X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi baru lahir ini meninggal akibat sepsis, ibu saman kecuaian pihak hospital!

4 min bacaan
Bayi baru lahir ini meninggal akibat sepsis, ibu saman kecuaian pihak hospital!

Gara-gara kecuaian pihak hospital yang tak mengesan sepsis pada bayi baru lahir beliau, ibu ini mengalami trauma yang buruk. Sepsis itu apa?

Patrycja Majewska merupakan ibu yang sedang berduka atas kematian bayi lelakinya gara-gara sepsis pada bayi.

Dia sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah hospital di England. Menurut ibu itu, kelalaian ahli perubatan telah menyebabkan sepsis pada bayi baru lahir beliau – Aleksander Majewska.

Aleksander telah dilahirkan dengan kerosakan otak dan sepsis yang berpunca dari kekurangan oksigen.

Ini sebenarnya berpunca dari staf medikal yang tersilap mendiagnosis keadaan bayi itu. Malah mereka juga gagal memantau degupan Aleksander semasa proses kelahiran.

Sepsis pada bayi itu apa?

Sepsis merupakan penyakit yang membunuh. Ia terjadi sebagai kesan respon badan terhadap jangkitan.

Ia akan terjadi apabila bahan kimia yang dilepaskan untuk melawan jangkitan, menyebabkan badan menjadi lebih teruk. Secara ringkasnya,  sepsis dalam badan menyerang badan anda sediri.

sepsis pada bayi

Gambar dari Facebook : A mother without a child

Sepsis pada bayi baru lahir yang malang ini

Pengalaman yang mengecewakan ini bermula ketika air ketuban Majewska pecah. Pihak hospital The Coventry University menyarankannya kembali keesokkan hari.

Disebabkan kekurangan katil di wad bersalin, dia terpaksa berada di wad am sehingga ada katil kosong. 

Ibu yang berusia 26 tahun ini terpaksa menunggu lebih dari 50 jam dalam kesakitan kerana kakitangan pihak hospital tidak dapat mengendalikan kerja yang terlalu banyak.

Apabila ibu bersalin menunggu terlalu lama, jangkitan boleh terjadi dan menyebabkan sepsis pada bayi baru lahir!

“Mereka mengabaikan saya ketika saya sangat memerlukan mereka. Saya meletakkan kepercayaan ke atas profesionalisma mereka tetapi mereka menghampakan saya.

Saya dalam kesakitan tetapi diabaikan, kini saya terpaksa berdepan dengan akibatnya seumur hidup.“

Semasa dimasukkan ke wad, dia menunjukkan bilangan sel darah putih yang tinggi, menandakan sepsis pada bayi yang belum lahir itu.

Namun kakitangan gagal merekodkan keadaannya dengan betul. Dan ini telah memberi kesan terhadap bayinya itu.

Sepsis pada bayi: Anak Majewska hanya berusia 5 hari

sepsis pada bayi

Gambar dari Facebook : A mother without a child

Apabila seseorang bayi terkena sepsis, tindakan segera harus diambil. Sepatutnya bayi tersebut segera diberikan antibiotik.

Namun bagi kes ini, bayi tersebut telah diberi ubatan lain yang tidak berkesan!

Disebabkan para ahli medikal gagal memantau degupan jantung bayi itu, dia tidak mendapat bekalan oksigen yang diperlukan. Akibatnya, bayi tersebut mengalami kerosakan otak. 

Apabila pasukan medikal mngenalpasti yang ia adalah sepsis pada bayi, mereka sudahpun terlambat.

Bayi tersebut mengalami sawan serta pendarahan pada paru-parunya. Beliau meninggal dunia di usia 5  hari.

Sepsis pada bayi: masa depan yang dicuri

Kematian Aleksander meninggalkan kesan yang mendalam pada ibunya. Majewska bercerai dengan pasangannya akibat terlalu stress dengan keadaan ini. 

Dia merasakan masa depan bersama bayinya seperti telah dicuri. Insiden ini telah memaksa pihak hospital untuk menyemak semula kakitangan dan protokol mereka serta melakukan perubahan.

Majewska tetap akan menyaman hospital tersebut sebagai pengajaran dan supaya tidak ada orang lain yang terpaksa melalui apa yang dilaluinya.

Stories Rakan Kongsi
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!

Bagaimana mengenalpasti sepsis pada bayi baru lahir?

Bayi baru lahir ini meninggal akibat sepsis, ibu saman kecuaian pihak hospital!

Kredit: myadoptionarkansas.com

Punca sepsis pada bayi lahir biasanya ialah bakteria. Bayi pramatang dalam uni rawatan rapi neonatal adalah berisiko tinggi kerana imun sistem yang belum terbentuk.

Malah, tempat menyuntik atau mana-mana ruang masuk juga boleh menjadi punca tempat jangkitan bakteria.

Di dalam kes Majeska, risiko tinggi jangkitan berpunca dari:

  • ibu demam ketika bersalin
  • jangkitan di uterus atau rahim
  • air ketuban pecah sebelum tempoh matang (sebelum 37 minggu)
  • air ketuban pecah terlalu awal sebelum proses bersalin (18 jam atau lebih sebelum bersalin)

Anda boleh kenalpasti sepsis pada bayi baru lahir apabila terdapatnya tanda-tanda berikut:

  • suhu punggung melebihi 38°C
  • terganggu
  • tidak ada selera 
  • sukar bernafas
  • perubahan kadar degupan jantung sama ada terlalu cepat atau mempunyai tanda kejutan
  • terhenti bernafas lebih 10 saat
  • perubahan warna kulit (pucat/kebiruan)
  • demam kuning
  • ruam
  • kurang kencing
  • benjolan lembut pada kepala bayi

Kenyataan hospital tentang kes sepsis pada bayi itu

Professor Meghana Pandit, Chief Medical Officer and Deputy CEO di University Hospitals Coventry and Warwickshire (UHCW) NHS Trust telah menyeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian tersebut.

“Kami ingin meminta maaf setulusnya kepada Cik Majewska dan keluarganya tentang kejadian yang terpaksa mereka lalui.

Kami dapat mengenalpasti punca kejadian dan menyebabkan kejadian terhadap cik Majewska dan bayinya. Kami telah menyiasat dan membuat perubahan.

Kini semua kakitangan perlu mengambil latihan sepsis dan menganalisis laporan radiologi. Kami benar-benar bersimpati dengan apa yang telah menimpa keluarga ini.“

Sepsis pada bayi baru lahir sunguh tragis, apatah lagi ia tidak dapat dikawal walaupun di bawah pengawasan mereka yang profesional.

Semoga Majewska dapat menangani trauma akibat kejadian yang menimpanya ini.

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga:

Bayi maut selepas doktor tak sengaja terpotong kepalanya ketika C-section

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Penyakit
  • /
  • Bayi baru lahir ini meninggal akibat sepsis, ibu saman kecuaian pihak hospital!
Kongsikan:
  • Amaran Menyayat Hati Dari Seorang Ayah Selepas Anaknya Maut Kerana Sepsis

    Amaran Menyayat Hati Dari Seorang Ayah Selepas Anaknya Maut Kerana Sepsis

  • Awalnya Budak Ini Hanya Demam & Naik Ruam, Sekali Rupanya Sepsis Yang Bawa Maut!

    Awalnya Budak Ini Hanya Demam & Naik Ruam, Sekali Rupanya Sepsis Yang Bawa Maut!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Amaran Menyayat Hati Dari Seorang Ayah Selepas Anaknya Maut Kerana Sepsis

    Amaran Menyayat Hati Dari Seorang Ayah Selepas Anaknya Maut Kerana Sepsis

  • Awalnya Budak Ini Hanya Demam & Naik Ruam, Sekali Rupanya Sepsis Yang Bawa Maut!

    Awalnya Budak Ini Hanya Demam & Naik Ruam, Sekali Rupanya Sepsis Yang Bawa Maut!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.