Shila Amzah Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Lepas Bertarung 55 Jam Dalam Wad!

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Shila Amzah yang selamat melahirkan cahaya mata sulung di HUKM.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyanyi yang membina nama di China dan anak kepada penyanyi veteran ND Lala iaitu Shila Amzah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada malam 31 Ogos jam 11.43, baru-baru ini. 

Penyanyi yang  popular dengan lagu Patah Seribu itu juga berdepan detik cemas selama 55 jam untuk melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 2.88 kg di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, (HUKM). Bayi lelaki tersebut diberi nama Seth Uwais Bin Haris Idraki yang selamat dilahirkan secara kecemasan ceaserean.

Punca bersalin pembedahan c-section 

Ingin bergelar seorang ibu bukanlah sesuatu yang mudah kerana wanita harus lalui tempoh yang mencabar selama 9 bulan dengan keadaan tubuh yang lemah, morning sickness yang teruk, perut yang semakin membesar, perlu jaga makan, mesti dapat rehat yang cukup dan banyak lagi.

Semuanya dilakukan demi perkembangan bayi yang sihat dari dalam kandungan.

Selepas 9 bulan, ibu lalui pula fasa melahirkan dengan detik cemas yang mendebarkan seperti pecahan air ketumban, keluar tompokan darah, kontraksi yang mencemaskan dan banyak lagi.

Semuanya harus ditempuhi oleh insan yang bergelar ibu di mana pengorbanan mereka ini haruslah disanjung tinggi oleh anak-anak. Kesakitkan melahirkan itu juga dilalui oleh Shila Amzah yang dikongsikan dalam Instagram miliknya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai yang bertanya mengapa Sha kena emergency c-section? Namun ia terjadi disebabkan pembukaan jalan yang perlahan dan tidak sampai 10 cm walaupun sudah diinduce. Pada mulanya, doktor mencuba prostin dan hari berikutnya cuba pula foley ballon. Selepas air ketuban pecah, kita cuba pula pitocin pada malamnya. Maka kontraksi yang berlaku juga sangat tinggi dan teruk. Tapi, sebelum ambil pitocin bukaan sudah cecah 4 cm sahaja dan Haris ambil keputusan untuk masukkan epidural.

Masa kena suntik epidural

Masa nak suntik epidural tak rasa sakit sangat bila jarum masuk di belakang badan cuma doktor minta Sha supaya duduk, peluk bantal dan jangan bergerak. Jujur kata, Sha rasa lebih relieved lepas dapatkan epidural itu. Kemudian Sha diberi Pitocin namun selepas dua jam masih belum ada sebarang bukaan manakala Sha pula ada Posterior Cervix. Kemudian doktor bertanya sama ada Sha masih nak tunggu lagi dua jam atau c-zer. Namun, Sha cuma cakap buat saja apa-apa asalkan boleh selamatkan bayi dan Sha.

Ambil keputusan untuk czer 

Disebabkan badan Sha juga sudah penat dan tak mahu stress kan bayi dalam perut kerana masa itu doktor suspect bayi terlilit tali pusat atau tali pusat dia pendek. Jadi Sha bersetuju untuk bersalin secara caeserean. Selepas 20 minit, Sha masuk OT (Operation Theatre) sambil ditemani suami. Kemudian doktor minta tambah ubat dalam tiub epidural. Kemudian, doktor beritahu untuk beri General Anaesthesia. Masa ni rasa cemas sangat-sangat sebab takut nak masukkan tiub dalam tekak dan bimbang kalau dia kacau vocal cord malah hingga sekarang rasa sakit tekak dan Sha redha dan Tawakal. 

Menerusi perkongsiannya lagi, dia dan anaknya sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru, kami di theAsianparent Malaysia ingin mengucapkan tahniah kepada Shila Amzah dan suami di atas kelahiran bayi sulung mereka. Selamat berpantang Shila!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Instagram Shila Amzah 

Baca juga:

https://my.theasianparent.compengalaman-bersalin-czer

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan