Pasangan bahagia Shuib dan Siti Sarah menjadi bualan orang ramai ketika ini sehingga ada yang berkongsi video mengimbas kembali kenangan mereka bersama di media sosial. Walau bagaimanapun takdir telah menentu segalanya apabila Siti Sarah yang sarat mengandung meninggal dunia akibat Covid-19.
Siapa sangka segalanya berlaku dalam tempoh masa singkat. Pemergian penyanyi ini meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ahli keluarga dan seluruh rakyat Malaysia.
Shuib dan Siti Sarah menjadi pasangan contoh kepada golongan muda
Menurut posting usahawan, Bonda Rozita Ibrahim, Shuib dan Siti Sarah adalah contoh terbaik buat anak muda. Dia melihat betapa bahagianya hidup penyanyi ini dan ikhlas menerima suami seadanya.
Malah, Siti Sarah menjadi tulang belakang utama dalam menjayakan perniagaan keluarga mereka.
Pemergian Sarah sangat terasa sehingga mencengkam jiwa keibuan, saya terbayangkan jika dia anak saya, bagaimana hancurnya hati apabila melihat cucu dan menantu saya menguruskan kehidupan selepas pemergiannya.
(Allah tarbiah kita dalam kesedihan orang lain. Ambil iktibar, perbaiki diri dan keluarga. Kalau kita buat baik pada keluarga, pemergiannya kita tidak kesal sebab kita dah buat yang terbaik untuk dia.
Sentiasalah berbuat baik pada isteri dan anak-anak. Sememangnya Sarah dan Shuib adalah pasangan contoh terbaik untuk anak muda.
Kenangan bersama pasangan, walau pedih Shuib rasa sekarang, tapi ia adalah ibadah yang berpanjangan. Innalillahiwainnaiillaihirojiun hanya itu yang mampu saya ucapkan takziah kepada Shuib.
Inilah bidadari syurga yang disambut Allah. Insya-Allah dia dimasukkan dalam golongan orang yang mati syahid kerana selepas bersalin dan kematian akibat wabak. Itu yang guru saya cakap tadi- alam seterusnya yang sangat baik untuk Sarah!
Sedangkan kitalah yang patut lebih bersedih kerana kita tidak tahu kematian kita nanti dalam bentuk macam mana.
Bertuahnya arwah Siti Sarah kerana semua orang menyayanginya dan mendoakannya. Memiliki suami yang baik dan tidak putus-putus memohon kemaafan bagi pihak isterinya.
Hakikat hidup kita semua ini ‘Beringat selalu yang tidak punya apa-apa pun. Walaupun pada badan kita sendiri’
Semuanya adalah hak milik Allah. Allah nak ambil apa yang ada di badan kita dengan macam-macam cara. Paling kena ingat semua manusia akan menuju ke sana.
Pemergian arwah Siti Sarah Insyaallah di syurga sudah tempatnya. Tamatlah sudah ujian keluh resah sempit di dunia ini.
Kini dia sedang menikmati alam yang lebih indah, meninggalkan dunia dan kita semua. Al fatihah.
Shuib dan Siti Sarah tauladan terbaik kehidupan berumah tangga
Kisah pasangan ini turut mendapat perhatian pengguna Facebook, Redzuan Abd Manaf yang menjadikan pasangan Shuib dan Siti Sarah sebagai tauladan terbaik dalam kehidupan rumah tangga.
Guys, kalau dah berumah tangga, sayangilah pasangan seikhlas hati.
Kita tak tahu bila masa kita akan pergi, tidak tahu siapa yang pergi dahulu bertemu Ilahi.. suami atau isteri.
Kita tidak tahu berapa lama Allah pinjamkan pasangan untuk bersama-sama di dunia ini, jangan bazirkan walau sesaat untuk cipta kenangan bahagia.
Arwah Siti Sarah seorang isteri yang baik dan disenangi. Miliki suami yang sangat sayangkan dia setulus hati serta menjaga kebajikan anak isteri. Banyak video kehidupan mereka kongsi dekat media sosial dan pasangan ini patut diteladani dari segi apa pun sekali.
Satu yang paksu perhati, mereka banyak kongsi video keluarga di media sosial dan ini cara terbaik untuk ditinggalkan sebagai memori. Sebab itulah dalam sesebuah perkahwinan, elakkan penting diri.
Jangan malu lafazkan i love you pada pasangan (kalau boleh setiap hari). Kalau malu, cukuplah dengan layanan baik yang kita beri pada pasangan agar tidak menyesal kemudian hari.
Walaupun paksu tak kahwin lagi, tapi paksu terkesan dengan kisah mereka. Lagu terakhir arwah rakam bersama suami ‘Semakin benci semakin cinta’ pasti menjadi lagu terindah untuk Shuib dan anak-anak mereka dengar nanti. Lagu kasih sayang dan bukti cinta seorang suami dan isteri.
Pada semua suami, hargailah isteri. Pada semua isteri, sayangilah suami sepenuh hati. InsyaAllah syurga menanti kalian di sana nanti. Amin.
Kredit foto: Google Images
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: ‘Syurga Buatmu Sayang, Baba Janji Jaga Anak Kita,’- Suami Redha Isteri Meninggal Ketika Bersalin