Serum Rambut Terbaik Boleh Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak

Serum Rambut Terbaik Boleh Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak

Salah satu benda yang penting dalam penjagaan rambut selain syampu dan perapi adalah serum rambut.

Mencari serum rambut terbaik? Jangan bimbang lagi kerana kami di theAsianparent ada menyenaraikan serum rambut gugur yang bagus untuk membantu masalah rambut gugur ibu yang biasa berlaku selepas bersalin.

Rata-rata wanita kehilangan 100 hingga 150 rambut setiap hari, dan ini biasanya tidak disedari,  dan kita selalunya sedar apabila terlihat rambut yang berakhir di sikat atau di lantai bilik mandi sahaja. Tambah meresahkan, keadaan ini juga kerap berlaku setelah melahirkan anak yang mungkin berlarutan sehingga beberapa bulan malah ada juga beberapa tahun!

Keadaan ini boleh juga disebabkan oleh penyakit tiroid, anemia, kekurangan vitamin, atau keadaan autoimun. Tekanan fizikal atau emosi yang ketara juga boleh menyebabkan penipisan rambut yang dikenali sebagai telogen effluvium sementara jangkitan kulit kepala juga boleh menjadi faktor penyumbang.

Tips Memilih Serum Rambut Terbaik

tips atasi rambut gugur, serum rambut terbaik

Jadi bagi mengatasi masalah ini, kini terdapat banyak serum pertumbuhan rambut dan rawatan lain yang dapat membantu. Tidak seperti syampu yang mencuci kulit kepala dan rambut, produk ini berfungsi dengan menembusi kulit kepala, di mana ia dapat melakukan pelbagai rawatan berdasarkan formula tertentu.

Walaupun terdapat banyak jenis rawatan, mencuba salah satu serum rambut terbaik adalah satu kaedah yang baik dan murah untuk memulakan rawatan. Namun hakikatnya terdapat banyak pilihan serum rambut di pasaran yang membuatkan agak sukar untuk para ibu mencari yang terbaik.

Berikut adalah beberapa tips yang ibu boleh pertimbangkan sebelum melakukan pembelian:

  • Serum dalam bentuk minyak dan berbuih cenderung mempunyai kepekatan ubat tertinggi yang dapat mengatasi keguguran dan penipisan rambut.
  • Salah satu bahan yang paling biasa dicari adalah minoxidil, yang secara klinikal terbukti dapat memperbaiki rambut yang menipis dan merupakan langkah pertama yang baik untuk merawat beberapa jenis keguguran rambut.
  • Bahan seperti biotin sering digunakan untuk membantu menguatkan rambut dan kuku rapuh dan boleh diformulasikan sebagai makanan tambahan atau produk topikal; dan walaupun terdapat beberapa bukti bahawa biotin dapat digunakan untuk membantu merawat keguguran rambut, para penyelidik mengakui terdapat kekurangan bukti yang mencukupi.
  • Penggunaan kafein secara topikal telah terbukti dapat membantu mengatasi keguguran rambut, jadi ini adalah ramuan lain yang boleh anda temui dalam produk pertumbuhan rambut yang dijual bebas.

8 Serum Rambut Terbaik Bagi Mengatasi Keguguran Rambut

[product-comparison-table title="Serum Rambut Terbaik"]

Mama’s Choice Strengthening Hair Serum

Serum Rambut Terbaik Kandungan Semulajadi & Halal

serum rambut terbaik

Perawatan rambut yang lengkap dan terbaik adalah dengan menggunakan Mama's Choice Hair Strengthening Serum. Yang bestnya, ia dapat mengurangkan keguguran rambut sehingga 71% sekaligus mejadikan rambut cantik dan bersinar bagi meningkatkan lagi keyakinan diri ibu!

Formulasi yang digunakan adalah 100% selamat. Ia dihasilkan daripada ekstrak buah kiwi yang kaya dengan zink dan mineral, green pea dan candlenut (buah keras). Sememangnya ianya dapat menjaga kesihatan rambut dengan menguatkan akar, mengurangkan masalah kelumumur serta dapat mencegah keguguran rambut. Jadi ibu-ibu tak perlu risau lagi ya kerana ini penyelesaian rambut gugur.

Apa yang kami suka?

  • Dapat mengurangkan masalah rambut seperti keguguran dan kelumumur 
  • Menguatkan akar rambut dan menyuburkan kulit kepala
  • Tidak perlu bilas
  • Diformulasi dari bahan-bahan yang selamat 
  • Sesuai untuk semua jenis rambut dan kulit sensitif
  • Direka khas untuk wanita hamil dan menyusu
  • Bebas paraben, SLS, alkohol dan silikon
  • Diuji secara dermatologi
  • Diyakini halal

Kerastase Genesis Anti-Chute Fortifiant Serum For Anti-Hair Fall

Serum Rambut Terbaik Untuk Menguatkan Rambut

serum rambut terbaik

Jika dilihat pada harganya, memang mahal tetapi jika keberkesanannya telah terbukti apa salahnya jika laburkan sedikir wang untuk mendapatkan kembali rambut yang sihat dan lebat pada jenama serum Kerastase Malaysia ini!

Serum rambut dari Kerastase Malaysia ini telah diformulasikan untuk mengatasi keguguran rambut yang berlebihan pada akar dan helaian rambut. Dengan menjaga kulit kepala dan menguatkan rambut, ia membantu mengurangkan masalah rambut gugur dari hari ke hari.

Diperkaya dengan gabungan kuat Aminexil, Edelweiss Native Cells dan Ginger Root, serum ini meningkatkan ketahanan rambut untuk meminimumkan keguguran rambut dan memaksimumkan penampilan rambut yang cantik.

Ia membantu untuk menambat semula folikel rambut dengan lebih kukuh ke dalam kulit kepala sambil membina persekitaran yang optimum untuk pertumbuhan rambut baru.

Apa yang kami suka?

  • Serum rambut yang merawat dari kulit kepala
  • Dapat menenangkan kulit kepala yang merengsa, terasa sejuk dan aman
  • Tekstur serum seperti jeli
  • Gunakan pada waktu pagi atau sebelum tidur, sapu dan urutkan pada kulit kepala. Tak perlu bilas
  • Sesuai untuk digunakan pada rambut kering

The Body Shop Ginger Scalp Serum

Serum Rambut Terbaik Menangani Kegatalan Kulit Kepala

serum rambut terbaik

Diperkaya dengan minyak pati halia, serum rambut ini bertindak menyuburkan dan membantu mengimbangi kulit kepala ibu. Hanya dengan beberapa titis, ia dapat memberikan ibu satu ketenangan daripada masalah kulit kepala kering dan kegatalan.

Bukan itu sahaja, ia juga membantu menghilangkan kepingan kulit kering di atas kulit kepala di antara setiap cucian. Rambut yang mudah digosok bermula dengan kulit kepala yang sihat.

Gunakan secara berkala dengan Syampu Anti-Kelemumur Ginger dan Perapi Kulit Kepala Ginger  untuk kulit kepala dan rambut yang lebih sihat. Ia juga tidak berminyak dan senang menyerap!

Apa yang kami suka?

  • Menyuburkan kulit kepala
  • Membantu mengimbangi kulit kepala daripada minyak dan sebum yang berlebihan.
  • Melegakan kulit kering yang kering dan gatal di antara cucian.
  • Diperkaya dengan minyak pati halia dari Sri Lanka, ekstrak willow putih dan kulit kayu birch.
  • Formula tidak berminyak dan cepat serap
  • Diuji secara dermatologi

Himalaya Hairzone Alopecia Areata Hair Loss

Serum Rambut Terbaik Mencegah Jangkitan

serum rambut terbaik

Produk Himalaya Hairzone mencegah degenerasi folikel dan merangsang pertumbuhan rambut. Ia juga meningkatkan kekuatan tegangan rambut, meningkatkan kepadatan folikel rambut dan jumlah folikel rambut.

Bukan itu sahaja ya ibu, malah ia juga berupaya menghalang perubahan distrofik yang disebabkan oleh kemoterapi pada folikel yang tumbuh dan kemunduran awal folikel rambut yang rosak teruk.

Bahan semula jadi di Hairzone adalah agen antimikroba dan astringen yang kuat. Ia berkesan menguruskan jangkitan kulat, bakteria dan virus pada kulit kepala, sekaligus mengurangkan kegatalan, kekeringan dan rambut gugur.

Jadi, ucapkan selamat tinggal kepada masalah kulit kepala kering dan rambut gugur.

Apa yang kami suka?

  • Mencegah keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Meningkatkan kekuatan tegangan rambut
  • Memberi kelegaan simptomatik
  • Mengendalikan jangkitan kulat, bakteria dan virus pada kulit kepala dengan berkesan
  • Mengurangkan kegatalan dan kekeringan rambut

Safi Shayla Hair Serum Hair Fall & Oil Control

Serum Rambut Terbaik Untuk Wanita Berhijab

serum rambut terbaik

Untuk ibu yang bertudung, serum rambut Safi Shayla ini pilihan terbaik untuk anda! Diformulasi dengan teknologi Hijab Scalp Biotics yang mengandungi probiotik untuk kulit kepala yang sihat sebagai asas yang kuat untuk rambut lebat.

Kalau ibu nak tahu, serum rambut Safi Shayla ini dihasilkan dengan kandungan utama minyak organik Habbatus Sauda, yang mana dapat memberikan kelembutan kepada rambut, menyediakan nutrien, bertindak sebagai anti-bakteria dan memberi perlindungan kepada rambut daripada sinaran UV.

Minyak organik Morrocan Argan yang kaya dengan vitamin, mineral, dan antioksidan juga dapat meningkatkan kilauan rambut dan mengurangkan kerosakan rambut di samping menghidrat dan melembutkan rambut. Serum ini turut meningkatkan keanjalan rambut dan memulihkan sinar rambut dengan konsisten.

Selain itu, kandungan minyak zaitun tulen dalam serum rambut ini juga dapat memelihara dan memberikan kelembapan kepada rambut kering, kusam atau kerinting.

Minyak vitamin E pula sebagai antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas untuk menjaga rambut supaya sihat dan kuat.

Apa yang kami suka?

  • Pakar produk penjagaan rambut untuk wanita berhijab
  • Memperbaiki dan menguatkan struktur dalaman rambut untuk mengukuhkan rambut yang rapuh sekaligus mengurangkan masalah rambut gugur kerana ia juga adalah serum rambut gugur yang bagus
  • Haruman pada rambut yang mampu kekal sehingga 24 jam
  • Mudah digunakan, hanya sapukan 1 ke 2 titik serum pada rambut basah dan biarkan kering. Tak perlu dibilas!

Good Virtues Co. Hair Fall Control Hair Serum

Serum Rambut Terbaik Dengan Haruman Tahan Lama

serum rambut terbaik

Ada sesetengah pengguna lebih gemarkan produk dengan formula ringan supaya kesannya lebih efektif dalam tempoh singkat. Tidak ketinggalan menggunakan manfaat habbatus sauda atau jintan hitam untuk rawatan kecantikan khususnya rambut, ialah Good Virtues Co. menerusi produk serum rambutnya.

Kandungan istimewa ini kaya dengan nutrien semulajadi, mineral dan antioksidan untuk membaiki, memulihkan dan meremajakan rambut anda. Ibu tak perlu lagi runsing akan masalah keguguran rambut jika mengamalkan serum rambut ini secara konsisten.

Good Virtues Co hair serum ini turut diperkaya dengan Vitamin E bagi membantu masalah rambut bercabang, rambut keriting mengerbang yang tidak teratur, kusut dan kasar. Malah ia juga bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, Paraben, dan warna sintetik serta tidak diuji pada haiwan. Jadi dijamin selamat untuk ibu!

