TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Paling Tak Selesa Bila Terjadinya Bisul Di Punggung! Ini Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Merawatnya Dengan Secepatnya

3 min bacaan
Paling Tak Selesa Bila Terjadinya Bisul Di Punggung! Ini Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Merawatnya Dengan Secepatnya

Paling tak selesa bila terjadinya bisul di punggung. Kami kongsikan puncanya dan cara untuk merawatnya dengan berkesan di artikel ini.

Bisul adalah jangkitan pada kulit yang biasanya disebabkan oleh bakteria Staphylococcus aureus. Ia merupakan benjolan merah dan berisi nanah yang timbul pada kulit, paling tak selesa jika bisul di punggung.

Salah satu bahagian pada tubuh kita yang selalu untuk bisul tumbuh adalah pada bahagian punggung. Bisul pada bahagian punggung ini boleh mengakibakan rasa tidak selesa dan sangat mengganggu aktiviti harian kita.

Menerusi artikel ini, kami akan berkongsi tentang punca bisul di punggung dan beberapa cara untuk merawatnya.

Isi Kandungan

  • Punca Bisul di Punggung
  • Cara Merawat Bisul di Punggung

Punca Bisul di Punggung

Bisul di punggung biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria yang masuk melalui pori kulit yang terdedah atau oleh folikel rambut yang terjangkiti. Beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko bisul di punggung adalah:

1. Tahap kebersihan yang teruk

Tidak menjaga kebersihan tubuh dan kulit dapat mengakibatkan bakteria untuk merebak dan membiak sekaligus menyebabkan jangkitan pada kulit.

2. Pori tersumbat

Pori-pori kulit yang tersumbat disebabkan kotoran, minyak, atau sel kulit mati dapat membawa ke arah penumbuhan bisul.

3. Sistem imun yang lemah

Sistem imun tubuh yang lemah tidak dapat melawan jangkitan bakteria dengan cepat, sehingga meningkatkan risiko adanya bisul.

4. Kulit terdedah dengan bakteria

Jika kulit anda terdedah dengan bakteria Staphylococcus aureus, selalunya pada bahagian luka yang tidak dirawat, anda berisiko untuk mendapat bisul pada bahagian punggung.

Cara Merawat Bisul di Punggung

Berikut adalah beberapa langkah yang dapat anda lakukan untuk merawat bisul pada punggung:

1. Jaga kebersihan tubuh dan kulit

Mandi dapat menjaga kebersihan kulit kita dengan sempurna. Gunakan sabun antibakteria lembut untuk membersihkan kawasan yang mempunyai bisul.

2. Pemanas

Tempatkan pemanas pada bisul selama 10-15 minit beberapa kali sehari. Ini dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan mempercepat pecahnya bisul.

3. Elakkan memicit bisul

Walaupun keinginan untuk memicit bisul untuk mengeluarkan nanahnya membuak-buak, seeloknya jangan. Memecahkan bisul boleh menyebabkan penyebaran kuman bisul itu sendiri dan memperburukkan lagi keadaan.

4. Pakai pakaian yang longgar

Elak memakai pakaian yang ketat pada bahagian bisul. Pilih pakaian yang longgar dan terbuat dari material yang boleh bernafas agar bisul dapat sembuh dengan baik.

5. Dapatkan rawatan doktor

Jika bisul di punggung semakin teruk, terasa sangat pedih, atau diikuti dengan demam, segera rujuk kepada doktor. Doktor mungkin akan memberikan anda antibiotik.

6. Tingkatkan imun tubuh

Tingkatkan sistem kekebalan tubuh anda dengan menerapkan gaya hidup sihat, termasuk diet seimbang, tidur yang cukup, rajin bersenam , dan elakkan stres melampau.

Kesimpulannya, bisul di punggung dapat menjadi masalah kulit yang tidak selesa dan mengganggu rutin harian. Penting untuk kita menjaga kebersihan kulit dan menghindari faktor risiko seperti kebersihan yang tidak dijaga dan pori kulit yang tersumbat.

Jika anda mengalami bisul pada bahagian punggung, gunakan pemanas hangat , jangan picit bisul sehingga pecah, dan rujuk pada doktor anda jika situasi memburuk. Merawat bisul dengan betul dan serta menjaga kebersihan dapat membantu proses penyembuhan dan mencegah jangkitan.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan, Ramai Tak Tahu 10+ Rahsia Ini!

Baca juga: Ketahui Jenis Jerawat Bayi, Ia Masalah Yang Buat Si Comel Tak Selesa

Baca juga: Ada Masalah Jerawat Selepas Bersalin? Ini Punca & Cara Terbaik Untuk Kembalikan Seri Wajah

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Paling Tak Selesa Bila Terjadinya Bisul Di Punggung! Ini Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Merawatnya Dengan Secepatnya
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham