12 remaja Thai yang terperangkap dalam gua akhirnya berjaya diselamatkan! Ini kisah mereka

Remaja sesat dalam gua dan terperangkap akibat air yang tiba-tiba masuk akhirnya telah berjaya diselamatkan. Seluruh dunia meraikan kejayaan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akhirnya! Selama berhari-hari seluruh dunia kerisauan dan menanti-nantikan hari ini untuk tiba, akhirnya doa dan harapan seluruh masyarakat dimakbulkan. 

Kesemua ahli pasukan bola dan jurulatih Wild Boars yang terperangkap dan sesat dalam gua selama 18 hari sejak dari tempoh hari telah berjaya diselamatkan, menurut BBC.

12 remaja lelaki Thailand sesat dalam gua berjaya diselamatkan

Operasi menyelamat ini telah bermula sejak tiga hari lepas, dengan pasukan seramai 13 penyelam gua termasuk dari dalam dan negara luar telah diberikan tugas berbahaya untuk menyelamatkan remaja-remaja ini dan jurulatih mereka keluar dari gua dengan selamat.

Setiap hari, penyelam-penyelam terbabit melalui perjalanan yang menakutkan dengan keluar masuk gua selama 9-12 jam.

Dua penyelam menemani setiap remaja untuk keluar dari gua ini sepanjang proses penyelamatan.

Semalam, pada tanggal 10 Julai jam 7 malam masa tempatan, misi menyelamat yang sulit ini akhirnya menemui kejayaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini adalah gambar 12 remaja yang sesat dalam gua bersama jurulatih mereka.

Remaja sesat dalam gua: Ringkasan kejadian

Menurut laporan dari The Guardian

  • Kumpulan terakhir remaja yang diselamatkan telah diterbangkan ke hospital.
  • Lapan remaja yang diselamatkan pada hari Ahad dan Isnin lalu berada dalam keadaan baik. Walau bagaimanapun, dua daripada mereka menunjukkan tanda radang paru-paru, dan kesemua mempunyai suhu tak menentu ketika sampai ke hospital.
  • Doktor akan mengasingkan remaja-remaja ini untuk mengelak risiko jangkitan. Kumpulan pertama remaja yang dikeluarkan telah berjumpa ibu bapa mereka melalui tingkap kaca.
  • Mereka terlalu lemah untuk makan makanan sedap yang mereka pesan. Buat masa sekarang, mereka hanya makan roti, bubur dan coklat.
  • Walaupun FIFA telah menjemput mereka untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia di Rusia pada Ahad ini, mereka tak berpeluang untuk pergi kerana perlu menjalani rawatan selama seminggu lagi.

Kronologi remaja sesat dalam gua

Ini adalah kronologi remaja dan jurulatih yang sesat dalam gua ini sebelum diselamatkan menurut Astro Awani.

23 Jun: 12 remaja dan seorang jurulatih memasuki Gua Tham Luang di Chiang Rai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

24 Jun: Pihak berkuasa menemui kesan tapak tangan dan tapak kaki.

25 Jun: Penyelam tentera laut Thai memasuki gua untuk operasi mencari dan menyelamat.

26 Jun: Penyelam tiba di persimpangan-T beberapa kilometer dalam gua tetapi terpaksa berpatah balik apabila air banjir melimpah deras.

27 Jun: Tiga pakar penyelam British memasuki gua namun terpaksa berpatah balik akibat banjir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

28 Jun: Operasi menyelamat bawah air dihentikan sementara akibat air deras.

29 Jun: Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-O-Cha melawat lokasi kejadian.

30 Jun: Penyelam berjaya melepasi air banjir di dalam gua, namun masih jauh dari lokasi kesemua mangsa.

Keadaan di dalam gua. Grafik Astro AWANI

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1 Julai: Penyelam tiba di kawasan lebih dalam di dalam gua

2 Julai: Kesemua mangsa ditemui selamat lewat hari ini.

3 Julai: Bekalan makanan dan ubat-ubatan diberi kepada kesemua mangsa

4 Julai: Mangsa diajar menggunakan topeng menyelam dan alat pernafasan.

5 Julai: Pihak berkuasa berdepan cabaran menyelamat lebih sukar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6 Julai: Seorang penyelam lemas ketika operasi menyelamat.

7 Julai: Lebih 100 cerobong digerudi dari permukaan gua dalam usaha menyelamat.

Hero yang disanjung dan diingati

Ucapan terima kasih seperti tak cukup untuk pasukan penyelamat yang HEBAT ini atas usaha mereka.

Mereka yang berani ini tak mengenal penat dan lelah untuk mengharungi perjalanan yang berbahaya untuk menyelamatkan remaja-remaja dan jurulatih ini.

Jangan lupa Saman Kunan, bekas penyelam tentera yang mati semasa meletakkan oksigen sepanjang jalan keluar. Beliau akan sentiasa diingati. 

Kami di theAsianparent turut sama meraikan kejayaan operasi menyelamat yang akan menjadi sejarah dan keajaiban dunia moden bersama orang-orang di seluruh dunia.

Rasa hormat ditujukan pada pasukan penyelamat dan moga remaja-remaja dan jurulatih terus selamat dan bahagia bersama keluarga.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Astro Awani, theAsianparent Singapore

Baca juga:

5 Peraturan Keselamatan Penting Yang Anak Anda Perlu Tahu

Penulis

Nadia Ghafar