X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Chef Wan Disahkan Menghidapi Kanser Limfoma, Ini Tanda Kanser Limfoma Yang Perlu Dikhuatiri

5 min bacaan
Chef Wan Disahkan Menghidapi Kanser Limfoma, Ini Tanda Kanser Limfoma Yang Perlu Dikhuatiri

Mendengar berita tentang Chef Wan disahkan menghidapi kanser limfoma buatkan kita rasa takut. Ini tanda kanser limfoma perlu ambil berat.

Sudah diketahui umum bahawa chef selebriti terkenal Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mengesahkan yang mana dirinya menghidap kanser limfoma. Berikutan itu, kami di theAsianparent ingin berkongsi tentang tanda kanser limfoma yang kita semua perlu ambil berat, supaya ia dapat dikesan awal sebelum terlambat.

Apa itu kanser limfoma?

Kanser limfoma merupakan jenis kanser yang berkaitan dengan sistem limfatik dalam tubuh manusia. Sistem limfatik adalah bahagian penting daripada sistem imun, yang membantu melindungi tubuh daripada jangkitan dan penyakit.

Limfoma terjadi apabila sel-sel limfosit, jenis sel darah putih yang membantu melawan jangkitan, tumbuh tidak terkawal dan membentuk tumor dalam tisu limfatik.

Tanda kanser limfoma

tanda kanser limfoma

Berikut adalah tanda kanser limfoma yang perlu kita beri perhatian, supaya ia dapat dikesan lebih awal sebelum terlambat:

  1. Pembengkakan kelenjar limfa: Salah satu tanda paling umum ialah pembengkakan kelenjar limfa di leher, ketiak, atau kawasan inguinal (sekitar bahagian atas paha).
  2. Demam dan keletihan: Demam yang tidak dapat dijelaskan sebabnya serta keletihan yang berterusan mungkin menjadi petunjuk awal.
  3. Kehilangan berat badan: Kehilangan berat badan yang tidak disengajakan boleh menjadi isyarat kanser limfoma dalam keadaan tertentu.
  4. Gejala berkaitan sistem pernafasan: Sesak nafas, batuk, atau kesukaran dalam pernafasan mungkin timbul jika limfoma menjejaskan kawasan di sekitar dada.
  5. Gatal-gatal kulit: Gatal-gatal yang berlebihan dan ruam kulit boleh menjadi tanda limfoma dalam beberapa kes.

Punca

Punca pasti limfoma masih belum sepenuhnya difahami, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risikonya:

1. Faktor genetik

Riwayat keluarga kanser limfoma atau penyakit autoimun mungkin meningkatkan risiko.

2. Imunosupresi

Sistem imun yang lemah, sama ada akibat penyakit atau penerimaan organ, boleh meningkatkan risiko limfoma.

3. Pendedahan terhadap bahan kimia

Terdedah kepada bahan kimia tertentu atau bahan kimia yang toksik juga boleh menjadi faktor risiko.

Rawatan kanser limfoma

Rawatan untuk kanser limfoma bergantung kepada jenis limfoma, tahap penyakit, dan faktor-faktor individu. Beberapa kaedah rawatan termasuk:

1. Kimoterapi

Penggunaan ubat-ubatan untuk membunuh sel kanser.

2. Terapi sinaran

Menggunakan sinaran untuk merosakkan sel-sel kanser.

3. Imunoterapi

Menggunakan sistem imun untuk merangsang tubuh melawan sel kanser.

4. Rawatan antibodi monoklonal

Menggunakan antibodi buatan untuk mengenal pasti dan menghancurkan sel kanser.

5. Pemindahan sel stem

Menggantikan sel-sel darah yang rosak dengan sel stem yang sihat.

Cara mencegah

Walaupun tidak mungkin untuk mengelak sepenuhnya daripada risiko kanser limfoma, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko:

  1. Gaya hidup sihat: Amalkan pemakanan seimbang dan senaman fizikal secara berkala.
  2. Pengurangan pendedahan bahan kimia: Elakkan daripada terdedah kepada bahan kimia berbahaya dalam persekitaran anda.
  3. Jaga kesihatan imun: Kuatkan sistem imun dengan memastikan tidur yang cukup, kurangkan stres, dan amalan gaya hidup sihat.

Bila perlu jumpa doktor

Sekiranya anda mengalami sebarang gejala yang mencurigakan atau membimbangkan, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor. Gejala seperti pembengkakan kelenjar limfa yang tidak hilang, demam yang tidak dapat dijelaskan, keletihan berpanjangan, dan kehilangan berat badan tanpa sebab yang jelas, harus diambil kira dengan serius. Doktor akan melakukan ujian dan diagnosis yang diperlukan untuk mencari sumber masalah dan mengenal pasti akan langkah seterusnya.

Chef Wan disahkan hidap kanser limfoma

Chef Wan Disahkan Menghidapi Kanser Limfoma, Ini Tanda Kanser Limfoma Yang Perlu Dikhuatiri

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Menurut perkongsian Chef Wan menerusi akaun Instagram miliknya, pihak hospital telah melakukan ujian electrocardiogram (ECG) sebanyak dua kali dan telah mendapati yang dia didiagnos dengan kanser tersebut. 

Katanya, “Saya baru sahaja menjalani ujian ECG saya tadi. Pada pukul 3 petang doktor menyampaikan berita tentang keputusan biopsi saya. Mereka terpaksa menjalankan ujian sebanyak dua kali untuk memastikan keputusan saya sememangnya menghidap kanser limfoma.”

Tambahnya lagi, dia dimaklumkan oleh doktor bahawa dia mempunyai 70 hingga 80 peratus untuk sembuh. Chef Wan juga bakal menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 13 kitaran untuk jangka masa selama 13 minggu.

Chef Wan Disahkan Menghidapi Kanser Limfoma, Ini Tanda Kanser Limfoma Yang Perlu Dikhuatiri

Maklumnya lagi, dia bakal menjalani ujian sumsum tulang yang mana berkait dengan kanser limfoma. 

Biarpun berduka dengan berita ini, tetapi Chef Wan sempat berseloroh memikirkan keadaannya kelak yang mana bakal berdepan dengan masalah keguguran rambut akibat kesan sampingan kimoterapi yang bakal dilaluinya.

“Doktor berkata saya akan mula kehilangan rambut saya. Ya Tuhan saya sudah mula membayangkan diri saya dengan rambut palsu yang hebat seperti gaya Elvis Presley, M. Daud Kilau, Samy Velu, Liberace dan banyak lagi. Saya akan mengalami adegan muntah seperti dilakonkan oleh Linda Blair dari filem Exorcist dan juga cirit-birit yang tidak berkesudahan,” katanya.

Biarpun mendapat keputusan duka ini, Chef Wan kekal tenang dan positif serta menerima takdir ini dengan hati yang terbuka, biarpun anak perempuannya, Serina begitu sebak mendengar berita tersebut.

Chef Wan Disahkan Menghidapi Kanser Limfoma, Ini Tanda Kanser Limfoma Yang Perlu Dikhuatiri

“Saya menerima semua ujian ini dengan hati yang terbuka dan berani. Inilah kehidupan… anda hanya perlu melaluinya satu demi satu dengan cara positif. “Anak perempuan dan menantu saya kecewa mendengar berita ini… saya kata jangan menangis. Saya okay. Saya belum pergi lagi. Saya perlu kuat dan sihat kerana saya juga perlu menjaga ramai orang. InsyaAllah Allah akan jaga saya. Terima kasih atas semua doa dan ucapan anda. Tolong jangan risau kerana kita semua akan melalui ini bersama-sama… Supaya kita boleh memberi inspirasi dan membantu orang lain di masa hadapan,” tulisnya.

Semoga Chef Wan diberikan kekuatan dan kemudahan untuk melalui dugaan ini serta semoga diberikan kesembuhan dengan secepatnya.

Kanser limfoma adalah penyakit serius yang berkaitan dengan sistem limfatik. Pemahaman mengenai tanda-tanda, punca, rawatan, dan cara mecegah kanser limfoma penting untuk meningkatkan kesedaran dan membolehkan individu mengambil tindakan sewajarnya. Selalu berjumpa dengan doktor jika terdapat sebarang gejala mencurigakan untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat.

Instagram Chef Wan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Bapa HARUS Ambil Tahu 5 Jenis Kanser Yang Sering Menyerang Kanak-Kanak Ini

Baca juga: Cara Mengesan Kanser Payudara, Buat Dua Perkara Ini Setiap Bulan Di Rumah Sebagai Langkah Awal!

Baca juga: 5 Benda Bukan Penyebab Kanser dan 2 Yang Berpotensi Menyebabkan Kanser!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Chef Wan Disahkan Menghidapi Kanser Limfoma, Ini Tanda Kanser Limfoma Yang Perlu Dikhuatiri
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham