11 Benda Saya Selalu Komen Sebelum Ada Anak, Dan Kini Saya Menyesal Sebut!

Sebelum ada anak, sesetengah orang yakin yang dia akan menjalani kehidupan yang teratur dan lebih baik apabila menjadi ibu bapa kelak. Jadi, macam mana sekarang?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Bila saya ada anak nanti, anak saya takkan buat macam tu, dan saya tak akan jadi ibu macam itu."

Pernah tak anda terfikir atau cakap macam ni?

Kami pasti ada di kalangan para ibu yang pernah sebut ayat di atas, terutamanya selepas melihat sikap anak orang lain yang meragam, atau bila si ibu melakukan sesuatu yang kelihatan 'tidak baik' kepada si anak. Contohnya memberi anak bermain gajet, atau membiarkan anak menangis.

"Anak Saya Tentu Tidak Akan Bersikap Begitu." 

Sekiranya anda tidak pernah melalui pengalaman ibu lain, mungkin anda perlu berhenti memberikan komen yang tidak membantu.

Jika difikirkan semula, betapa naif dan pentingkan diri pula sekiranya kita berlagak seolah-olah sempurna!

Walaupun kita mempunyai cara dan pendapat tentang membesarkan anak, tetapi ibu harus ingat yang kanak-kanak tidak akan menjadi 100% apa yang kita harapkan. Apatah lagi jika kita tidak tahu sepenuhnya tentang kehidupan orang lain, yang mungkin telah melakukan yang sebaik mungkin tetapi tidak berhasil!

11 Perkara Yang Saya Pernah Sebut Sebelum Mengalaminya Setelah Ada Anak

Sebelum kita menjadi ibu atau mungkin anak masih bayi, ada beberapa perkara yang kita belum laluinya menyebabkan kita tidak tahu keperluan melakukannya.

Ini beberapa perkara yang mungkin kita pernah sebut tentang membesarkan anak, dan mungkin menyesalinya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1 Saya Takkan Gunakan Ipad Atau Telefon Sebagai Pengasuh!

Pakar pediatrik memberitahu pengulangan adalah baik untuk kanak-kanak kecil. Selain membacakan buku, ada yang mengambil inisiatif memberi 'pengulangan' dalam bentuk video sahaja.

Malah pasti ada ibu bapa yang memberi Ipad atau gajet lain untuk memberi sedikit 'masa' membuat kerja lain sebelum kembali melayan anak.

#2 Anak Saya Tak Akan Tantrum Di Tempat Awam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin kita perlu ingatkan diri sendiri yang ketika tantrum: Kanak-kanak sedang menghadapi keadaan yang sukar, bukannya membuatkan kita sukar.

#3 Saya Tidak Order Makanan Luar

Mengaku sajalah ibu, bukannya setiap hari anda masak untuk si kecil.

#4 Saya Tidak Akan Menyerah Apabila Anak Mengada-Ngada

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mungkin cuba yang terbaik untuk tidak memberi apa yang anak mahu, tetapi kesabaran anda ada hadnya. Jalan terbaik, menyerah kalah dan beri apa yang dia mahu.

#5 Kehidupan Rumahtangga Kami Tidak Akan Terjejas Bila Ada Anak

Ada hari di mana suami membantu menjaga anak, dan ada juga di mana dia melakukan bersenang lenang padahal anda semalaman bersengkang mata menjaga si kecil!

Apabila ini berlaku, ada masanya anda berasa sakit hati dan mungkin akan bergaduh pula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6 Saya Tidak Akan Cakap Pasal Anak Saya Dengan Kerap

Bila melihatkan bayi comel sendiri, rasa nak berkongsi kepada dunia! Sememangnya anak paling comel di mata ibu ayahnya bukan? Hihihihi.

Bila sudah mempunyai anak sendiri, barulah kita faham kenapa ibu bapa yang terdahulu sering berkongsi gambar anak. Nah, sekarang anda sudah tahu perasaannya bukan?

#7 Sikap Anak Saya Akan Lebih Baik Dari Itu

Jangan membandingkan anak orang lain dengan anak anda. Tambahan lagi jika anda belum mempunyai anak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kanak-kanak berbeza, dan setiap perlakuan ada sebabnya dan bukan kerana asuhan ibu bapa sahaja. Jika anda pernah mengucapkan kata-kata ini, mungkin anda menyesalinya sekarang sekiranya anak anda melakukan perkara yang sama seperti situasi sebelum ini.

#8 Saya Akan Tetap Bergaya Selepas Mempunyai Anak

HAHAHA...selamat berjaya ya ibu-ibu. Peratusan untuk bergaya mungkin sekadar bergambar segak untuk beberapa minit sahaja, melainkan si suami memberikan anda masa yang cukup untuk bersiap.

Mungkin selepas anak meningkat usia sedikit, anda berpeluang untuk berfesyen seperti biasa setiap  hari.

#9 Saya Tidak Akan Menjerit Kepada Anak Saya

Setiap perkara ada batasnya, ini termasuklah kemarahan seseorang. Jika ibu terlepas menjerit kepada anak, percayalah ramai yang melakukannya. 

Tenangkan diri, dan peluk si kecil semula.

#10 Saya Masih Seorang Yang Cool!

Anda mungkin boleh berkata begini sekiranya anda menganggap anak sebagai rakan, atau semasa bergaul dengan anak saudara. Tetapi percayalah, setelah mempunyai anak sendiri pasti anda mahu menjaganya dengan sangat baik.

Ini bermakna anda lebih tegas, dan pastinya tidak membenarkan anak bergaul sesuka hati. Cara terbaik melakukannya adalah menjadi contoh untuk anak, dengan tidak berparti di malam minggu!

Apa pendapat anda? Ada tak diantara ayat di atas yang anda pernah ucapkan dahulu?

Mungkin semasa itu anda tidak tahu kerenah setelah menjadi ibu bapa, atau keperluan melakukan sesuatu sebelum mengalaminya. Jika anda berhadapan dengan sesiapa yang berkelakuan di atas, senyum sahaja ya dan doakan yang baik!

Bagaimana anda menangani tantrum anak?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: scarymommy

Baca juga:

 

Penulis

Beto Rahman