5 Peraturan Keselamatan Penting Yang Anak Anda Perlu Tahu

Adakah anak anda tahu apa yang perlu dia lakukan apabila berada dengan orang yang tidak dikenali atau berada dalam keadaan yang tidak selamat? Kami ada kongsikan tip keselamatan buat si kecil anda!
Dari saat bayi dilahirkan, naluri ibu bapa adalah untuk melindungi anak mereka. Tetapi mungkin akan tiba satu hari nanti di mana ibu bapa tidak dapat melindungi anak mereka.
Tahukah anak anda apa yang perlu dilakukannya apabila dalam keadaan yang tidak selesa atau berada dengan orang yang tidak selamat?
Di sini adalah 5 peraturan keselamatan penting yang perlu diajar oleh setiap ibu bapa, agar anak mereka tahu langkah-langkah yang betul untuk kekal selamat.
Anak perlu faham bahawa tidak semua orang yang tidak dikenali adalah orang yang jahat.
Orang yang biasa ditemui di kedai runcit, kawan-kawan ibu bapa dari sekolah serta ramai lagi orang di dunia ini mungkin tidak akan melakukan apa-apa yang akan memudaratan anak kita.
Tetapi sebagai ibu bapa, ia masih menjadi tanggung jawab kita untuk mengajar cara-cara mengenali tanda-tanda amaran, jenis keadaan yang tidak selamat, dan orang-orang licik.
#2 Jadi, dari siapa anak patut meminta bantuan?

Pengawal Sekuriti One Utama. Sumber gambar : Star Online
Jika anak dalam keadaan dimana mereka memerlukan bantuan segera, dari siapa mereka patut minta bantuan? Misalnya situasi di mana anak terpisah dari ibu bapanya.
Ajar anak anda untuk meminta bantuan daripada seorang guru, pegawai polis, pengawal keselamatan atau seorang ibu atau ayah dengan stroller atau beg lampin.
Jangan ikut orang yang tidak dikenali masuk kereta walaupun mereka mengatakan mereka akan membantu.
#3 Sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat

Sumber gambar : Psrice02
Semua kanak-kanak di Malaysia diajar tentang sentuhan selamat dan tidak selamat dalam sukatan pelajaran Darjah 1.
Mereka diajar untuk mengatakan “JANGAN/TIDAK” dan untuk memahami perasaan diri apabila disentuh – perasaan selamat, tidak selesa atau tidak selamat.
Ajar anak untuk menggunakan nama sebenar bahagian-bahagian aurat supaya mereka tidak keliru dengan nama-nama samaran.
Mereka juga patut rasa selesa untuk menyebut nama bahagian badan mereka dan untuk bertanya serta memberitahu ibu bapa, terutamanya jika seseorang telah menyentuh atau membangkitkan perasaan tidak selesa.
Ajar cara untuk percaya dengan naluri diri, terutamanya apabila tubuh mereka memberi amaran.
Ibu bapa perlu belajar untuk bersikap terbuka dan tanpa reaksi keterlaluan agar tidak menjejaskan komunikasi yang jujur dan terbuka.
Baca tentang sexual grooming, pemangsa kanak-kanak dan tanda-tanda amaran sexual grooming. Sebenarnya penderaan seksual kanak-kanak adalah gejala yang sangat berleluasa di Malaysia.
#4 Keselamatan jalanraya dan kereta

Seorang anak terperangkap dalam kereta. Sumber gambar: express.co.uk
Ini termasuk:
- melihat ke kiri, ke kanan dan ke kiri semula, sebelum menyeberangi jalan
- berjalan di laluan jalan kaki dan tidak atas jalan raya
- untuk sentiasa pegang tangan ibu bapa dan tidak berlari/berjalan sendiri di hadapan
- menyedari kereta yang menghampiri anda, kereta yang nak keluar dari tempat letak kereta dan juga apabila mengesyaki ada orang yang mungkin menghampiri anda.
Apabila berjalan berseorangan, ajar anak untuk berhenti dan teliti sekelilingnya sebelum masuk jalan rumah. Pastikan tiada kereta atau orang mencurigakan yang menghampiri.
Dalam situasi di mana anak ditinggalkan dan terperangkap dalam kereta yang panas dengan tingkap yang tertutup, ajar anak cara untuk membuka buckle carseat mereka dan membunyikan hon kereta.
Jangan berhenti membunyikan hon kereta sehingga ada orang datang untuk memberi bantuan.
#5 Ajar nama dan nombor telefon ibu bapa
Jika anak terpisah dari ibu bapa dan ada orang yang sedang membantu mencari mereka, nama “ibu” atau “abah” tidak akan membantu.
Ajar anak nama penuh kedua-dua ibu bapa – ia lebih baik dan penting daripada menjaga air muka.
Lebih baik lagi kalau anak anda pandai hafal nombor handphone salah satu dari ibu bapanya. Kalau anak masih terlalu kecil, cuba hack gambar di bawah:

Hack yang menggunakan pen penanda dan hairspray. Sumber gambar: Real Moms
Kami berharap tip keselamatan yang kami kongsikan ini dapat membantu memastikan anak anda berada dalam keadaan selamat ketika berada di luar seorang diri!
Sumber: The Pragmatic Parent
Pasangan Kehilangan Anak Yang Dipelihara Selama 49 tahun, Rupanya Anak Orang Lain!
Ibu merayu anak diculik bekas suami lebih setahun ini dipulangkan semula
Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!
Luka Bersalin Bernanah Teruk, Ibu Jangan Cuba Petua MENGARUT Ketika Dalam Pantang!