TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sudahlah Tak Bayar Sewa, Bapa Pula Kena Keluar Duit RM206,668 Untuk Usir Anak Dari Apartmen

2 Jul, 2020
Sudahlah Tak Bayar Sewa, Bapa Pula Kena Keluar Duit RM206,668 Untuk Usir Anak Dari Apartmen

Sudahlah RM206,668 dibelanjakan, bapa ini tetap gagal mengusir anaknya dari apartmen miliknya yang didiami dengan sewa percuma sejak 8 tahun lalu!

Walaupun sudah membelanjakan RM206,668 seorang bapa tetap gagal mengusir anaknya daripada terus mendiami apartmen miliknya yang diduduki dengan sewa percuma sejak 8 tahun lalu!

Harian Metro melaporkan menurut laporan Oddity Central, warga emas itu Peter Grundy, 84, dari Victoria, Australia mahu menjual rumah berkenaan bagi mendapatkan deposit untuk berpindah ke rumah persaraan. 

Duit itu penting untuk bayaran deposit bagi menempah rumah berkenaan. Bagaimanapun, dia masih gagal mendapatkan apartmen itu meskipun selepas proses perundangan yang memakan masa lapan tahun.

Sewa percuma, siapa tak mahu 

Bukan sedikit masa yang diambil dalam cubaan mengusir wanita itu daripada apartmennya. Malangnya wanita itu tetap tegar tinggal di situ walaupun ia bukan hak miliknya. 

Dia memberi alasan, bapanya menghadiahkan rumah berkenaan kepadanya 8 tahun lalu dan menganggap dia berhak duduk di situ.

Dasar tak tahu malu agaknya. 

Anak tak pernah bayar sewa

sewa percuma

kredit foto: Harian Metro

Dalam pada itu, Grundy mendakwa dia menanggung kerugian sewa selama lapan tahun sebanyak 200,000 dolar Australia (RM590,481) kerana anaknya tidak membayar apa-apa dan tinggal di kediaman itu secara percuma.

Secara teknikalnya, hartanah itu milik Grundy berikutan lelaki itu membayar semua yuran penyelenggaraan dan cukai hartanah dan anaknya gagal membuktikan sebarang hak pemilikan apartmen berkenaan.

Nak jaga hati ibu bapa? Ini cara berkesan anda boleh buat

sewa percuma

Banyak antara kita yang mungkin masih tidak tahu bagaimana untuk menjaga hati ibu bapa. Sudah berapa berat pengorbanan yang kita berikan kepada mereka?

Jangan kerana kesibukan, kepayahan dan hidup yang semakin lama semakin menghakis rasa sayang kita kepada mereka.

Jika masih tak tahu, belajar cara jaga hati mereka. Bila sudah terbiasa akan menjadi amalan bukan saja untuk diri sendiri tetapi generasi kita seterusnya. 

#1. Sentiasa hormat dalam apa juga emosi

Bersikap hormat dalam keadaan apa juga emosi sekali pun. Mungkin kita pernah marah, pernah kecewa, tetapi perasaan itu sebaik-baiknya tidak mengurangkan rasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa.

Tetap tenang dan bijak menjaga emosi dengan baik, merendahkan suara dan menggunakan perkataan yang baik walaupun ketika hati sedang panas membara. Tak rugi pun. 

#2. Jangan membantah apabila ada pendapat yang berbeza

sewa percuma

Sampaikan pendapat dengan cara yang halus dan sopan, bukan dengan keras. Beza generasi, beza usia, beza pengalaman sekaligus membuatkan ruang perbezaan semakin luas.

Jangan bersikap kasar dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sopan. Tetaplah menjaga etika dengan mereka.

#3. Jangan meninggi suara

Bagaimana sekalipun perasaan kita pada masa itu, jangan meninggikan suara, membentak, bersuara dan bernada keras dalam berbicara dengan ibu bapa.

Stories Rakan Kongsi
Revitalize your skin during and after pregnancy
Revitalize your skin during and after pregnancy
Do These Things to Increase Your Child’s Height
Do These Things to Increase Your Child’s Height
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Malaysian Mum Shares A Secret On Why Her Kid Falls Sick Infrequently
Malaysian Mum Shares A Secret On Why Her Kid Falls Sick Infrequently

Ya, memang sangat susah mengendalikan emosi ketika marah, tetapi cubalah lakukan dengan sebaik mungkin. 

#4. Jangan pernah memarahi

Jangan sesekali memarahi ibu bapa walaupun ada yang kita rasakan tidak betul pada mereka. Teguran mesti disampaikan secara sopan. Ia sangat penting untuk kita jaga. Jangan sesekali membentak mereka walaupun merasakan mereka di pihak yang salah.

Kita tidak dilahirkan pada era yang sama, jadi raikan perbezaan pendapat

#5. Membantu tanpa diminta

Apabila melihat ibu bapa dalam kesusahan seperti mengangkat beban berat dan mengerjakan pekerjaan berat lain, tanpa diminta kita sepatutnya segera membantu. Tidak salah ringan tulang dengan ibu bapa sendirikan? Langsung tidak merugikan. 

#6. Jangan berleter kepada ibu bapa

 Apabila mahu memberi pandangan atau ibu bapa meminta pendapat kita, perlulah memberikan dengan sopan dan berhikmah.

Mungkin banyak perbezaan pandangan, pendapat, pengetahuan dalam banyak perkara yang tidak mungkin pernah sama. Tetapi mereka berhak bagi mendapatkana cinta dan sayang dari kita.

#7. Belajar beralah

Jika ada perkara yang tidak puas hati, walaupun mereka di pihak yang salah belajar beralah selagi perkara itu boleh diselesaikan dan bukan berkaitan perkara serius seperti mempunyai kaitan dengan undang-undang.

Bukan rugi pun beralah, mereka dah selalu beralah dengan kita sejak kecil lagi!

Sumber: Harian Metro, akuislam.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combeza-antara-ibu-bapa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Sudahlah Tak Bayar Sewa, Bapa Pula Kena Keluar Duit RM206,668 Untuk Usir Anak Dari Apartmen
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham