5 panduan pilih set mandian bayi, jangan pilih yang ada bahan berbahaya!

Set mandian bayi terdiri daripada sabun, syampu dan losyen. Pilih mana yang sesuai mengikut semua jenis kulit dan tiada bahan kimia berbahaya di dalamnya!

Sebut saja ‘bath time’ atau “jom mandi”, dengan riang anak-anak bersorak dan rasa tak sabar nak memulakan rutin yang cukup menyegarkan tubuh itu.

Selepas anak yang besar mandi, sudah tentu ibu akan beralih pula pada si kecil. Bagi memudahkan urusan ibu, pilihan set mandian bayi mana yang sesuai ya untuk kulit si manja ini?

Ialah kan, kalau kita lihat di pasaran, ada banyak jenama mandian bayi yang dijual, hingga kadang-kadang kita tak tahu nak buat pilihan yang mana satu!

Bukan apa, takut tersalah pilih, nanti anak pula tak serasi. Jadi ada beberapa faktor yang harus dititikberatkan ketika memilih set mandian bayi ini. 

5 set mandian bayi

#1 Set mandian bayi: Sabun badan dan syampu rambut

Kredit: orami.co.id

Pertama yang anda patut lihat adalah sabun dan syampu rambut bayi. Sebelum membeli, lihat dan teliti review daripada orang lain yang pernah menggunakan produk tersebut. Jangan ambil, lepas itu tengok murah terus beli saja.

Baca dahulu bahan-bahan yang digunakan dalam produk tersebut, sama ada ia sesuai atau tidak dengan kulit bayi anda.

Jika bayi yang ada alahan teruk seperti ekzema, anda harus lebih teliti bila berkaitan dengan set mandian bayi ini.

#2. Set mandian bayi: Tab mandi

Pernah tak dengar orang cakap seperti ini.

“Alah…kalau nak senang mandikan bayi di sinki saja!”

Tapi bukan setakat mandi saja, ada yang basuh berak bayi pun kat situ juga. Dapat bayangkan tak macam mana keadaan ini? 

Walaupun masih kecil, anda harus menyediakan tab mandi khusus untuk bayi supaya dia selesa dan tidak menangis ketika membersihkan tubuhnya. Malah ia juga memudahkan kerja ibu. 

#3. Set mandian bayi: Tuala

Tuala juga harus dipilih dari kain yang selesa dan tidak berbulu yang boleh menyebabkan miang di kawasan kulit bayi. Pilihan tuala yang mudah menyerap air adalah lebih baik.

#4. Set mandian bayi: Losyen badan

Kredit: Okaydoc.com

Losyen badan ini berfungsi bagi mengelakkan kulit menjadi kering dan membantu kulit bayi sentiasa lembap serta lembut.

Pilihlah losyen yang telah diuji berkesan untuk kegunaan semua jenis kulit terutamanya kulit bayi yang terlalu sensitif.

#5. Set mandian bayi: Minyak badan

Seusai mandikan si manja, guna pula minyak urut badan bagi melegakan ketidakselesaan perut bayi dan memberi kehangatan lembut.

Ia boleh disapu di bahagian punggung, dada dan tapak kaki supaya bayi rasa lebih selesa.

Tips memilih set mandian bayi yang selamat

Kredit: Pantang Plus

  • Bau harum dan segar memang menjadi pilihan ibu bapa, tapi anda perlu tahu bahan kimia yang digunakan boleh menyebabkan alahan atau iritasi. Jadi, pilih set mandian bayi yang mempunyai wangian semula jadi.
  • Paraben adalah sejenis bahan pengawet untuk memanjangkan jangka hayat produk, tapi ia juga boleh menganggu sistem endokrin (hormon) badan. Pastikan anda pilih produk mandian yang bebas paraben.
  • Talkum adalah bahan utama dalam bedak talkum bayi. Menurut Dr. Jennifer Lowry, Pakar Kanak-Kanak di Kansas City Missouri, ibu bapa dinasihatkan untuk tidak menyapu bedak talkum pada bayi kerana boleh memberi kesan tak baik pada sistem pernafasan bayi.
  • Mineral oil bertindak sama seperti plastik wrap yang menghalang dan mengganggu proses kulit berpeluh. Untuk itu, lebih baik anda memilih minyak zaitun atau minyak kelapa dara sebagai losyen atau syampu untuk bayi anda.
  • Triclosan adalah bahan anti bakteria yang terdapat dalam banyak produk. Namun, ia memberi kesan bahaya pada kulit bayi dan menganggu hormon tubuh.
  • Propylene glycol adalah bahan kimia yang bertindak membuka liang roma supaya menyerap bahan kimia lain masuk dalam tubuh tapi ia berisiko menyebabkan iritasi kulit. Adalah lebih baik jika anda memilih produk yang bebas daripada bahan kimia ini.

Justeru, jadilah pengguna yang lebih bijak terutama tentang penjagaan diri anak. Jangan lupa share ya! 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Baby and mom 

Sumber: Ummizara ,Lucielist

Baca juga:

https://my.theasianparent.commandikan-anak-jadi-mudah/