Apa Itu Cerai Taklik Dalam Perkahwinan Dan Bagaimana Ia Berlaku, Panduan Lengkap Untuk Suami Isteri

Cerai taklik adalah bentuk perceraian yang berlaku apabila suami atau isteri melanggar syarat tertentu yang dilafazkan selepas akad nikah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkahwinan sememangnya indah, namun tidak dapat lari dari ujian dan cabaran. Islam telah menggariskan beberapa cara untuk menyelesaikan masalah rumah tangga termasuklah cerai taklik dalam perkahwinan.

Apa Itu Cerai Taklik Dalam Perkahwinan

Cerai taklik merujuk kepada janji atau syarat yang diucapkan oleh suami selepas akad nikah di mana dia berjanji untuk menceraikan isterinya jika melanggar syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan.

Adakah Lafaz Taklik Dilafazkan Ketika Nikah?

Ya, lafaz taklik biasanya dilafazkan oleh suami selepas akad nikah. Ia menjadi amalan biasa di Malaysia di mana suami melafazkan taklik dengan menyatakan bahawa jika dia melakukan perkara yang melanggar taklik, maka jatuhlah talak ke atas isterinya.

Contoh lafaz taklik adalah seperti: “Jika saya meninggalkan isteri saya tanpa nafkah atau tanpa berita selama tempoh tertentu, maka jatuh talak ke atas isteri saya.”

Dalam kebanyakan kes, lafaz taklik berfungsi sebagai jaminan supaya suami melaksanakan tanggungjawabnya.

Syarat ini biasanya berkaitan dengan perkara seperti memberi nafkah, menjaga isteri dengan baik atau tidak melakukan kezaliman.

Jika suami melanggar syarat tersebut, isteri boleh memohon cerai melalui mahkamah syariah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bolehkah Isteri Melafazkan Taklik?

Walaupun isteri tidak melafazkan taklik, dia berhak menuntut cerai jika suami melanggar janji yang dibuat dalam lafaz tersebut.

Suami yang gagal memberikan nafkah, mengabaikan isteri atau tidak pulang ke rumah dalam tempoh yang ditetapkan oleh lafaz taklik adalah contoh suami melanggar taklik.

Isteri boleh usulkan perkara ini ke mahkamah syariah yang akan menentukan sama ada taklik telah dilanggar atau tidak.

Apa Maksud Pelanggaran Taklik?

Pelanggaran taklik bermaksud suami tidak menunaikan janji atau syarat yang dia lafazkan selepas akad nikah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai contoh, jika suami berjanji untuk tidak meninggalkan isteri tanpa nafkah tetapi gagal menunaikannya, isteri boleh menuntut cerai berdasarkan pelanggaran taklik tersebut.

Contoh suami melanggar taklik:

  • Suami meninggalkan isteri tanpa nafkah dalam tempoh yang lama.
  • Suami mengabaikan tanggungjawab seperti tidak memberi nafkah zahir (makanan, tempat tinggal) atau nafkah batin (hubungan suami isteri).
  • Suami tidak pulang ke rumah dalam tempoh yang dijanjikan dalam lafaz taklik.

Isteri tidak boleh melanggar taklik kerana taklik hanya dilafazkan oleh suami. Namun, jika suami yang melanggar janji, isteri boleh menuntut cerai di mahkamah syariah.

Jenis-Jenis Cerai Taklik

Cerai taklik terbahagi kepada dua jenis utama yang perlu difahami pasangan suami isteri:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Taklik Umum

Taklik ini merupakan syarat standard yang biasanya tercatat dalam borang ta’liq selepas pernikahan.

Ia merangkumi syarat-syarat asas seperti tanggungjawab suami untuk memberi nafkah dan tidak meninggalkan isteri tanpa sebab yang munasabah. Syarat-syarat ini adalah tetap dan tidak boleh diubah oleh mana-mana pihak.

2. Taklik Khas

Taklik khas pula adalah janji tambahan yang ditetapkan mengikut persetujuan bersama antara suami dan isteri.

Syarat-syarat ini boleh disesuaikan mengikut kehendak pasangan, selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. Sebagai contoh, suami boleh berjanji untuk tidak berpoligami sepanjang perkahwinan.

Dengan adanya taklik khas, pasangan mempunyai ruang untuk memastikan hak dan tanggungjawab dipenuhi dalam suasana yang lebih jelas dan saling menghormati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tempoh Iddah Cerai Taklik

Tempoh iddah bagi cerai taklik sebenarnya tidak jauh beza daripada perceraian biasa. Tempoh ini bergantung kepada situasi isteri:

  • Tiga kali suci (sekitar 3 bulan) bagi wanita yang masih datang haid.
  • Tiga bulan bagi wanita yang sudah menopaus.
  • Sehingga melahirkan anak bagi wanita yang sedang hamil.

Dalam tempoh iddah, isteri berhak mendapat nafkah dan masih boleh tinggal di rumah suami. Suami tidak dibenarkan menghalau isteri keluar dari rumah sepanjang tempoh ini untuk memberi ruang untuk refleksi dan rujuk jika keadaan mengizinkan.

Rujuk dalam cerai taklik sama seperti cerai biasa. Suami hanya perlu melafazkan rujuk kepada isteri dan mendaftarkannya di mahkamah syariah, asalkan ia berlaku dalam tempoh iddah.

Bolehkah lafaz taklik ditarik balik? Kebanyakan ulama berpendapat lafaz taklik tidak boleh ditarik balik, namun terdapat pandangan yang membenarkan dalam kes tertentu bergantung pada syarat-syarat lafaz dan keadaan yang terlibat.

Mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan situasi pasangan tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lafaz Cerai Taklik Menurut Ustaz Azhar Idrus

Menerusi perkongsian semula di TikTok, Ustaz Azhar Idrus menjawab soalan tentang cerai taklik yang diajukan oleh seorang individu.

Beliau menerangkan bahawa terdapat dua jenis taklik iaitu taklik biasa dan taklik yang berkait dengan perbuatan.

Sebagai contoh, Ustaz Azhar memberi situasi di mana suami berkata kepada isteri,“Kalau awak pergi rumah kawan awak di Seberang Takir, maka jatuh satu talak.”.

Itu adalah contoh cerai taklik yang sah jika isteri melanggar syarat tersebut. Namun, jika isteri pergi ke Seberang Takir tetapi tidak ke rumah kawannya, talak tidak jatuh.

Tambahnya lagi, walaupun selepas 50 tahun isteri tidak pergi, tetapi jika pada tahun ke-51 dia melanggar syarat tersebut, talak tetap berlaku, meskipun suami ketika itu sudah nyanyuk.

Namun, penting untuk difahami bahawa cerai taklik hanya sah apabila si isteri diberikan pilihan dalam situasi tersebut.

Contohnya, suami berkata, “Selepas ini, kalau kamu bernafas, jatuh talak.” Lafaz seperti itu tidak sah kerana ia tidak memberikan isteri pilihan yang jelas dan adil.

@abanglawa syamsul yusof dan ira kazar cerai taklik #syamsulyusof #irakazar #ustazazharidrus ♬ Dealova Piano – DNP

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan kes perceraian berlaku kerana wujud pelanggaran taklik oleh pengarah dan penerbit, Syamsul Yusof terhadap Ira Kazar ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri. Ira Kazar telah melanggar taklik sebanyak lima kali yang mana kali pertama berlaku pada 14 Ogos tahun ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kita Buat Haluan Masing-Masing’, Adakah Termasuk Dalam Lafaz Talak Kinayah? Ini Jawapan Mufti

Baca juga: Hukum Menceraikan Isteri Ketika Hamil, Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti

Baca juga: Suami Minta Cerai Guna Whatsapp, Adakah Ini Lafaz Cerai Yang Sah?

Penulis

Noorhidayah