Set Bersalin Yang Terbaik & Lengkap Wajib Ada 7 Item Ini, Ibu Check Dulu Sebelum Beli!

Bagi ibu yang bercadang ingin mendapatkan set bersalin terbaik, anda perlulah memastikan ia mengandungi 7 item penting ini supaya berkesan ketika digunakan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan kita sudah berada dalam zaman serba moden ini, ada banyak pilihan yang memudahkan urusan ibu-ibu untuk melalui tempoh berpantang. Mungkin sesetengahnya memilih berpantang secara kampung dan ada juga menggunakan sahaja set bersalin terbaik yang dijual dalam pasaran.

Walau bagaimanapun sebelum membeli set berpantang, anda dinasihatkan untuk mempertimbangkan beberapa perkara agar ia berguna dan memenuhi keperluan ibu. Set bersalin dari sesuatu jenama pastinya menyediakan kelainan dari aspek item yang disediakan.

Baca juga: Doktor Kongsi Pengalaman Berpantang Cara Moden Yang Betul Agar Luka Bersalin Cepat Sembuh

Set bersalin terbaik perlu mengandungi 7 bahan ini

Berdasarkan penjelasan oleh seorang pengusaha set bersalin Danita, Anidanita Kanapi, selepas pascakelahiran, para ibu yang ingin melalui proses berpantang amat memerlukan barang asas seperti:

  • Bengkung
  • Pilis
  • Param
  • Tapel
  • Minyak urut
  • Tungku
  • Jamu

Hal paling utama ibu bersalin perlulalh memahami akan konsep perjalanan sepanjang tempoh berpantang. Anda perlulah mengutamakan proses detoksifikasi atau penyucian tubuh dari kekotoran sebelum merapi, merapat dan mengemaskan tubuh. Biasanya, proses pemulihan tenaga dijalankan seiring dengan proses detoks ini.

#1. Kain bengkung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Ia adalah kain yang diikat di bahagian pinggang bagi tujuan merampingkan tubuh, menguatkan semula otot-otot dan mengempiskan perut menggeleber selepas bersalin.  Selain itu, bengkung menjadi item ‘wajib’ bagi ibu berpantang kerana ia dapat membantu diri lebih berdisiplin. Menurut pengalaman ibu-ibu sebelum ini, mereka mengatakan pemakaian bengkung dapat mengawal selera makan dan menjadikan anda lebih cepat kenyang.

Menurut Anidanita sekiranya ibu menginginkan sesuatu yang lebih praktikal, anda boleh pilih set mengandungi boreh panas kerana ia boleh bertindak sebagai param, pilis serta lulur sekaligus.

Boreh panas juga mampu mencegah penyakit angin, menghilangkan bau badan, menyegarkan tubu dan melicinkan kulit.

#2. Pilis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebiasaannya, pilis menggunakan gabungan bahan seperti kulit kayu manis, cengkih dan kemungkus. Ia disapu pada atas dahi bagi melegakan pening kepala, melancarkan pengaliran darah dan membaiki penglihatan kabur.

Manakala kajian dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia mengatakan bahawa pilis mengandungi asam jawa, air limau nipis dan halia disapu pada perut dapat mengecutkan rahim serta mengempiskan perut menggeleber.

Manakala set bersalin terbaik yang menggunakan jintan atau habbatus sauda dalam penghasilan pilih menjadi penawar untuk pelbagai penyakit seperti mengurangkan stres dan mengatasi masalah imsomnia.

#3. Param

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Set bersalin terbaik juga perlulah mempunyai param. Ia biasanya dihasilkan menggunakan beras, halia dan cekur. Cara penggunaan pula adalah disapu pada seluruh badan bagi mengecutkan otot, urat yang bengkak, membuang angin dari badan dan menghilangkan masalah parut.

#4. Tapel

Ia disapu pada bahagian perut sebelum anda memakai bengkung agar peranakan dapat dikecutkan dan mampu mengempiskan perut dengan kadar cepat. Tepung beras dan ragi adalah bahan campuran yang digunakan bagi menghasilkan tapel.

#5. Minyak urut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Minyak yang sesuai untuk mengurut bahagian tubuh ibu selepas bersalin adalah minyak panas mengandungi herba seperti halia bara. Bukan itu sahaja, minyak serai wangi boleh menjadi aromaterapi sepanjang anda berpantang kerana ia melegakan sakit kepala dan memberikan kesan yang menenangkan.

Minyak urut juga boleh digunakan bagi urutan melancarkan pengaliran susu ibu.

#6. Tungku

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum ini, batu sungai menjadi pilihan untuk sesi tungku. Namun kini sudah ada tungku besi yang boleh tahan panas lebih lama. Biasanya tungku akan dipanaskan serta dibalut menggunakan kain berisi daun pandan, bunga kantan dan mengkudu.

Amalan bertungku ini amat penting kerana ia mampu melancarkan peredaran darah, mengecutkan rahim serta menyihatkan tubuh badan ibu selepas bersalin.

#7. Jamu

Jamu adalah campuran herba seperti kayu angin, manjakani, ketumbar, cekur, kedaung dan kunyit bagi:

  • mempercepatkan pengecutan rahim
  • mengetatkan faraj
  • mengelakkan pengeluaran cecair dari vagina
  • melancarkan peredaran darah
  • menyegar dan memanaskan tubuh badan
  • melawaskan pembuangan air besar

Kini ia boleh didapati dalam bentuk pil atau uncang yang dibancuh dengan air panas dan diambil pada waktu pagi.

Bagi membolehkan anda membuat pilihan set bersalin terbaik dan selamat di pasaran, anda perlulah memilih herba semula jadi yang tidak menggunakan sebarang bahan kimia.

Sekiranya berpantang sendiri di rumah, pilihlah set bersalin yang menyeluruh merangkumi penjagaan luaran serta dalaman. Amat penting juga ia perlulah mudah digunakan dan praktikal.

Sumber: Babycenter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia