil

Baca juga: Susah Bernafas Kerana Hidung Asyik Tersumbat? Ini 6 Ubat Hidung Tersumbat Yang Berkesan Dan Selamat!

Baca juga: Selamatkah Menyusu Bayi Ketika Ibu Demam @ Kurang Sihat? Ini Jawapan Daripada Doktor

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!