Aktiviti berenang sememangnya selamat untuk orang yang mempunyai asma namun, terdapat kandungan yang berbahaya di kolam boleh menyebabkan simptom asma seperti batuk yang teruk.
Beberapa kajian telah mendedahkan bahawa paras klorin yang tinggi yang terdapat di kolam renang boleh mempunyai kesan yang buruk pada saluran pernafasan.
Seorang ibu, Mazliana Mazlan berkongsi dalam sebuah hantaran di Facebook miliknya bagaimana anaknya mendapat simptom asma ketika mandi di sebuah kolam renang.
Katanya, anaknya pernah batuk teruk lepas beberapa minit masuk dalam kolam renang dan sangkanya kerana sejuk rupa-rupanya disebabkan oleh kandungan klorin yang tinggi dalam kolam renang yang membuatkan anaknya sensitif sehingga batuk ketika berendam.
“Anak hidu air dalam pool yang ada kandungan klorin, ada yang terus batuk, sesak nafas, selsema atau bersin. Bergantung pada reaksi alahan pada anak.
Tambahnya, berenang sangat bagus untuk paru-paru anak tetapi untuk anak yang menghidap asma, cari tempat berenang yang lebih selamat seperti laut dan sungai.
“Pulihkan usus anak, supaya kurang sensitif pada persekitaran. InsyaAllah kalau usus anak dah baik, dia mandi pool pun dah tak batuk lagi,” ujarnya lagi.
Klorin adalah sebatian membunuh kuman, bakteria, dan najis yang sering digunakan untuk kolam renang. Apabila melakukan aktiviti berenang, sedikit klorin dapat disedut ke dalam saluran pernafasan yang boleh menyebabkan kerengsaan, terutama pada orang yang menghidap asma.
Klorin terhidu juga boleh menyebabkan saluran pernafasan perenang menjadi lebih sensitif kepada alergen, yang mencetuskan serangan asma alahan.
Apatah lagi, ia telah diketahui bahawa pendedahan klorin kepada bayi juga boleh menyebabkan asma. Kerana bayi mempunyai paru-paru yang masih berkembang dan tidak sempurna, sehingga sangat sensitif terhadap bahan kimia yang dapat menyebabkan kerengsaan seperti klorin.
Selain memilih laut dan sungai sebagai alternatif, penghidap asma juga boleh memilih kolam renang dengan paras klorin yang tidak terlalu tinggi supaya dapat mengekalkan kesihatan saluran pernafasan dan mengelakkan alergen.
Juga pastikan selepas berenang anak segera membersihkan diri, mandi dengan air yang mengalir dan sabun. Jangan berehat terlalu lama di tepi kolam renang yang masih dalam baju renang. Jika anak telah selesai berenang, segera mandi dan tukar pakaian.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Ini rupanya 6 sebabnya kenapa budak kampung jarang dapat asma
Baca juga : Nafas Bayi Berbunyi, Kerap Batuk Tanda Bayi Asma, Ini Yang Ibu Ayah Perlu Waspada!
Baca juga : Bela Kucing Di Dalam Rumah Berisiko Menyebabkan Asma Kepada Bayi, Ini Ibu Kena Tahu!