Ramai Suami Keliru Bila Beli Barang Dapur, Sebab Itulah Isteri Kena Tulis Lengkap & Jelas!

Kebanyakan para ketua keluarga panik apabila diminta mendapatkan kesemua senarai barang dapur. Nah, cara ini berkesan untuk anda melaluinya dengan mudah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada kaum lelaki, siapa antara anda paling berasa berdebar kalau ibu atau isteri minta tolong untuk mendapatkan segala senarai barang dapur? Kalau beli satu dua atau barang-barang asas, anda mungkin masih selamat.

Namun, bagaimana pula jika perlu mendapatkan barangan mentah yang anda sendiri tidak pernah kenal dan dengar namanya? Tentu sahaja ia membuatkan anda tidak keruan dan berasa sedikit panik untuk membuat pemilihan yang tepat!

Baca juga: Para Suami Wajib Tahu, Nafkah Untuk Isteri TIDAK SAMA Dengan Duit Belanja Bulanan!

Apabila para suami diberikan tugas melengkapkan senarai barang dapur

Memandangkan seluruh masyarakat masih berjaga-jaga dengan gelombang ketiga Covid-19, anak kecil tidak digalakkan berada di kawasan yang sesak. Justeru, suamilah memainkan peranan untuk mendapatkan segala keperluan mengikut senarai barang dapur yang ditulis oleh pasangan masing-masing.

Namun apa yang menarik perhatian orang ramai ketika perintah kawalan pergerakan dahulu, gelagat “ketua rumah” ini mencuit hati kerana mereka seperti kali pertama mengenal barang-barang keperluan dapur.

Perkongsian daripada Muzaffar Rahman di laman Facebooknya mendapat perhatian ramai apabila memuat naik gambar gelagat sang suami mengendali pembelian barang di sebuah pasaraya.

Dah macam “Treasure Hunt ” pulak rasa. Masing-masing duk tengok kertas. Check point banyak oo.. Kena cari sampai dapat. Isteri masing-masing pakat tulis kat kertas, barang apa nak kena beli.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasa was-was. Ambil gambar, wassap kat isteri. Lagi dasyat ada yang bervideo call.

Cabaran terbesar bagi seorang lelaki

Kebiasaannya kaum isteri terutamanya suri rumah yang akan keluar membeli barangan keperluan dimasak buat seisi keluarga.

Namun, perubahan terhadap tugas membeli keperluan dapur ini mungkin bakal menjadi sesuatu yang cukup mencabar kerana suami perlu bijak membezakan jenis-jenis ikan, sayur, rempah dan ramuan lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Harus diingatkan bahawa perintah kawalan pergerakan ini bertujuan untuk mengurangkan kehadiran diri anda di tempat awam dan mengelakkan risiko penyebaran wabak Coronavirus.

Menurut perkongsian seorang guru dalam akaun Facebook miliknya, Mohd Fadli Salleh, dia menasihatkan agar semua suami perlu bersiap sedia.

''Ingat semua suami sekalian. Sebelum keluar rumah membeli barang keperluan asas, anda wajib mengetahui perbezaan lengkuas, halia, sayur bayam dan sawi,'' 

Ketika menolak troli atau mengangkat bakul di pasaraya, pastinya anda amat memerlukan 'kerjasama' yang baik dengan isteri agar tidak tersalah pilih.

Jadi, ikuti tips selamat ini agar anda tidak panik ketika isteri minta ke pasaraya. Tidaklah nanti anda keliru kerana pengetahuan yang kurang dalam mengenali jenis ikan dan sayur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Daun sup & ketumbar

Daun ketumbar biasanya lebih kembang dan batangnya lebih pendek berbanding daun sup.

Jawapan
Kiri: Daun sup
Kanan: Daun ketumbar

#2. Halia & Lengkuas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Paling mudah untuk bezakan ialah bau dan garisan pada bentuknya. Dalam hal ini, urat lengkuas lebih jelas, urat halia sedikit tersorok di sebalik kulit. 

Cara lain nak bezakan ialah tengok pada longgokan.  Biasanya, halia akan dilonggokkan lebih tinggi kerana permintaan yang tinggi, lengkuas kurang ramai orang gunakan dan kebanyakan kedai hanya menjual dalam kuantiti sedikit.

Kunyit pula memiliki isi kuning sedikit oren.

Jawapan
Kiri: Halia
Kanan: Lengkuas

#3. Bayam merah & hijau

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayam ada 2 jenis iaitu merah dan hijau. Jika isteri meminta anda membelikan bayam, pastikan bertanyakan terlebih dahulu sama ada bayam merah atau hijau yang diperlukan.

#4. Bunga kubis & kubis

Kubis terbahagi kepada dua iaitu kubis dan bunga kubis.

Kiri: bunga kubis

Kanan: kubis

#5. Salad & Kubis

Jangan tersalah beli. Salad tidak boleh dimasak lemak dan kubis pula orang tidak gunakannya untuk sandwich.

Kiri: Salad
Kanan: Kubis

#6. Daun kucai & daun bawang

Bezanya pada daun. Kucai halus-halus, orang guna untuk masak char kueh teow. Daun bawang pula lebih tebal dan lohong.

Jawapan
Kiri: Daun kucai
Kanan: Daun bawang

#7. Kailan & Sawi

Bezanya pada batang. Batang kailan keras dan bercabang. Sawi pula batangnya lembut dan bercantum di bawah.

Jawapan
Kiri: Kailan
Kanan: Sawi

Sumber: Mstar, Dailymakan

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia