Anak Sulung Perempuan Tulang Belakang Keluarga, Banyak Berkorban & Bantu Ringankan Kerja Ibu Ayah

Anak sulung perempuan merupakan orang yang penting dalam keluarga. Dia sering menjadi harapan buat ibu ayah dan membantu tugasan rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi anak sulung perempuan di dalam keluarga itu bukanlah sesuatu yang mudah. Ada kata seeloknya anak sulung adalah lelaki kerana lebih sesuai menjadi pemimpin, namun ternyata sifat anak pertama perempuan sebenarnya ada kelebihan dalam banyak perkara.

Jika ibu ayah perhatikan, anak sulung perempuan memiliki pelbagai kebolehan yang tersendiri dalam banyak perkara. Selain menjadi kakak dan pelindung untuk adik-adik, dia juga tulang belakang dalam keluarga.

Keistimewaan anak sulung perempuan

Maksud anak sulung adalah anak yang pertama, yang paling tua atau dewasa dalam kalangan adik beradiknya. 

Anak sulung maksud kelahiran zuriat pertama bagi ibu bapa, yang pertama menerima kasih sayang mereka, dan juga mendapat perhatian sepenuhnya tanpa adik beradik lain.

Keistimewaan ini menjadikan sifat perempuan anak sulung sedikit berbeza berbanding adik-adik, terutama kerana mereka dikatakan tidak mudah dipengaruhi oleh persekitaran selain ibu bapa tersayang.

Karakter anak sulung menjadi tulang belakang keluarga

Anak sulung sememangnya sangat istimewa dan merupakan anak harapan ibu dan ayah. Merekalah yang diharapkan untuk mengharumkan nama keluarga dan pastinya, si ibu mengharapkan anak sulung dapat menjadi contoh terbaik buat adik-adik lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, acap kali kita mendengar bahawa anak sulung sering merasa terpinggir dengan adanya kehadiran adik baru.

#1. Bertanggungjawab 

Dalam kemeriahan dan keterujaan menyambut adik baru, anak sulung sering merasa tempiasnya dan mula rasa disisihkan.

Walau bagaimanapun, ketika inilah peranan anak sulung perempuan amat diperlukan. Kehadirannya dianggap sebagai pembantu dan penyelamat buat ibu ayah untuk membantu menguruskan rumah dan menjaga adik-adiknya ketika anda sibuk.

Justeru kebanyakan ibu ayah akan mengajarkan anak sulung dengan beberapa tugasan rumah yang mudah. Pengorbanan anak sulung ini perlu sentiasa dihargai supaya mereka mendapat kasih sayang ibu ayah secara adil.

#2. Tegas dan melindungi adik-adiknya

Sebagai anak pertama, menjadi kebiasaan jika anak sulung memiliki sifat tegas atau garang. Selain itu anda mungkin menyedari dia berusaha sehabis mungkin untuk melindungi adik-adiknya dari sebarang bahaya ketika bermain ataupun gangguan rakan sebaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perasaan anak sulung perempuan yang begitu menyayangi adik-adik menyebabkan mereka cenderung bersikap tegas dalam segenap perkara. Apabila tidak mampu mengawal keadaan di rumah, ibu ayah mungkin terpaksa menahan telinga untuk mendengar setiap aduan daripada anak pertama.

#3. Berdikari dan matang

Disebabkan oleh sifat perempuan sulung sudah terbiasa dengan peraturan dan perkara yang menuntutnya untuk bersikap matang, berani dan menjadi contoh terbaik untuk adik-adik, maka tidak hairanlah ramai menganggap anak sulung perempuan seorang yang berdikari.

Hal ini kerana kerana mereka boleh mengawal emosi dengan baik. Selain itu anak pertama juga  suka menggembirakan orang lain terutamanya ibu ayah.

Dengan bersikap matang, mereka menjadi pemimpin semulajadi yang cenderung lebih tenang dalam menangani setiap masalah dan tidak tergesa-gesa membuat keputusan.

#4. Tidak kedekut dan suka berkongsi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak dari kecil pengorbanan anak sulung yang ramai ibu ayah dapat lihat adalah mereka sentiasa perlu mengalah dengan adik-beradiknya. Malah anak sulung ini mungkin perlu berkongsi apa yang mereka ada dengan orang lain.

Walau bagaimanapun sekiranya dia enggan beralah, ibu ayah usahlah terus memarahinya. Anak yang masih kecil kadang-kadang memerlukan perhatian daripada anda. Dekati anak dengan kasih sayang, barulah mereka akan faham mengapa perlu bertolak ansur dengan adik yang lain.

#5. Suka pendam perasaan

Fakta anak sulung perempuan yang seterusnya ialah suka memendam perasaan dan sukar untuk berkongsi perasaan dengan orang lain.

Sifat ini mungkin timbul akibat anak sulung yang terpaksa berkorban perasaan demi adik-adik sejak mereka kecil. Selain itu juga dia tidak mahu ibu ayah berasa susah hati. 

Sekali-sekala, ibu ayah layanlah anak sulung perempuan seperti seorang kawan. Dengar cerita dan luahan hati yang dikongsikan bagi mengelakkan mereka berasa tersisih dalam keluarga.

#6. Mudah mesra dan ceria

Fakta anak sulung perempuan adalah seorang yang mudah mesra dan ceria. Hal ini mungkin disebabkan oleh mereka telah terbiasa untuk menjaga serta menghiburkan hati adik-adiknya yang masih kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, perasaan anak sulung perempuan yang gembira berdepan kehidupan membuatkan mereka mudah mesra dengan orang lain. Disebabkan itulah anak pertama ini tidak kekok untuk melayan dan menghormati tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

#7. Seorang yang pemaaf

Biarpun terkenal dengan ketegasan, anak sulung mempunyai sifat pemaaf yang tebal di dalam dirinya. Ini adalah kerana biasanya anak sulung mendahului perasaan orang lain, menjadikan mereka seorang yang pemaaf dalam kebanyakan situasi.

#8. Mengambil berat tentang orang di sekelilingnya

Memandangkan anak pertama memainkan banyak peranan di dalam rumah, mereka sudah dipupuk dengan sifat penyayang dan bertimbang rasa dengan ahli keluarganya.

Jika ibu atau ayah jatuh sakit, anak sulunglah yang akan berasa susah hati dan berusaha untuk membantu apa yang perlu. Bukan itu sahaja, jika adik-adiknya terjatuh waktu bermain, mereka jugalah yang akan segera memberikan rawatan.

#9. Seorang yang jujur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fakta anak sulung yang lain adalah suka berterus terang dan bersikap jujur. Hal ini kerana hubungan mereka dengan ibu ayah yang begitu dekat membuatkannya berani dalam mengatakan sesuatu perkara.

Justeru, ibu ayah hargailah sikap ini kerana anak yang jujur dengan anda menunjukkan bahawa mereka mempercayai dan mengutamakan orang tua dalam hidupnya.

#10. Pendengar setia

Anak yang semakin meningkat usia kadang-kadang boleh dijadikan kawan untuk ibu ayah. Justeru, dalam sesetengah masalah jangan malu untuk menceritakan pada anak pertama. Meskipun masih kecil, telatah dan reaksinya mungkin boleh ‘mengubati’ waktu sukar yang anda lalui.

Bukan itu sahaja sebagai seorang kakak, mereka juga sudah terbiasa mendengar cerita dan aduan dari adik-adiknya. Maka ini jelas menyatakan yang anda juga merupakan seorang pendengar yang baik.

#11. Anak sulung perempuan sangat rajin

Ciri ciri anak pertama seterusnya adalah seorang yang rajin. Mereka bersikap ringan tulang untuk membantu ibu ayah menguruskan rumah dan menjaga adik-adiknya.

Dalam hal ini adalah penting untuk anda mengajarkan anak sulung dengan kemahiran asas seperti menyimpan mainan, meletakkan pakaian kotor dan sampah ke dalam bakul, membasuh pakaian ataupun sapu lantai rumah.

Kesannya, ciri-ciri anak pertama yang rajin dapat dilihat apabila besar. Mereka sudah tidak perlu disuruh. Lihat sahaja bersepah, terus sama-sama meringankan tugas ibu.

#12. Lebih rapat dengan ayah

Mungkin ramai yang setuju mengenai fakta anak sulung lebih rapat dengan ayahnya. Malah mereka lebih mewarisi karakter dan sikap ayah berbanding ibu.

Hal ini mungkin kerana ayah adalah lelaki pertama yang hadir dalam hidup anak perempuan. Sebab itu apa yang ingin dilakukan pasti akan meminta restu dan persetujuan ayah terlebih dahulu.

Psikologi telah membuktikan sekiranya hubungan ayah dan anak perempuan baik, ia akan membuatkan hubungan anak dan orang lain juga turut baik malah anak perempuan mudah bergaul dengan orang ramai.

#13. Kadang-kadang suka mengarah

Biasanya fakta anak pertama perempuan dikaitkan dengan personaliti diri yang agak ‘bossy’ dan juga mengarah.

Memandangkan diri mereka paling dewasa dan tua, adik-beradiknya yang lain terpaksa mengikuti dan mendengar arahan daripada ank pertama.

#14. Kuat dan tabah

Menurut penelitian, anak pertama perempuan berpotensi menjadi lebih hebat dari anak pertama lelaki. Hal ini kerana mereka terpaksa untuk menjadi lebih dewasa, bijaksana dan berpengetahuan tinggi.

Kehidupan mendesaknya untuk terus belajar. Maka anak pertama biasanya selalu melanjutkan pendidikan ke tahap tertinggi dan berharap dapat membanggakan kedua ibu ayah dan adik-beradiknya kelak.

Kesimpulannya, kehadiran anak sulung dalam keluarga memberikan aura yang tersendiri. Ia juga menjadi pengalaman pertama dan mengubah anda menjadi seorang ibu ayah.

Justeru bersikap adil dalam melayan anak-anak. Meskipun anak sulung sering menyembunyikan perasaan, luangkan sedikit masa untuk menghargai pengorbanannya dalam keluarga. 

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cabaran Dan Pengorbanan Seorang Anak Sulung, Dari Mata Seorang Ibu

Baca juga: Bila Anak Sulung Dapat Adik Baru, Ibu Tak Dapat Beri Perhatian Macam Dulu, Ibu Rindu 5 Benda Ini!

Baca juga: 5 Sifat Anak Pertama Yang Berbeza Dari Adik-Beradik Yang Lain- Betul Ke Ni?