X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Siapa Kata Masa Hamil Anda Tak Boleh Bersenam? Ini Antara Senaman Yang Sesuai!

4 min bacaan
Siapa Kata Masa Hamil Anda Tak Boleh Bersenam? Ini Antara Senaman Yang Sesuai!

Jika sebelum mengandung anda rajin bersenam dan bersukan, ada senaman ibu mengandung yang boleh anda buat bagi menghilangkan gian anda!

Jika sebelum mengandung anda rajin bersenam dan bersukan, tidak bermakna semasa mengandung anda perlu berhenti. Ada senaman ibu hamil yang boleh anda buat bagi menghilangkan gian anda!

Ada banyak cara ibu mengandung boleh buat untuk memastikan yang mereka tidak meninggalkan kehidupan aktif sebelum berbadan dua.

Cuma apa yang penting adalah sentiasa memikirkan keselamatan diri dan bayi dengan melakukan sukan yang tidak terlalu ekstrem sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada ibu dan kandungannya.

Senaman ibu hamil yang boleh dilakukan

Siapa Kata Masa Hamil Anda Tak Boleh Bersenam? Ini Antara Senaman Yang Sesuai!

Jangan tak percaya, senaman ibu mengandung ini ada juga yang sangat membantu memudahkan proses bersalin.

Disebabkan itu ibu mengandung amat digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup aktif yang akan memberi kesan kepada proses bersalin mereka.

Malah ada yang mengakui jika tidak senaman proses bersalin agak sedikit sukar berbanding ketika mereka mengamalkan melakukan senaman sepanjang hamil.

Dengan perut yang semakin membesar, ada jenis senaman yang tidak sesuai dilakukan ibu hamil, tetapi ada yang sesuai malah akan membantu anda mengurangkan masalah sakit badan yang dialami ibu hamil!

Bersenam setiap hari tidak membahayakan bayi anda, malah ia dapat membantu mengelakkan komplikasi seperti praeklampsia. Ia juga membantu dalam memendekkan proses pelahiran dan meningkatkan peluang anda untuk bersalin secara normal.

Jika anda aktif dan bersenam dengan kerap, ini akan membantu anda

  • Menghadapi semua asam garam kehamilan seperti sakit belakang dan sakit girdel pelvis, sembelit dan keletihan dengan lebih mudah.
  • Rasa lebih selesa dengan perubahan yang sedang berlaku kepada badan anda kerana kehamilan ini.
  • Dapat mengawal pertambahan berat badan dengan sihat.
  • Tidur lebih lena pada waktu malam.
  • Membantu mengurangkan atau mengelakkan kemurungan dan memperbaiki keyakinan diri.
  • Mempersiapkan badan dan minda anda menghadapi proses pelahiran yang menjerihkan.
  • Lebih mudah kembali kepada bentuk badan asal selepas bersalin.

Jenis senaman untuk ibu hamil

#1. Senaman pelvic floor

Senaman ibu mengandung

Senaman ini bukan sahaja berguna untuk ibu hamil, malah kepada semua orang. Semasa hamil, otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak. Akibatnya, seseorang itu akan mudah terkencing semasa bersin atau batuk.

Senaman ini akan membantu menguatkan otot-otot pelvik. Caranya ialah dengan melakukan kemutan. Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa.

Lakukan dalam kiraan 6 saat kemudian rehat dan ulang semula. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja sebanyak mana yang anda mahu.

#2. Bertinggung/squat

Senaman ibu mengandung

Apa itu bertinggung? Bertinggung adalah seakan mencangkung, tetapi bertinggung ditahan oleh jari kaki manakala mencangkung ditahan oleh tapak kaki. Semasa bertinggung, kaki berada dalam keadaan bertinjit.

Letakkan kedua-dua tangan di atas kedua-dua belah lutut dan tahan selama yang mampu. Lakukan senaman ini sekerap yang anda mahu. Bertinggung merupakan satu senaman yang boleh meredakan ketegangan punggung serta membantu meregangkan kaki.

#3. Berenang

Senaman ibu mengandung

Ibu hamil sememangnya disarankan untuk berenang. Ini adalah kerana, berenang boleh memberikan keadaan terapung atau dalam keadaan tanpa beban.

 Kawalan pernafasan semasa berenang akan dapat membantu semasa proses bersalin nanti kerana nafas yang panjang bakal diperlukan semasa meneran.

#4. Berjalan kaki

Berjalan kaki bukan sahaja boleh mengeluarkan peluh, malah dapat membantu menggerakkan otot-otot yang bakal diperlukan semasa bersalin.

Mulakan berjalan kaki secara perlahan dengan jarak yang pendek. Lakukan sebanyak 3 kali dalam seminggu. Berjalan di pusat beli belah pun boleh. Sambil cuci mata sambil bersenam!

#5. Menaiki tangga tapi bukan diawal kehamilan ya!

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Bersyukurlah jika lif di pejabat rosak sekali-sekala. Jika tidak, anda tidak mungkin mahu untuk menaiki tangga.

Senaman ini tidak sesuai dilakukan pada awal kehamilan kerana dikhuatiri rahim ibu masih belum kuat untuk menghadapi tekanan semasa menaiki tangga. Menaiki tangga banyak melibatkan otot peha dan pelvik. Menaiki tangga dengan kerap tetapi tidak terlalu laju dipercayai dapat mempercepat bukaan perineum dan memudahkan proses bersalin.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 5 Senaman Yang Patut Dielakkan Semasa Mengandung

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Siapa Kata Masa Hamil Anda Tak Boleh Bersenam? Ini Antara Senaman Yang Sesuai!
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham