Penyakit Sifilis: Kenali Apa Itu Sifilis, Tanda Sifilis Pada Tubuh & Rawatan Untuk Jangkitan Ini

Penyakit sifilis wanita dan lelaki agak sukar untuk dikesan kerana simptomnya yang kelihatan seperti luka biasa. Ini apa anda perlu tahu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sifilis wanita dan lelaki berlaku disebabkan oleh sejenis bakteria yang dipanggil  Treponema pallidum. Tanpa rawatan yang betul, ia boleh menyebabkan komplikasi teruk pada kesihatan anda. Berikut merupakan maklumat yang anda perlu tahu mengenai sifilis pada wanita dan lelaki.

Apa Itu Sifilis?

Sifilis adalah jangkitan kelamin (STI) yang merebak apabila anda melakukan hubungan seks vaginal, anal, atau oral dengan seseorang yang mempunyai jangkitan tersebut. Ia disebabkan oleh bakteria.

Ubat antibiotik merawat sifilis, namun jika ia tidak dirawat boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius, termasuk buta dan kerosakan kepada otak, jantung, mata, dan sistem saraf anda.

Peringat-Peringkat Sifilis

Sifilis berlaku dalam empat peringkat yang berbeza dan ia menunjukkan simptom yang berbeza pada setiap peringkat. Jika anda mempunyai sifilis, sangat mudah untuk anda menyebarkannya kepada pasangan anda pada peringkat pertama dan kedua.

Peringkat 1: Sifilis Primer

Peringkat pertama berlaku dua hingga 12 minggu selepas terdedah kepada seseorang yang mempunyai sifilis. Pada peringkat ini, luka keras, licin yang disebut syankroid berkembang di kemaluan atau mulut anda.

Syankroid mempunyai saiz yang kecil dan biasanya tidak menyakitkan, jadi anda mungkin tidak sedar anda mempunyainya. Luka itu akan sembuh dengan sendirinya dalam beberapa minggu atau bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda tidak lagi mempunyai sifilis. Jika anda tidak menerima rawatan dengan ubat, jangkitan akan bergerak ke peringkat kedua. Anda boleh menjangkiti sifilis melalui hubungan seks vaginal, anal, atau oral pada peringkat ini.

Peringkat Kedua: Sifilis Sekunder

Sekitar satu hingga enam bulan selepas luka sifilis sembuh, ruam sifilis yang kasar dan berbonggol akan muncul. Ruam itu boleh menjangkiti seluruh badan anda, termasuk tapak tangan dan tapak kaki. Ruam tersebut biasanya tidak gatal. Anda juga mungkin mengalami beberapa gejala lain seperti:

  • Demam.
  • Kebimbangan.
  • Luka seperti kutil.
  • Kebasahan otot.
  • Kehilangan berat badan.
  • Sakit kepala.
  • Kehilangan rambut.
  • Kelenjar getah bening yang bengkak.

Anda boleh menyebarkan jangkitan sifilis pada peringkat ini melalui hubungan seks vaginal, anal, atau oral. Gejala-gejala ini boleh datang dan pergi selama beberapa bulan atau tahun.

Hanya kerana ruam sifilis telah hilang atau anda tidak mengalami sebarang gejala di atas, tidak bermakna anda tidak lagi mempunyai jangkitan. Anda masih memerlukan rawatan dengan ubat. Tanpa rawatan, jangkitan akan beralih ke peringkat laten.

Peringkat Ketiga: Sifilis Laten

Jika anda tidak menerima rawatan semasa dua peringkat yang pertama, jangkitan akan beralih ke peringkat laten. Pada peringkat ini, tidak ada tanda atau gejala luaran sifilis.

Sesetengah orang akan mengalami simptomnya namun tidak teruk dari masa ke semasa. Pada peringkat ini, jangkitan boleh merosakkan jantung, tulang, saraf, dan organ anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringkat ini boleh berlangsung sehingga 20 tahun. Namun begitu, pada peringkat ini anda mungkin tidak akan menyebarkan sifilis kepada pasangan anda. Tanpa rawatan, jangkitan akan bergerak ke peringkat lewat.

