Surat Beranak Hilang, Ini Cara Mohon Semula Di JPN Melalui Online

Surat beranak hilang boleh dimohon semula secara online dengan memastikan menepati kelayakan memohon sijil lahir yang hilang di portal JPN.
Surat beranak hilang boleh menyebabkan pelbagai masalah timbul kerana ia sangat penting untuk mendapatkan kad pengenalan atau urusan lain seperti pernikahan atau kematian. Sekiranya ia terjadi, individu tersebut boleh membuat permohonan semula di JPN melalui online dengan mengemukakan bukti bahawa kelahiran tersebut telah didaftarkan sebelum ini.
▼Isi Kandungan
Kelayakan Memohon Sijil Lahir Yang Hilang Di Portal JPN
Berikut adalah kelayakan memohon surat beranak hilang secara online di JPN. Berikut adalah beberapa kategori yang boleh memohon jika surat beranak hilang.
- Ibu atau bapa kanak-kanak.
- Pemilik sijil kelahiran sekiranya telah memiliki kad pengenalan.
Proses Pendaftaran Pengguna
Berikut adalah proses pendaftaran pengguna untuk sijil lahir hilang:
- Log masuk portal JPN di https://www.jpn.gov.my/my/e-services
- Klik pada pautan Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Yang Diperakui Dalam Talian
- Bagi penggguna baru, klik pada butang “Daftar Pengguna Baru”.
- Manakala, jika sudah mempunyai akaun, klik sahaja “Log Masuk”.
- Untuk pengguna baru, isikan semua maklumat yang dikehendaki dengan lengkap.
- Selesai daftar, terima emel daripada “[email protected]”.
- Klik pada butang yang disertakan dalam pautan tersebut untuk pengesahan emel dan pengaktifan akaun.
- Tetapkan kata laluan baru sebagai langkah keselamatan.
Log Masuk Ke Akaun
Berikut adalah maklumat log masuk bagi situasi surat beranak hilang:
- Log masuk semula dengan kata laluan baru
- Laman utama sistem akan dipaparkan.
Proses Permohonan
Berikut adalah proses permohonan:
- Log masuk akaun.
- Baca terma dan syarat yang tertera. Klik pada butang “Setuju”.
- Buat permohonan sebagai pemilik atau waris.
- Sahkan permohonan.
- Satu tambahan borang permohonan akan dipaparkan jika pengguna memilih waris.
- Cetak surat pengesahan berjaya untuk dibawa ke kaunter.
- Sekiranya permohonan gagal, segera ke kaunter JPN yang berdekatan anda dengan segera.
Tindakan yang pantas adalah sangat penting untuk melindungi privasi data peribadi supaya tidak disalahguna dan disalahpakai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab jika berlakunya surat beranak hilang. Semoga artikel ini bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Daftar Kelahiran Anak Baru Lahir, Ini Dokumen Penting Yang Perlu Dibawa Bersama
Baca juga: Permohonan Mykid Anak Buat Kali Pertama Kini Dibuka, Hanya Perlu Walk In & Percuma
Baca juga: 9 Persediaan PENTING Isteri Wajib Buat Sebelum Pasangan Meninggal Dunia, No #1 Paling Mustahak!