Setiap anak memiliki karakter dan sifat yang tersendiri, begitu juga dengan anak tunggal. Mungkin ramai beranggapan bahawa mereka yang tidak memiliki adik beradik ini seorang yang manja dan amat bergantung kepada ibu ayah. Namun ada fakta anak tunggal mendedahkan perkara sebaliknya.
Anak tunggal lebih cenderung menjadi satu-satunya penerus keturunan. Jadi, mereka menerima kesan yang lebih mendalam hasil didikan ibu bapa mereka.
Tak semua anak tunggal itu datangnya daripada orang kaya. Ada juga yang susah dan “cukup-cukup makan”. Tapi oleh sebab hanya mereka seorang sahaja dalam keluarga, semuanya terasa cukup.
Isi Kandungan
Maksud anak tunggal
Maksud anak tunggal adalah anak yang tidak memiliki adik beradik yang lain seperti abang, kakak mahupun adik.
Hanya dia seorang sahaja dalam keluarga. Atas sebab-sebab tertentu, seorang ibu hanya mampu melahirkan seorang anak.
Meskipun kasih sayang dan perhatian tertumpu kepadanya sahaja, maksud anak tunggal tidak semestinya seorang yang manja.
Hal ini kerana anak tunggal maksud seorang yang perlu belajar membiasakan diri dengan orang sekeliling dan pandai berinteraksi untuk mendapatkan kawan.
Sindrom anak tunggal hanyalah mitos
Stigma yang paling biasa dikatakan oleh masyarakat kita mengenai anak tunggal ialah ‘sindrom anak tunggal’ yang membuatkan mereka menjadi seorang yang manja, suka memerintah, sunyi, mementingkan diri sendiri dan tidak pandai bergaul dengan orang lain.
Selain itu ramai beranggapan bahawa kanak-kanak tanpa adik beradik cenderung mempunyai ciri-ciri tingkah laku yang negatif seperti sikap mementingkan diri sendiri dan antisosial.
Walau bagaimanapun perkara ini hanyalah mitos. Menjadi anak tunggal tidak semestinya dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang memiliki adik beradik.
Sikap mementingkan diri sendiri atau antisosial adalah bergantung kepada bagaimana bapa ayah mendidik dan membesarkan anak tunggal mereka. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
Fakta anak tunggal dalam keluarga
#1 Mementingkan privasi
Anak tunggal maksud tiada abang atau kakak, mereka tidak perlu berkongsi bilik dan barang-barangnya. Mereka dapat bertenang dan memiliki privasi sendiri.
Disebabkan oleh membesar tanpa adik beradik lain, ia tidak semestinya menunjukkan bahawa anak tunggal ini tidak pandai bergaul dengan orang.
#2 Seorang yang teratur
Anak tunggal biasanya menunjukkan perhatian yang tinggi terhadap perincian. Mereka suka mengatur perkara yang menjadi milik mereka dengan baik.
Anak tunggal maksud seorang anak yang tidak merasai kehadiran abang atau adik. Biasanya mereka cenderung menepati masa dan mahir menjaga sesuatu.
Terutama jika dari zaman kanak-kanak ibu ayah mengajarkannya untuk tidak merosakkan permainan atau barangan peribadi.
Biasanya mereka akan cepat membesar menjadi seorang yang matang, walaupun pada usia muda.
#3 Bijak berdikari
Fakta anak tunggal yang seterusnya adalah bijak berdikari. Ketika masih kecil, mereka mungkin akan manja. Tetapi apabila meningkat dewasa, mereka akan bijak berdikari.
Ini kerana ketika membesar, mereka sedar bahawa ibu ayah tidak akan selamanya ada. Justeru adalah penting untuk anda mengajarkan anak melakukan tugasan rumah dan kemahiran mengurus diri dengan baik.
Anak yang terbiasa melakukan semuanya sendiri pada usia lebih awal mampu menjadikannya seorang yang bertanggungjawab.
Selain itu ia menjadi latihan yang amat bagus untuk anak tunggal berdikari!
#4 Rapat dengan orang tua
Fakta anak tunggal yang seterusnya adalah seorang yang mementingkan keluarga. Oleh sebab sudah terbiasa rapat dengan ibu ayah, mereka lebih senang meluangkan masa dengan keluarga sama ada untuk beriadah atau lain-lain.
Bukan itu sahaja, biasanya anak tunggal akan merujuk ibu ayah mereka dalam setiap perkara. Mereka juga akan cenderung berkongsi kisah yang dilalui di sekolah, kisah rakan atau masalah yang dihadapi dengan anda.
Hal ini sekaligus dapat membuatkan mereka mengutamakan ibu ayah dalam hidup kerana adanya hubungan yang kuat antara anda dan anak.
#5 Tak suka berkongsi
Setiap anak yang sedang membesar biasanya akan berdepan masalah tidak suka berkongsi barang terutamanya yang mereka sayang.
Begitu juga dengan sifat anak tunggal. Disebabkan oleh mereka sudah terbiasa tidak diganggu oleh orang lain di rumah, anda akan mendapati mereka juga kurang selesa apabila barangannya dipegang atau diberi pinjam kepada kanak-kanak yang lain.
Walau bagaimanapun ibu ayah hendaklah sentiasa mendidik mereka untuk bergaul dengan kanak-kanak yang lain bagi mengelakkan si manja bersikap introvert.
#6 Bijak dalam akademik atau bakat tertentu
Hasil penelitian yang dilakukan oleh pakar, fakta anak tunggal adalah bijak dalam akademik dan memiliki bakat yang tertentu pada diri mereka.
Bukan itu sahaja, anak tunggal juga sering menjadi harapan ibu ayah untuk menciptakan kejayaan yang membanggakan.
Justeru perhatian anda hanya berfokus kepada seorang anak dan tidak berbelah bahagi. Mereka cenderung berjaya dalam pendidikan dan atau perkara yang diceburi.
#7 Bergantung kepada jenis didikan ibu ayah
Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah fakta anak tunggal mengatakan bahawa mereka seorang yang manja dan ibu ayah sentiasa memenuhi setiap permintaan mereka.
Walau bagaimanapun jika anak tunggal ini diberikan didikan yang betul sejak dari kecil, mereka akan memiliki karakter baik seperti kanak-kanak lain.
Contohnya jika permintaan anak tunggal itu ketika kecil tidak diterima bulat-bulat, pasti dia akan belajar untuk menerima sedikit demi sedikit. Dia akan belajar bukan semua barang dia akan dapat dengan cepat.
Sebab itu pentingnya usaha.
#8 Suka berjalan-jalan
Hasil kajian pakar mendapati, anak tunggal juga suka berjalan-jalan. Mereka suka mencuba benda baru dan tidak suka dikawal.
Malah jika berasa bosan di rumah, mereka bijak buat kawan, bermain atau bersosial. Ada juga anak tunggal yang lebih suka berjalan dengan ibu ayah mereka kerana sudah selesa!
#9 Egois
Oleh sebab sudah biasa menyendiri dan hanya menerima pendapat atau output dari ibu bapa sahaja, anak tunggal akan cenderung egois.
Mereka akan merasakan mereka berhak “diutamakan” berbanding orang lain. Justeru ibu ayah jangan terkejut jika anda menyedari anak mula cemburu apabila anda rapat atau pegang kanak-kanak lain.
#10 Pemalu/Pendiam/Introvert
Ada anak tunggal seorang yang pendiam, tapi ada juga yang jenis introvert, di mana mereka akan banyak bercakap jika sudah selesa dengan seseorang.
Hal ini kerana di dalam rumah mereka terbiasa melihat ibu ayah sahaja. Apabila ada tetamu datang, anda mungkin menyedari mereka mula menyembunyikan diri di belakang atau lari masuk ke dalam bilik.
Walau bagaimanapun perkara ini adalah sesuatu yang normal. Ibu ayah hendaklah mengajak anak duduk bersama melayan tetamu atau meminta bantuannya untuk mengemas bahagian ruang tamu.
Sekiranya diajarkan seawal usia, ia dapat mengurangkan rasa janggal pada diri anak untuk berinteraksi dengan orang sekeliling terutamanya saudara-mara mereka.
#11 Sensitif dan suka berlebihan
Kerana sudah terbiasa dengan “perlindungan” yang diberi ibu bapa juga, anak tunggal kadang kala tidak boleh menghadapi sesuatu yang agak keras. Sebab itu mereka lebih sensitif.
Namun, sebagai anak tunggal, mereka juga cenderung bersikap suka “berlebih-lebihan”. Apapun, ia bergantung kepada didikan ibu bapa.
#12 Berani biarpun berseorangan
Hidup sebagai anak tunggal sebenarnya memberikan kelebihan yang tersendiri kepada si kecil anda. Mereka tidak kisah sekiranya ditinggalkan bermain seorang diri di ruang tamu.
Walau bagaimanapun ada juga anak yang tidak boleh berenggang dengan ibu ayah. Justeru ajarkan mereka untuk bermain sendiri sementara anda melakukan kerja rumah.
#13 Seorang yang kuat berangan
Salah satu perkara yang lucu tentang fakta anak tunggal adalah seorang yang kuat berangan. Hal ini adalah perkara biasa kerana kadang-kadang si kecil anda berasa sunyi tanpa kawan di rumah.
Keadaan ini menyebabkan mereka cenderung memperoleh ‘imaginary friend’ untuk tujuan keseronokan.
#14 Berfikiran matang
Boleh dikatakan 60 peratus anak tunggal lebih cepat matang dari anak-anak lain seusia mereka.
Hal ini kerana mereka banyak menghabiskan masa dengan ibu ayah yang lebih tua. Anda dapat mengajarkan mereka mengenai nilai-nilai yang baik dan tidak baik perlu dielakkan.
Kesannya anak akan menjadi seorang yang penyayang dan bertimbang rasa terhadap orang lain.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Sifat Anak Kedua Cukup Unik & Tidak Ada Pada Adik Beradik Lain, Ibu Ayah Patut Bersyukur!
Baca juga: Anak Makan Banyak Bila Bagi Tengok Skrin, Ibu Jangan Leka Ia Boleh Jadi Punca Anak Mindless Eater
Baca juga: Tak Puas Cuti Bersalin Untuk Suami Hanya Seminggu, Lelaki Nekad Berhenti Kerja Sebab Nak Jaga Anak