Peringkat Keempat: Sifilis Lewat (Tertiari)

Sifilis tidak lagi akan merebak bermula pada peringkat ketiga atau peringkat laten bagi kebanyakan orang. Ini mungkin kerana kerana jangkitan sembuh sendiri atau kerana gejala terlalu ringan untuk diperhatikan.

Kira-kira 20% orang berkembang ke fasa lewat sifilis, yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius. Masalah ini berlaku secara perlahan-lahan dan antaranya:

  • Kerosakan otak, dementia, dan masalah kesihatan kognitif
  • Penyakit jantung
  • Gangguan pergerakan dan masalah otot
  • Kerosakan saraf
  • Sawan
  • Masalah penglihatan, termasuk kebutaan

Sifilis Kongenital

Sifilis kongenital berlaku apabila seseorang yang hamil menyebarkan jangkitan kepada janin semasa kehamilan. Sifilis boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius (termasuk kematian) pada bayi dan kanak-kanak kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor kehamilan anda harus melakukan saringan untuk jangkitan kelamin (STI) pada salah satu lawatan pranatal pertama anda. Penting untuk menerima rawatan dengan segera jika anda mempunyai sifilis.

Siapa Yang Berisiko Dijangkiti Sifilis

Jika anda seorang yang aktif secara seksual, anda mempunyai risiko untuk dijangkiti sifilis tetapi risiko lebih tinggi terhadap individu yang berikut:

  • Jika anda melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, terutama jika anda mempunyai beberapa pasangan.
  • Seorang lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki (MSM).
  • Mempunyai HIV.
  • Pernah melakukan hubungan seks dengan seseorang yang telah diuji positif sifilis.
  • Diuji positif untuk jangkitan kelamin lain, seperti klamidia, gonorea, atau herpes.

Simptom Sifilis

Simptom sifilis berbeza-beza bergantung pada peringkat jangkitan. Ia mudah untuk menyebarkan jangkitan ini pada peringkat pertama dan pada peringkat ini, simptom sifilis paling ketara.

Pada peringkat pertama, satu atau lebih luka akan muncul di kemaluan anda. Anda mungkin tidak menyedarinya atau menganggapnya sebagai jerawat atau lesi kulit yang lain.

Pada peringkat kedua, anda mungkin mendapat ruam dan mengalami gejala seperti selesema, seperti keletihan, demam, sakit tekak, dan sakit otot.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas peringkat kedua, gejala sifilis tersembunyi (peringkat laten). Hanya kerana anda tidak mempunyai gejala tidak bermakna jangkitan itu telah hilang. Satu-satunya cara untuk menyembuhkan jangkitan dan mencegahnya daripada berkembang adalah rawatan dengan ubat.

Bagaimana Rupa Sifilis?

Pada peringkat pertama sifilis, luka kecil dan licin akan muncul pada kemaluan, mulut atau bibir anda. Ia mungkin kelihatan seperti jerawat dan sangat kecil serta tidak berbahaya sehingga anda mungkin tidak menyedarinya. Luka ini akan hilang dengan sendirinya dalam kira-kira enam minggu.

Pada peringkat kedua sifilis, ruam kasar, merah atau coklat akan berkembang. Ia bermula di satu kawasan tetapi akhirnya akan meliputi seluruh badan anda — termasuk tapak kaki dan tapak tangan. Anda mungkin mempunyai ruam kulit dan/atau luka di dalam mulut, faraj atau dubur.

Di Mana Sifilis Boleh Berjangkit?

Sifilis pada wanita dan lelaki boleh berjangkit ke seluruh badan anda. Walau bagaimanapun, tanda pertama sifilis adalah luka seperti ulser. Ia berkembang di tempat di mana bakteria bersentuhan dengan kulit anda semasa hubungan seks. Kawasan berikut adalah tempat di mana anda paling mungkin menemui luka sifilis (chancre):

Wanita

  • Pada vulva anda (alat kelamin luar).
  • Di dalam atau sekitar faraj anda.
  •  Sekitar anus anda atau di dalam rektum anda.
  • Pada bibir anda atau di dalam mulut anda.

Lelaki

  • Pada zakar atau skrotum anda.
  • Di bawah kulup zakar anda.
  • Sekitar anus anda atau di dalam rektum anda.
  • Pada bibir anda atau di dalam mulut anda.

Punca Sifilis

Sifilis berlaku disebabkan bakteria Treponema pallidum. Individu yang dijangkiti menyebarkan bakteria ini melalui hubungan seks faraj, dubur, atau oral. Bakteria ini boleh masuk ke dalam badan anda melalui anus, faraj, zakar, mulut, atau kulit yang luka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bakteria ini kemudiannya akan terus merebak ke seluruh badan dan akhirnya boleh  menjadi penyebab kepada kerosakkan organ tertentu.

Bagaimana Sifilis Merebak?

Sifilis adalah berjangkit, terutamanya dalam peringkat primer dan sekunder apabila anda mempunyai luka, ulser, atau ruam. Sifilis biasanya merebak dari seorang ke seorang lain semasa hubungan seksual, walaupun tiada penetrasi atau ejakulasi.

Anda boleh dijangkiti jika anda bersentuhan dengan bakteria ini menerusi luka atau ruam pada mana- mana bahagian badan anda. Jika anda mempunyai sifilis dan melakukan hubungan seks, anda boleh menjangkiti pasangan anda.

Wanita hamil juga tidak terkecuali daripada jangkitan ini. Jika anda hamil dan mempunyai sifilis, anda boleh menkangkiti janin anda.

Walau bagaimanapun, anda tidak boleh mendapat sifilis dengan menyentuh objek seperti tempat duduk tandas, peralatan makan, dan tombol pintu kerana bakteria ini tidak boleh bertahan pada objek.

Tempoh Anda Boleh Menjangkiti Orang Lain

Walaupun anda tidak mempunyai gejala luaran sifilis (seperti luka atau ruam), jangkitan masih ada dalam badan anda sehingga anda mengambil antibiotik. Jika anda mempunyai sifilis dan tidak mendapat rawatan, anda boleh menyebarkan jangkitan ini.

Bolehkah Anda Mendapat Sifilis daripada Berciuman?

Jawapannya, ya. Walaupun kes sebegini jarang berlaku, anda boleh mendapat sifilis melalui hubungan langsung dengan luka sifilis. Ini bermakna jika anda mencium luka pasangan anda, anda berisiko dijangkiti.

Anda juga boleh mendapat sifilis melalui kulit yang luka. Oleh itu, mendapatkan rawatan adalah penting jika anda fikir anda mempunyai sifilis atau terdedah kepada sifilis.

Kesan Sifilis Semasa Kehamilan

Jika anda mempunyai sifilis dan tidak mendapat rawatan, anda boleh menyebarkan jangkitan kepada anak anda. Mengikut statistik, lebih kurang 40% bayi yang dilahirkan oleh orang yang tidak merawat sifilis meninggal dunia akibat jangkitan.

Biasanya, jangkitan ini tersebar kepada janin semasa kehamilan. Tetapi, ia juga boleh berlaku semasa kelahiran jika bayi anda bersentuhan langsung dengan luka sifilis pada faraj anda. Jika bayi dilahirkan dengan sifilis, ia dipanggil sifilis kongenital.

Sifilis semasa kehamilan juga boleh menyebabkan:

  • Keguguran.
  • Kelahiran pramatang.
  • Berat kelahiran rendah (kurang daripada 5 paun, 8 auns semasa lahir).
  • Masalah dengan tali pusat.
  • Kematian semasa lahir.
  • Kematian dalam tempoh 28 hari pertama kehidupan. Ini hanya berlaku jika anda tidak menerima rawatan untuk sifilis.

Komplikasi-komplikasi ini adalah antara sebab untuk anda datang ke temu janji bersama doktor anda untuk menjalani ujian STI. Rawatan sebelum 26 minggu kehamilan memberikan hasil terbaik.

Diagnosis Dan Ujian Sifilis

Doktor akan bertanya tentang sejarah seksual anda, termasuk sama ada anda mengamalkan seks selamat. Anda perlu bersikap jujur semasa perbincangan ini agar doktor dapat melakukan penilaian risiko yang tepat dan mengesyorkan ujian untuk jangkitan kelamin (STI) yang lain.

Untuk menguji sifilis, doktor akan memeriksa anda dan mengambil sampel darah untuk mencari tanda-tanda jangkitan. Doktor mungkin akan mengeluarkan sedikit cecair atau secebis kecil kulit dari luka sifilis dan melihatnya di bawah mikroskop.

Satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pasti jika anda mempunyai sifilis adalah dengan berjumpa dengan doktor dan jalani ujian makmal.

Rawatan Sifilis

Doktor merawat sifilis dengan antibiotik, sejenis ubat yang merawat jangkitan bakteria. Penisilin adalah ubat yang paling biasa digunakan untuk sifilis. Jumlah dan tempoh pengambilan ubat ini bergantung kepada peringkat dan simptom sifilis anda.

Anda mesti menghabiskan semua antibiotik yang diberikan walaupun luka atau ruam telah hilang. Selain itu, anda juga perlu menghubungi pasangan yang pernah melakukan hubungan seks dengan anda dalam tempoh dua tahun terakhir dan minta mereka untuk diuji.

Doktor akan menguji darah anda selepas rawatan sifilis untuk memastikan jangkitan telah hilang. Anda boleh mendapat sifilis lagi selepas dirawat, jadi pastikan untuk mengamalkan seks selamat dan menjalani ujian secara berkala jika anda mempunyai risiko sifilis yang tinggi.

Adakah Sifilis Boleh Sembuh 100%?

Boleh! Doktor boleh merawat sifilis dengan antibiotik. Antibiotik akan menyembuhkan jangkitan, tetapi tiada cara untuk memperbaiki organ yang telah rosak akibat sifilis.

Pencegahan Sifilis

Satu-satunya cara untuk mencegah sifilis (dan jangkitan kelamin yang lain) adalah dengan mengelakkan hubungan seks. Jika anda aktif secara seksual, anda boleh mengurangkan risiko jangkitan dengan sentiasa menggunakan kondom atau dental dam semasa hubungan seks.

Adalah penting untuk menggunakan kondom dengan betul untuk mengurangkan peluang anda mendapat jangkitan. Tanya pasangan seksual anda tentang sejarah mereka dan jika mereka telah menjalani ujian untuk jangkitan kelamin.

Jika pasangan anda mempunyai sifilis, mereka boleh menjangkiti anda semula. Adalah penting bahawa mereka juga mendapatkan rawatan.

Jika anda mengesyaki anda telah dijangkiti sifilis, segera bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Jangan risau, sifilis boleh dirawat tetapi penting untuk anda menjalani ujian sifilis pada peringkat awal untuk mencegah komplikasi lain.

Anda juga perlu jujur dengan doktor tentang gaya hidup anda jika anda melakukan hubungan seks bebas agar mereka dapat memberikan rawatan yang tepat buat anda. Jangan biasakan seks bebas dan amalkan langkah berjaga-jaga bersama pasangan anda.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Mengesan Kanser Payudara, Buat Dua Perkara Ini Setiap Bulan Di Rumah Sebagai Langkah Awal!

Baca juga: Chef Wan Disahkan Menghidapi Kanser Limfoma, Ini Tanda Kanser Limfoma Yang Perlu Dikhuatiri

Baca juga: Paling Tak Selesa Bila Terjadinya Bisul Di Punggung! Ini Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Merawatnya Dengan Secepatnya

Penulis

Anis