X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Seven Skies International School Meraikan Sedekad Kecemerlangan Pendidikan Holistik, Komited Melahirkan Individu yang Berketerampilan

3 min bacaan
Seven Skies International School Meraikan Sedekad Kecemerlangan Pendidikan Holistik, Komited Melahirkan Individu yang Berketerampilan

Seven Skies International School juga melancarkan Pameran Tahunan 100 Heroes Of Islam, yang memaparkan tokoh-tokoh Islam sejak dahulu hingga kini.

KUALA LUMPUR, 26 April 2024 — Seven Skies International School (SSI), sebuah sekolah Islam antarabangsa yang berprestij tinggi di Malaysia, menyambut ulang tahun kesepuluhnya dalam landskap pendidikan Malaysia.

Bermula dengan 8 orang murid pada tahun 2014 dan kini berkembang kepada 400 orang, SSI menggunakan kerangka Early Years Foundation Stage (EYFS) UK untuk kanak-kanak tadika, UK National Syllabus untuk murid sekolah rendah dan IGCSE Cambridge untuk murid sekolah menengah peringkat O Level dengan berfokuskan kepada tiga teras iaitu Pengajian Al-Quran, Pengajian Islam dan Bahasa Arab.

Sambutan ulang tahun ke-10 SSI berlangsung di perkarangan sekolah bagi meraikan sedekad penubuhannya. Antara acara menarik pada sambutan tersebut adalah sorotan pencapaian dan peristiwa penting SSI sepanjang sedekad yang lalu.

Tidak terlepas daripada mencuri perhatian hadirin ialah pembukaan rasmi Pameran Tahunan 100 Heroes of Islam yang dirasmikan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Ir. Haji Cheremi Tarman. Pameran tersebut menampilkan kisah tokoh-tokoh Islam sejak dahulu hingga kini, dan dibuka untuk orang ramai. 

Dalam acara yang turut dihadiri ibu bapa dan bakal murid itu, SSI turut mengambil peluang berkongsi pencapaian akademik institusi tersebut sehingga kini. Sejak IGCSE ditawarkan kepada murid-muridnya pada 2017, kadar kelulusan peperiksaan tersebut adalah 100% dengan purata 89.5% murid memperoleh gred A*-B.

Semasa peperiksaan IGCSE baru-baru ini, salah seorang murid SSI dianugerahkan pencapaian Top In Malaysia untuk sukatan pelajaran Cambridge IGCSE Islamiyat semasa Anugerah Pelajar Cemerlang Cambridge. 

Selain pendidikan akademik yang berkualiti, SSI juga menawarkan program Pembinaan Sahsiah (Character Development Programme) unik yang menjadi intipati utama sukatan pelajarannya.

Program ini memberi tumpuan kepada pembinaan kemahiran insaniah, memupuk jati diri dan kemahiran kepimpinan serta kestabilan emosi murid. Latt Danial, seorang lepasan SSI berkata “SSI membentuk identiti saya bukan sahaja sebagai seorang Muslim, tetapi juga sebagai seorang individu. Nilai-nilai asas yang saya pelajari tentang menjadi individu yang berguna kepada masyarakat diterapkan oleh SSI – daripada asas ibadah Islam sehinggalah kepada kemahiran insaniah dan dalam bab akhlak. Saya masih istiqamah dengan semua tunjuk ajar daripada SSI sehingga hari ini.  Saya sangat bersyukur dengan didikan yang diberikan. Selain itu, aspek-aspek lain seperti pembinaan sahsiah yang dipupuk oleh SSI ke dalam jiwa saya dan perkara-perkara seperti adab makan, adab sesama manusia dan akhlak dalam memuliakan guru, sentiasa saya amalkan. Ia kini sebahagian daripada identiti saya dan saya amat berterima kasih kepada SSI”. Penekanan SSI terhadap pendidikan holistik merupakan pelaburan dalam pembangunan modal insan. Ia menyediakan murid untuk berjaya pada masa depan dalam pelbagai bidang profesional dengan memupuk pembangunan intelek, budaya dan agama murid. 

Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Tahir Usman berkata, “Kehadiran SSI memberi sumbangan yang ketara kepada ekonomi tempatan di Selangor. Selain menarik minat murid tempatan, sekolah ini juga menjadi daya tarikan kepada keluarga antarabangsa. Ramai ibu bapa, yang tertarik dengan reputasi cemerlang SSI, memilih untuk menetap di Selangor, sekali gus membantu merancakkan ekonomi tempatan melalui sumbangan mereka kepada sektor perumahan, perbelanjaan pengguna, dan pelbagai perkhidmatan. Kami mewujudkan perkongsian harmoni yang mencorakkan masa depan ummah bersama ibu bapa, penjaga, guru yang berdedikasi dan murid-murid cemerlang kami”. 

“Dalam meraikan kemajmukan dan memupuk kecemerlangan akademik, SSI bukan sahaja mengasuh minda muda tetapi juga memperkayakan kerencaman budaya masyarakat kita,” kata Tahir.

Bagi mengetahui maklumat lanjut tentang Seven Skies International School, sila kunjungi www.sevenskies.edu.my. 

Stories Rakan Kongsi
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Why Soup Is The Easiest Solution to Get Families to Bond Together
Why Soup Is The Easiest Solution to Get Families to Bond Together
Family Holiday Guide: The Ultimate Travel Itinerary for a Trip to Desaru Coast
Family Holiday Guide: The Ultimate Travel Itinerary for a Trip to Desaru Coast

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • Seven Skies International School Meraikan Sedekad Kecemerlangan Pendidikan Holistik, Komited Melahirkan Individu yang Berketerampilan
Kongsikan:
  • Kongsi Kegembiraan dengan Kebaikan Susu Penuh Kerangupan

    Kongsi Kegembiraan dengan Kebaikan Susu Penuh Kerangupan

  • Lapisan Pâtisserie Martabatkan Seni Kulinari Dengan Pensijilan Halal Berprestij

    Lapisan Pâtisserie Martabatkan Seni Kulinari Dengan Pensijilan Halal Berprestij

  • Lagi Cantik, Lagi Bergaya, Lagi Murah: Shopee 5.5 Sudah Tiba!

    Lagi Cantik, Lagi Bergaya, Lagi Murah: Shopee 5.5 Sudah Tiba!

  • Kongsi Kegembiraan dengan Kebaikan Susu Penuh Kerangupan

    Kongsi Kegembiraan dengan Kebaikan Susu Penuh Kerangupan

  • Lapisan Pâtisserie Martabatkan Seni Kulinari Dengan Pensijilan Halal Berprestij

    Lapisan Pâtisserie Martabatkan Seni Kulinari Dengan Pensijilan Halal Berprestij

  • Lagi Cantik, Lagi Bergaya, Lagi Murah: Shopee 5.5 Sudah Tiba!

    Lagi Cantik, Lagi Bergaya, Lagi Murah: Shopee 5.5 Sudah Tiba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham