Senaman Squat Ketika Hamil Banyak Bantu Memudahkan Proses Kelahiran - Betul Ke?

Senaman squat ketika hamil dikatakan dapat membantu proses bersalin. Tapi, ada sesetengah keadaan anda tak boleh buat senaman ini. Jom belajar sama-sama!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada doktor mengatakan anda tak boleh buat senaman squat ketika hamil? Tapi, ada juga doktor yang suruh anda buat senaman ini untuk memudahkan proses bersalin. Serabutnya…

Sebenarnya, boleh ke tidak melakukan senaman squat ketika hamil?

Ha… jawapannya boleh! 

Lagipun, senaman ini sungguh mudah. Bila anda tunduk untuk ambil barang pun, anda umpama membuat senaman squat!

Tapi, ada beberapa keadaan juga di mana anda tak digalakkan buat senaman ini. Jom kita belajar sama-sama, okay? Pertama, jom kita tengok apakah kebaikan melakukan senaman squat ketika anda hamil.

5 Kebaikan Melakukan Senaman Squat Ketika Anda Hamil

Kredit: Yoga For Two

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1 Meningkatkan kekuatan otot lantai pelvik

Senaman squat dengan teknik yang betul (pastikan anda buat teknik yang betul, ya!) akan membantu anda meningkatkan kekuatan otot lantai pelvik. Nanti anda akan lebih senang untuk bersalin!

Latihan ini juga dikatakan lebih bagus daripada senaman kegel.

#2 Elak sakit belakang atau sakit pelvik

Senaman squat akan menguatkan otot gluteal yang membentuk punggung. Otot gluteal akan menstabilkan pelvik dengan menyokong sendi sarkoiliak.

Sebab itu ia boleh mengelak sakit belakang atau sakit pelvik yang disebabkan oleh kelonggaran ligamen! Tika hamil, anda akan mengeluarkan hormon relaxin dan progestron. Ini punca ligamen melonggar.

#3 Bagi anda bersedia untuk bersalin

Senaman ini boleh buat anda bersedia untuk bersalin sebab ia seolah-olah posisi sebenar ketika anda mengalami kontraksi ketika nak bersalin.

Bila anda buat squat, anda juga membantu bayi makin turun ke bawah, menghampiri pelvik.

Malah menurut pakar, senaman ini membantu mengurangkan masa bersalin sebanyak 90 minit!

#4 Kuatkan otot kaki

Senaman ini juga boleh menguatkan otot kaki anda! Jadi, lepas ini ketika ingin bersalin, anda akan membenarkan graviti membuka pelvik dengan lebih luas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5 Punggung lebih cantik!

Inilah rahsia punggung anda kekal umppp sebelum dan selepas bersalin. Hehe.

Tapi, jangan buat senaman squat bila…

Kredit: Medical News Today

1# Kedudukan bayi tidak optimum selepas 30 minggu

Squat membantu menurunkan bayi ke bawah – ke pelvik. Tapi, jika bayi dalam kedudukan yang tidak optimum (seperti songsang), jangan tolak mereka ke bawah lagi.  

2# Sakit

Jika anda rasa sebarang kesakitan bila buat senaman ini, berhenti buat! Anda boleh mengubah sedikit teknik. Semak How to Squat During Pregnancy untuk teknik yang betul, ya!

3#Faktor perubatan

Ada juga senario di mana anda tak boleh nak “mempercepatkan” proses bersalin. Contohnya seperti kes Vasa Previa atau kandungan bawah 35 minggu yang kena makan ubat tertentu. 

Bawa bincang dengan doktor anda sebelum buat senaman ini ya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berapa Kerap Kena Buat Senaman Squat?

Kredit: South China Morning Post

Anda boleh  buat senaman ini sebanyak 100 kali dalam masa seminggu. Cuba bahagikan 100 senaman ini kepada 3 bahagian besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan terlebih buat sehingga 300 kali sehari! Nanti anda sendiri yang akan keletihan dan tak dapat sebarang manfaat pun. 

Selamat mencuba ibu hamil semua. Kami mengharapkan semuanya baik saja untuk anda. Jangan lupa untuk jaga kesihatan juga, tau!

Sumber rujukan: Pregnancy Exercise

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Siapa Kata Masa Hamil Anda Tak Boleh Bersenam? Ini Antara Senaman Yang Sesuai!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris