Seven Year Itch Dalam Perkahwinan Terjadi Bila Pasangan Mula Rasa Bosan, Fakta Atau Kebetulan?

lead image

'Seven-year itch' adalah istilah psikologi yang menggambarkan penurunan kepuasan dalam hubungan selepas 7 tahun bersama. Adakah ia kebetulan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap pasangan suami isteri pasti pernah merasakan perubahan dalam perhubungan. “Seven Year Itch” berlaku apabila pasangan mula ingin mencuba sesuatu selepas tujuh tahun bersama kerana mula rasa bosan dan mahukan perubahan. 

Kadangkala, situasi ini boleh membawa kepada masalah rumah tangga malah menyebabkan perpisahan.

Apa Itu “Seven Year Itch”? 

Seperti mana perkongsian Hafizah Wanasan di Facebook miliknya tentang “Seven Year Itch” berlaku apabila pasangan mula mengelak konflik, kurang berkomunikasi dan masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

Contoh beberapa pasangan selebriti yang menghadapi perkahwinan selama 7 tahun: 

  • Fazura & Fattah
  • Erra & Engku Emran
  • Hafidz Roshdi & Shu
  • Nora & Nedim
  • Nad Zainal & Faliq

Masa aku study di Australia dulu, ada seorang kawan mat salleh, time tu ada hari Pasar Malam Malaysia, aku jual roti jala, dia mai beli sambil sembang tentang 7 years Itch.

Dia ada sebut tentang ni. Time tu aku buat modal sembang je even aku tak mengerti sangat.

Apa itu Seven Year Itch dalam perkahwinan atau mana-mana hubungan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam perkahwinan, apabila konflik muncul, masing-masing dah mula rasa malas untuk berdebat. Jadi, mereka biarkan saja dan mengalih perhatian kepada anak-anak, rutin harian dan kerjaya. Perasaan dan keperluan pasangan pula diabaikan.

Tiada lagi pergaduhan, tetapi bila isu timbul, semua diam.

Bila cuba berbincang, keadaan jadi lebih rumit atau berakhir dengan pertengkaran

 Akhirnya, mereka memilih untuk mengelak atau berdiam diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masing-masing hidup dalam dunia sendiri dan lama-kelamaan, timbul rasa seperti boleh bertahan atau lebih bahagia tanpa satu sama lain.

Dan inilah yang dipanggil Seven Year Itch. Ia bukan berlaku tepat pada tahun ke-7 sahaja, tetapi juga selepasnya.

 Inilah titik di mana sama ada perkahwinan akan bertahan atau sebaliknya. Make it or break it.

Usia 7 Tahun Perkahwinan Diuji: Fakta atau Kebetulan?

Konsep “Seven Year Itch” menjadi popular selepas filem klasik yang dibintangi Marilyn Monroe, di mana wataknya menggoda seorang lelaki yang sedang menghadapi krisis perkahwinan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, ini bukan sekadar cerita dalam filem. Kajian oleh Lawrence A. Kurdek mendapati ramai pasangan mengalami penurunan kualiti perkahwinan selepas empat hingga tujuh tahun bersama.

Mereka mula kurang berkomunikasi, jarang meluangkan masa bersama dan sering bertelagah mengenai perkara kecil.

Meskipun “Seven Year Itch” mungkin hanya kebetulan bagi sesetengah pasangan, tempoh tujuh tahun sering menjadi masa kritikal dalam hubungan yang memerlukan usaha lebih untuk mengekalkannya.

Di era moden ini, masalah seperti cinta yang pudar sebenarnya boleh muncul lebih awal, mungkin seawal tiga tahun pertama perkahwinan.

Ketika cinta mula pudar, ia membuka ruang kepada isu-isu yang lebih serius seperti kecurangan atau perceraian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saat-saat indah di awal perkahwinan hanya tinggal kenangan dan tabiat yang dulunya comel kini menjadi menjengkelkan seperti pasangan yang berdengkur ketika tidur.

Belum lagi menyentuh isu kewangan atau masalah dengan keluarga mertua yang boleh menjadi punca konflik besar jika tidak diuruskan dengan baik.

Setiap hubungan memerlukan perhatian dan usaha terutama ketika diuji dengan ujian yang mendatang. Tak kira lima, tujuh atau dua puluh tahun.

Sama ada pasangan selebriti atau orang biasa, sindrom “Seven Year Itch” tidak boleh lari dari sesiapa sahaja.

Sebagai umat Islam, setiap ujian dalam perkahwinan adalah peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa pun keputusan yang diambil adalah penting niat untuk mencari reda Allah kerana setiap ujian diturunkan sesuai dengan kemampuan kita.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin Selepas 7 Tahun Hidup Bersama, Punca Perceraian Jadi Tanda Tanya

Baca juga: Pahit Untuk Ditelan, ‘Orang Ketiga’ Punca Perceraian Di Malaysia Berlaku Setiap Seminit Satu Lafaz Cerai!

Baca juga: Apa Itu Cerai Taklik Dalam Perkahwinan Dan Bagaimana Ia Berlaku, Panduan Lengkap Untuk Suami Isteri

Penulis

Noorhidayah