Due Date Makin Dekat? Ini Set Berpantang Terbaik Yang Patut Anda Beli!

Kalau ada testimoni daripada pengguna, tentunya ibu lebih yakin untuk menggunakan produk tersebut, kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa mengandung lagi, pasti ibu sudah mempersiapkan segala keperluan ibu dan bayi ketika berpantang nanti. Dalam survey-survey itu, pilihan set berpantang terbaik pastinya menjadi rebutan di hati.

Untuk memudahkan kerja anda, hari ini, saya akan senaraikan tiga set berpantang terbaik berdasarkan testimoni pengguna yang lain.

Pemilihan set berpantang terbaik ini dipilih kerana lengkap dengan segala produk terkini yang bagus diamalkan ibu yang berada dalam fasa berpantang.

Kalau nak mudah beli saja set yang semuanya hadir dengan paket instant, bukan apa, jimat masa dan memudahkan supaya anda lebih fokus pada bayi. 

Set berpantang terbaik: Testimoni dari pengguna

#1. Set berpantang terbaik Tanamera

Set berpantang terbaik yang pertama ini dikongsikan oleh Aida Sue. Berikut testimoninya:

***

Mungkin ramai ibu tak tahu nak pakai set apa setelah bersalin nanti. Jadi saya ingin perkenalkan set berpantang Tanamera.

Berbaloi sangat produk ini. 

Pertamanya, produk ini guna 100% bahan semula jadi dengan herba tropika dan pati minyak. Tidak mengandungi pewarna tiruan, pengawet, bahan kimia toksik dan tiada jamu yang bahaya pada bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia juga mesra untuk ibu yang menyusukan bayi.

Set berpantang terbaik Tanamera merangkumi minyak kelapa dara. Paling syok, dia kurangkan selulit semasa hamil. 

Selain itu, Tanamera juga mempunyai herba pembersih wanita, minyak urut herba, mandian herba dan tapel.

Tapel ini macam pes yang kita pakai di perut semasa guna bengkung. Fungsinya untuk kuat dan tegangkan otot badan.

Pilis pun ada dalam set berpantang terbaik Tanamera ini bagi melegakan sakit kepala dan migrain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disamping itu ada juga, bengkung. Jadi tak payah lagi beli bengkung yang lain. Teh herba dan lulur badan herba juga boleh didapati dalam set bersalin ini.

#2. Set berpantang terbaik Nona Roguy

Testimoni ini dikongsikan oleh Noorul yang ditulis melalui blognya. Jom kita teliti apa menarik tentang Nona Roguy ini berdasarkan pengalaman Noorul sendiri.

***

Dalam set Nona Roguy ini ada phytonatal, akar herbanika, minyak herban, krim herba barut, uncang cuci herbanika dan herbanika lulur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalu dengar masalah ibu bersalin adalah sembelit. Seram nak buang air besar sebab takut jahitan bawah terbuka semula kan?

Yang best tentang pil phytonatal ini adalah dapat melembutkan najis ketika membuang. 

Masa membuang itu, najis keluar laju saja tak perlu teran. Ini semua kesan terbaik selepas amalkan set berpantang Nona Roguy.

Keduanya, Noorul nak kongsi tentang akar herbanika dalam set berpantang ini. Kalau malas nak tunggu ambil satu atau dua uncang teh kemudian rebus dalam air.

Kalau malas juga, rendam saja dalam termos air kemudian terus minum panas-panas.

Seterusnya set ini juga ada uncang cuci herbanika yang berfungsi sebagai antiseptik yang boleh halang jangkitan kuman kat area ‘bawah’.

Manakala minyak herbanika pula bagus untuk cepatkan proses penyembuhan luka jahitan episiotomi.

Cara pakainya, lepas mandi, titiskan minyak herbanika sampai mengalir terkena luka jahitan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Letak juga beberapa titis pada pad. Lepas itu, anda boleh rasa berangin saja kat bahagian bawah itu. Bau darah pun boleh hilang bila letak minyak ini dan kita akan rasa lebih selesa.

Malah, krim herbanika dalam Nona Roguy ini pun tak panas macam krim yang lain.

#3.  Set berpantang terbaik Amway Tropical Herbs

Testimoni dan review ini dikongsikan oleh Ummi Daddy. Jom kita teliti apa yang menarik tentang produk ini. Manalah tahu boleh cuba, kan?

***

Saya menggunakan set berpantang terbaik Amway Tropical Herbs sejak dari anak sulung hingga anak nombor empat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebab apa saya suka sangat produk ini adalah kerana ia lengkap untuk tempoh berpantang selama 44 hari itu.

Ia mempunyai set penjagaan bahagian luaran dan dalaman. Paling penting harganya mampu milik.

Set ini mengandungi 11 items. Untuk dimakan, sapu luaran, mandian dan disertakan bersama buku panduan yang terperinci. Paling best dapat bengkung FREE. Syoknyee!

Mengikut pengalaman saya sendiri, berpantang  ini perlu betul-betul, pakai bengkung semasa pantang jangan culas dan menyusukan bayi secara eksklusif. Dengan bantuan produk ini juga saya dapat turunkan berat asal 60kg. 

Herba yang terkandung dalam produk ini juga lulus KKM dengan cemerlang tanpa was-was.

Bahkan herba lepas bersalin dalam produk ini juga bantu memperbanyakkan susu ibu. Insyaallah susu pun jadi meriah!

Herba mandian dan sapuan dalam bentuk uncang dan sanchet juga sangat membantu dalam proses penyediaannya. Mudah kan?

Pendek kata produk ini memang terbaik untuk semua ibu-ibu yang dalam tempoh berpantang!

******

Bagaimana? Salah satu produk dan testimoni yang dikongsikan ini adakah sudah melekat dan berkenan di hati anda?

Kalau ya, selamat mencuba dan jangan segan silu untuk kongsi bersama theAsianparent.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Sirap Limau 

Sumber: Aida Sue, Noorul, Ummi Daddy 

Baca juga: 6 Set Berpantang Yang Popular di Malaysia, Pilih Saja Yang Mana Satu!