Ianya dapat mengembalikan kelembutan dan memberi sinar pada rambut anda agar lebih teratur serta tidak mengembang selain kandungan bahan antioksidan yang dapat membaik pulih kerosakan pada rambut anda dengan menggunakan 100 peratus bahan organik semulajadi.

Apa yang kami suka?

  • Walaupun kelihatan sedikit greasy namun formulanya ringan dan sangat mudah diserap
  • Rambut lebih bersinar dan sihat
  • Boleh dipakai berulang kali, tidak 'berat' di kepala
  • Wangi dan bau tahan lama
  • Sesuai untuk mereka yang memiliki rambut kerinting yang mengerbang
  • Sesuai untuk anda yang memakai hijab, rambut tidak akan mudah berbau walaupun seharian bertutup litup!
  • Hanya pump sedikit sahaja, cukup untuk kegunaan satu kepala

KUNDAL Macadamia Ultra Hair Serum

Serum Rambut Terbaik Tanpa Kandungan Air Dan Alkohol

serum rambut terbaik

Satu-satunya serum rambut tanpa kandungan air dan alkohol, KUNDAL Hair Serum ini mengandungi sehingga 10,000 ppm kacang macadamia dan 15 minyak semula jadi yang berasal dari tumbuhan menjadikannya sebagai serum pekat dengan minyak tulen. Amazing bukan?

Mampu melembapkan dan menyuburkan rambut yang kusam, rapuh dan kering, serum ini juga dapat memberi perlindungan kepada rambut, nutrisi, volume dan berkilat untuk rambut.

Teknologi pencampuran minyak yang unik KUNDAL hair serum meningkatkan penyerapan, tidak melekit, tidak greasy menjadikannya tidak berat, mudah dipakai dan selesa pada kepala ibu. 

Apa yang kami suka?

  • Baunya yang harum dan menyegarkan dengan pilihan bauan unik seperti bau bedak bayi, ylang-ylang, dan white musk
  • Tidak greasy, ringan di kepala
  • Sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah rambut kering
  • Rambut lebih mudah diurus selepas memakai serum

The Ordinary Multi-Peptide Serum for Hair Density

Serum Rambut Terbaik Untuk Melebatkan Rambut

serum rambut terbaik

Antara serum rambut yang pernah viral di Tiktok, The Ordinary hair serum menampilkan serum ringan yang direka untuk menjadikan rambut lebih tebal, penuh, lebih padat dan lebih sihat menerusi formula daripada teknologi REDENSYL complex.

Pada asasnya, ia mengandungi peptida (atau dikenali sebagai protein) yang dikatakan boleh membaiki dan menguatkan rambut. Di samping peptida, serum ini juga mengandungi kafein, yang menjadikannya sebagai formula mudah diserap ke dalam kulit kepala.

Serum rambut terbaik The Ordinary hair serum ini juga mengandungi minyak kastor, yang telah lama diperjuangkan oleh pakar trikologi dan pakar keguguran rambut untuk merangsang pertumbuhan dan ketebalan rambut apabila digabungkan dengan urutan kulit kepala biasa.

Terdapat juga perapi rambut untuk meningkatkan kelembutan dan humektan (bahan pelembap) seperti glisin.

Walaupun produk ini dilabelkan sebagai serum, teksturnya sebenarnya lebih ringan, seperti air. Tetapi jangan memandang rendah akan teksturnya kerana ia meresap ke dalam kulit kepala tanpa kesan sehingga rambut tidak berasa berminyak atau melekit lagi!

Apa yang kami suka?

