Sebagai ibu bapa moden dan berfikiran terbuka, kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memecahkan stereotaip jantina yang berterusan hingga ke hari ini. Contohnya seperti adalah sifat perempuan suka warna merah jambu, lelaki suka biru, budak perempuan main anak patung, budak lelaki main trak, dan seterusnya.
Tetapi apabila menyentuh keutamaan warna berasaskan jantina, menurut sains, nampaknya ada logik juga di sebalik stereotaip yang diamalkan sehingga kini itu.
Baca juga: Ayah Mesti Jaga Kepercayaan Anak Perempuan, Barulah Dia Tidak Kekok Mengadu Apa-Apa
Kajian mengenai sifat perempuan yang suka warna pink
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Current Biology, wanita diprogram secara biologi untuk menyukai warna merah jambu lebih daripada lelaki, dan sebabnya dapat dilihat sejak dari zaman prasejarah lagi!
Manakala, ahli sains di Universiti Newcastle, UK telah melakukan kajian pemilihan warna terhadap 206 responden. Peserta ditunjukkan 1 siri segiempat tepat yang dipasangkan pada skrin serta dikendalikan untuk cahaya, ketepuan dan warna.
Responden kemudiannya diminta untuk memindahkan kursor tetikus secepat yang mereka boleh ke warna yang paling mereka suka.
Setiap peserta membuat 3 ujian berasingan dan dipanggil semula selepas 2 minggu. Hasilnya agak menarik.
- Secara umum, semua orang suka biru
- Wanita memilih warna merah biru (kemerahan ungu).
- Lelaki pula lebih suka kehijauan.
Bagi mengelakkan pengaruh budaya dalam pemilihan warna, para penyelidik juga melibatkan responden di kalangan kaum Cina, namun mendapati hasil pemilihan warna mereka tetap sama!
“Ini adalah kajian pertama untuk menentukan perbezaan seks yang teguh dalam paksi warna merah warna manusia,” kata Yazhu Ling, pengarang bersama kajian itu.
Sifat perempuan yang suka merah jambu adalah sebab sejarah zaman purba
Para saintis menjelaskan beberapa sebab mengapa kanak-kanak perempuan lebih tertarik pada warna merah jambu. Sejak zaman purba, peranan wanita (dan kanak-kanak perempuan) adalah pengumpul makanan sementara tugas lelaki ada memburu.
Pada zaman prasejarah dan seterusnya, dalam komuniti pengumpul makanan, buah beri dan buah-buahan lain yang mempunyai warna terang merupakan makanan ruji mereka.
Teori yang berkait ini menjelaskan wanita membangunkan penglihatan warna yang lebih baik daripada pemburu, sehingga mereka dapat melihat buah masak ini di hutan tebal ataupun dalam keadaan tersorok.
Dalam erti kata lain, secara biologinya, mereka menjadi lebih mudah untuk melihat merah jambu dan merah. Wah menarik!
Teori lain pula berkaitan dengan emosi dan keibuan di mana sifat perempuan lebih mudah menunjukkan emosi mereka melalui perlakuan. Apabila perempuan menangis, atau berasa malu, kulit mereka akan menjadi merah jambu atau kemerah-merahan sama seperti bayi ketika menangis atau demam.
Bolehkah kod warna jantina ini dipecahkan?
Memandangkan kita sudah tahu sifat perempuan yang sukakan merah jambu itu disebabkan genetik, adakah selepas ini kita perlu teruskan dengan streotaip warna dan jantina ini?
Mungkin tidak. Ini kerana perkara sebegini mungkin boleh menyebabkan isu lebih serius contohnya diskriminasi jantina, atau kes buli.
Anggapan masyarakat seperti lelaki perlu menyukai warna tertentu, perempuan perlu melakukan kerjaya tertentu sahaja dan sebagainya akan mendorong rasa kurang keyakinan diri pada seseorang individu.
Kenapa tidak kita dibiarkan memilih apa yang kita suka, tanpa diskriminasi dan paksaan?
Tips mengelakkan diskriminasi jantina bagi anak kecil anda
- Jelaskan kepada mereka yang merah jambu, ungu, biru dan warna lain hanyalah sekadar warna. Perempuan boleh memakai warna hitam, lelaki boleh juga memakai warna merah jambu.
- Guna warna yang neutral dalam pemilihan warna bilik tidur anak atau mainan.
- Elakkan berkata ‘Tak boleh bermain bola, ini mainan lelaki!’ kepada anak perempuan anda.
- Beri tugasan yang sama kepada anak: mengemas, membasuh baju, memasak. Ya, walaupun kepada anak lelaki anda!
- Jangan guna alasan tingkah laku atau bahasa penggunaan yang menggalakkan stereotaip jantina. Sebagai contoh, “Lelaki tak boleh menangis”.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nalika Unantenne dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.