Senaman Kegel Lebih Selamat Untuk Ketatkan Faraj, Ini Cara Betul Melakukannya

Senaman kegel dan baring mengiring ke sebelah kiri ketika kontraksi antara tips yang boleh mempercepatkan bukaan laluan bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak iklan di media sosial menawarkan ‘ubat mengetatkan vagina’ dalam bentuk jamu, kapsul, atau pil. Ia sering memikat wanita, terutama yang telah melahirkan dan menghadapi masalah vagina longgar. Namun tahukah anda sebenarnya anda hanya perlu lakukan senaman kegel untuk faraj kembali ketat selepas bersalin. 

Cara Senaman Kegel

  1. Kemut otot faraj dan otot pelvik dengan paha dan kaki dirapatkan perlahan-lahan sebanyak 20 kali. Aktiviti ini boleh dilakukan ketika berdiri, duduk, atau baring.
  2. Kawal pernafasan dengan menahan nafas selama lima saat semasa kemutan. Lepaskan nafas perlahan-lahan bersamaan dengan melepaskan kemutan, ulangi sebanyak empat hingga lima kali.

Kelebihan Senaman Kegel

1.Ketatkan Faraj

Menyempitkan pembukaan ruang faraj yang renggang dan longgar. Biasanya wanita lepas bersalin akan berasa tidak yakin kerana keadaan faraj yang longgar selepas melahirkan bayi. Jadi senaman kegel akan membantu mengetatkan kembali otot faraj anda. 

2.Atasi Masalah Mengawal Kencing

Membantu wanita mengatasi masalah mengawal kencing. 

3.Atasi Kentut Vagina

Menghalang angin daripada masuk ke dalam vagina dan menyebabkan kentut vagina. Otot faraj yang longgar boleh menyebabkan kentut angin sering berlaku dan mengganggu kehidupan harian wanita. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4.Tingkat Kualiti Hubungan Seksual

Meningkatkan kualiti dan mengintimkan hubungan seks suami isteri.

5.Kuatkan Otot Vagina, Kurang Koyakan Bersalin

Menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan risiko koyakan perinium semasa bersalin. Kemutan atau senaman kegel membantu meningkatkan elasticity atau regangan perinium anda yang sangat membantu proses bersalin dan mengurangkan risiko koyakan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6.Elak Masalah Orgasme

Tidak menghadapi kesukaran mencapai klimaks dalam hubungan seksual.

7.Membantu Buka Laluan Bersalin

Untuk mempersiapkan diri menghadapi proses kelahiran. Ia juga merupakan salah satu kaedah terbaik mempersiapkan diri untuk bersalin. Senaman pranatal ini boleh membantu membuka pelvik anda dan meletakkan posisi optimal bayi bersedia untuk kelahiran.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jadual Berpantang Lengkap Untuk Ibu Lepas Bersalin Penting Supaya Semuanya Teratur

Baca juga: 2 Jenis Zikir Tidurkan Anak Yang Boleh Boleh Diamalkan Untuk Bayi Tidur Lena, Kurang Meragam

Baca juga: 5 Kaedah Utama Melegakan Rasa Sakit Nak Bersalin Yang Ibu Hamil Boleh Cuba

Penulis

Lala Annuar