Jenis Sakit Perut Yang Selalu Dialami Orang Dewasa, Ini Cara Menghilangkan Sakit Perut Dengan Segera

Sakit perut yang menyerang sering menyebabkan anda berasa kurang selesa, malah menganggu aktiviti seharian. Ikuti beberapa tips berdepan dengan situasi ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Aduh…. menyesal betul makan terlalu banyak durian tadi, sampai senak perut!” Pernah tak anda mengalami senak perut? Masa tengah enjoy makan, kita tak fikir semua ini. Tetapi apabila dah sakit perut nanti, baru nak mengadu.

Namun, sakit perut boleh berpunca dari pelbagai sebab, contohnya sistem pencernaan yang terganggu mahupun organ-organ lain berdekatan dengan kawasan perut. 

Sakit perut yang sering berlaku bagi orang dewasa

foto: shutterstock

Sakit perut adalah ketidakselesaan di kawasan antara dada dan pelvis. Ia boleh timbul dari tisu dinding perut atau organ seperti hati, pankreas, usus besar, pundi hempedu dan usus kecil.

Memetik buku Health is Easy yang ditulis oleh Dr Dhiana Ayudhitya dan Dr Inggriani, kebanyakan kes sakit perut hanya berlaku buat sementara waktu disebabkan oleh makan atau minum terlalu banyak dan cepat.

Selain itu, ia juga berkaitan dengan adanya gangguan pada sistem pencernaan serta sistem reproduksi wanita.

Sesetengah orang memanggilnya sebagai senak perut. Sekiranya kesakitan yang dirasai adalah berterusan, ia mungkin menjadi petunjuk kepada penyakit bahaya seperti kanser, keradangan atau masalah ketumbuhan (biasanya berlaku pada wanita).

Antara gejala yang perlu anda ambil perhatian ialah kehilangan berat badan, selera makan mula menurun, kesukaran untuk menelan, muntah berulang dan najis hitam.

Jenis kesakitan yang dialami orang dewasa sehingga menyebabkan sakit perut

1. Perut kembung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan tertentu boleh menyebabkan rasa kembung, senak perut, sering sendawa dan kentut.

Cara mengatasi:

  • Makan perlahan-lahan dan jangan makan terlampau banyak
  • Kurangkan minum air gas dan minuman manis
  • Elakkan makanan yang boleh menambah angin dalam badan seperti brokoli dan kubis
  • Kurangkan makan makanan tinggi lemak
  • Semak dulu kalau anda mempunyai alahan terhadap makanan tertentu

2. Pedih ulu hati

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya disebabkan senak perut atau perut yang terlalu penuh dan masalah pencernaan.

Cara mengatasi:

  • Kurangkan kafein, makanan pedas, makanan berlemak dan berminyak
  • Makan dalam kuantiti yang kecil
  • Makan perlahan-lahan
  • Jangan baring selepas makan
  • Jangan pakai pakaian yang terlalu ketat
  • Kurangkan berat badan
  • Berhenti merokok

3. Sakit ketika haid atau senggugut

Senggugut ialah rasa sakit perut ketika datang period. Sesetengah wanita juga akan rasa senak perut kerana perubahan hormon semasa haid boleh memberi kesan kepada sistem pencernaan.

Cara mengatasi:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bersenam sebelum datang period
  • Tuam panas
  • Makan pil perancang
  • Teh herba seperti Chamomile, Fennel, dan halia boleh membantu sakit cramp sewaktu period

4. Gastroneteritis atau radang perut

Biasa dikenali sebagai ‘stomach flu’ . Tanda-tanda termasuk senak perut yang disertai dengan rasa mual, muntah-muntah, cirit-birit dan demam.

Cara mengatasi:

  • Jumpa doktor, anda mungkin perlu makan ubat antibiotik
  • Banyakkan minum air agar sentiasa terhidrasi
  • Pilih makanan yang mudah dihadam dan elakkan makanan pedas, berlemak, produk tenusu dan kafein
  • Makan probiotics untuk mengganti bakteria baik di dalam perut dan usus
  • Basuh tangan dengan kerap, dan kalau rasa larat, bersihkan rumah untuk mengurangkan jangkitan

5. Apendisitis- sakit tajam di bahagian bawah sebelah kanan perut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Simptom awal yang biasa dialami ialah rasa sakit di sekitar kawasan pusat dan  kemudiannya bergerak ke bahagian bawah kanan abdomen. Ia boleh menjadi lebih teruk apabila inflamasi di apendiks merebak ke tisu-tisu yang berhampiran terutamanya dalam lapisan (peritoneum) abdomen anda.

Segera merujuk doktor atau pakar di hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

6. Sembelit

Kurang buang air besar juga boleh menyebabkan anda rasa senak perut.

Cara mengatasi:

  • Banyakkan makanan yang berserat tinggi setiap hari
  • Minum air yang banyak
  • Bersenam
  • makan ubat untuk mengurangkan sembelit

7. Batu hempedu- sakit tajam di sebelah kanan perut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia adalah benjolan bahan pepejal yang terbentuk dalam pundi hempedu atau tiub hempedu kecil. Keadaan ini menganggu lapisan pundi hempedu dan menyebabkan rasa sakit yang tajam pada abdomen atas.

Gejala ini akan semakin teruk jika anda mengambil makanan yang tinggi lemak. Dalam sesetengah kes, ia boleh merebak sehingga ke belakang atau bahu kanan.

Petua semula jadi bagi mengurangkan rasa sakit perut di rumah

Walaupun selepas mencuba semua petua diatas merawat sakit perut tetapi tidak berkesan, jumpalah doktor untuk memastikan ia bukan masalah yang lebih serius. Semoga membantu!

Senak perut juga boleh berlaku pada kanak-kanak. Janganlah mengambil ringan terhadap perkara ini, child’s digestive system boleh mempengaruhi tumbesaran dan imunisasi anak anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Healthline, Everyday Health

Baca juga: Seksanya Sakit Pada Bahagian Bawah Perut, Rasa Senak Sampai Tak Boleh BERNAFAS!