  • Boleh disapu pada kulit kepala untuk merangsang pertumbuhan rambut baru
  • Perlu dipakai sehari sekali sahaja dan digalakkan pakai sebelum tidur
  • Tidak berminyak dan melekit pada rambut

Perbandingan Harga Serum Rambut Terbaik Bagi Mengatasi Keguguran Rambut

Produk Berat/Isipadu (ml) Harga
Mama’s Choice Strengthening Hair Serum 50ml RM42.90
Kerastase Genesis Anti-Chute Fortifiant Serum For Anti-Hair Fall 90ml RM272.00
The Body Shop Ginger Scalp Serum 50ml RM119.00
Himalaya Hairzone Alopecia Areata Hair Loss 60ml RM30.00
Safi Shayla Hair Serum Hair Fall & Oil Control 50ml RM8.79
Good Virtues Co. Hair Fall Control Hair Serum 100ml RM17.32
KUNDAL Ultra Hair Serum 100ml RM33.90
The Ordinary Multi-Peptide Serum for Hair Density 60ml RM68.00

Cara Pakai Serum Rambut

Jangan salah pakai ya, serum rambut bukan digunakan dengan menuang dan sapu terus ke rambut kerana ada tatacaranya yang betul! Untuk memastikan serum rambut yang dipakai tersebut efektif, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan.

Jom ikuti cara pakai serum rambut yang tepat seperti yang dinyatakan di bawah;

1. Bermula dengan hujung rambut

Meskipun serum rambut memiliki banyak manfaat untuk rambut, namun produk ini tidak memiliki manfaat untuk kulit kepala anda.

Cara menggunakan serum rambut, cukup aplikasikan di helaian rambut sahaja, mulai dari hujung hingga ke tengah. Pemakaian di kulit kepala dan akar rambut akan meningkatkan potensi rambut menjadi berminyak.

2. Gunakan secukupnya

Ingat, penggunaan berlebihan akan membuat rambut anda kelihatan melekat dan berminyak. Saranan kami, tuangkan sedikit sahaja dahulu, jika perlu tambah lagi lakukan sedikit demi sedikit.

3. Tidak perlu dibilas

Cara memakai serum rambut adalah boleh terus dipakai tanpa perlu dibilas. Hassle free! Anda hanya perlu membiarkannya menyerap dengan sempurna sebelum menata rambut dengan hairdryer atau flat iron.

4. Boleh digunakan pada rambut basah

Serum rambut lebih berkesan jika diaplikasikan pada rambut basah. Selepas keringkan rambut dengan tuala (masih basah), tuangkan ke tapak tangan sambil digosok perlahan. Lalu, ratakan pada rambut mulai dari hujung hingga ke atas, kemudian keringkan seperti biasa.

5. Ratakan tanpa menggosok rambut

Sama seperti mengeringkan rambut, hindari cara memakai serum rambut dengan menggosok-gosoknya kerana hal itu akan merosakan kutikulnya. Helaian rambut boleh menjadi rosak, rapuh, dan patah. Ratakan dengan jari dan ramas perlahan sahaja.

6. Boleh dipakai sebelum menata rias rambut

Jika anda akan menggunakan flat iron atau hairdryer, gunakan serum terlebih dahulu. Nah, salah satu cara menggunakan serum rambut yang harus anda ingat adalah anda perlu membiarkannya dahulu hingga benar-benar meresap. Hindari menggunakan alat styling pada rambut yang masih basah agar rambut tidak rosak.

Oh ya, masa yang diperlukan untuk melihat hasilnya bergantung kepada keadaan rambut anda sekarang ya. Namun, dengan menyuburkan kulit kepala dan rambut dengan dos serum setiap hari, anda akan lihat akar yang lebih kuat selepas kira-kira tiga hingga empat minggu.

Dengan penggunaan berterusan, rambut anda akan semakin tebal, sihat, dan lebih teratur!

Selamat mencuba!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Atasi Keguguran Rambut Selepas Bersalin, Ibu Perlu Pilih Perapi Rambut Yang Betul!

Baca juga: Pewarna Rambut Halal Terbaik! Ini Senarai Pewarna Rambut Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was, Ibu Hamil Pun Boleh Cuba

Baca juga: Kenapa Ibu-Ibu Selalu Mengalami Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin? Ini Jawapannya