8 Simptom Kemurungan Selepas Bersalin Yang Tidak Dijangka, Take Note Supaya Ia Tak Melarat!

Insomnia atau sukar untuk tidur antara simptom kemurungan selepas bersalin yang mungkin anda tidak jangka langsung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemurungan selepas bersalin, atau postpartum depression, sebenarnya sering terjadi, walaupun mungkin tidak selalu dilaporkan di dada akhbar. Justeru adalah amat penting untuk mengetahui simptom kemurungan selepas bersalin supaya ia dapat dicegah awal sekiranya berlaku kepada ibu lepas bersalin.

Kebanyakkan para ibu gagal untuk mengawalnya dan ia boleh menyerang ibu muda berusia 20-an dan juga ibu berpengalaman yang sudah pun beranak 3!

Kita selalunya menganggap kemurungan selepas bersalin, juga dikenali sebagai meroyan, sebagai benda remeh. Malah, ada juga yang sekadar menggelarkan simptom ini sebagai baby blues yang mana perasaan murung itu akan berlalu pergi dengan sendirinya.

8 simptom kemurungan selepas bersalin yang tidak dijangka

Postpartum depression sebenarnya adalah satu masalah serius. Malah bukan ibu saja, bapa pun mungkin juga  ibu dan juga bapa boleh terkena simptom ini.

Antara tanda kemurungan selepas bersalin yang biasa kelihatan adalah tidak mahu bersosial, kurang tenaga, tiada keinginan seks, kepenatan dan juga rasa sedih yang melampau. Selain itu, ada juga beberapa simptom kemurungan selepas bersalin yang kita tidak jangka akan berlaku.

Jika anda perasan yang anda atau kenalan anda menunjukkan simptom luar biasa ini, maka kemungkinan besar, itu adalah tanda postpartum depression. Berikut adalah simptom-simptom tekanan perasaan tersebut:

#1. Insomnia

Sumber: The Asian Parent Singapore

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Insomnia atau kesukaran untuk tidur adalah antara tanda kemurungan selepas bersalin. Sebab itulah, ibu yang baru sahaja menimang cahaya mata dinasihatkan untuk tidur apabila bayi mereka tidur.

Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup amat penting buat para ibu bagi mengelakkan berlakunya postpartum depression.

#2. Rasa tidak sihat

Ramai yang menyangka loya, muntah dan sakit belakang adalah rasa sakit biasa yang mungkin terjadi pada para ibu hamil dan juga pada ibu yang baru bersalin.

Tapi, anda pasti terkejut mengetahui ia boleh jadi satu simptom kemurungan atau depresi yang melampau. Jika anda berasa tidak sihat terutamanya selalu muntah, rasa mual dan sakit belakang, dapatkan bantuan daripada suami dan keluarga untuk mengurangkan kesakitan pada badan anda.

Selain daripada sakit fizikal, postpartum depression juga boleh mengakibatkan sakit kepala, sakit perut dan juga serangan panik.

#3. Berfikir yang bukan-bukan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: The Asian Parent Singapore

Lagi satu tanda atau simptom kemurungan selepas bersalin yang anda mungkin tidak jangka adalah pemikiran negatif. Pelbagai perasaan dan fikiran yang tidak baik akan mula menerawang di fikiran sehinggakan mereka berada dalam ketakutan, tidak senang dan sensitif.

Selalunya, mereka akan berfikir tentang bayi mereka dan senario yang mungkin menimpa si kecil seperti kemalangan, kecederaan dan juga kematian anak!

Jika ini berlaku pada anda, jangan sesekali melayan pemikiran tersebut! Dan, jangan ada rasa malu untuk meluahkannya pada suami atau berkongsi dengan orang yang anda percayai. Dapatkan bantuan segera, ketahuilah yang anda tidak keseorangan dalam hal ini.

#4. Rasa lapar berpanjangan

Anda pasti tidak menyangka sama sekali yang perut lapar juga boleh menjadi salah satu tanda kepada postpartum depression. Ibu yang baru lepas bersalin mungkin tidak berasa tertekan dalam hatinya, tapi dia mungkin menunjukkan simptom kemurungan pada perutnya!

Jika anda selalu makan tidak henti-henti dan masih sering berasa lapar, itu mungkin petanda  kemurungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ya, kalori tambahan memang penting buat ibu yang sedang menyusu badan, tetapi jika rasa lapar anda itu terlalu keterlaluan, bincanglah dengan doktor anda.

#5. Mudah terlupa

Ibu yang sedang mengalami depresi mudah untuk terlupa. Anda mungkin mengalami kesukaran untuk mengingati semula benda yang baru terjadi.

Malah, anda juga tidak mampu untuk buat 2 kerja dalam satu masa dan tidak mampu menyelesaikan beberapa tugasan mudah hingga ke akhirnya. Anda seolah-olah melalui hari dalam keadaan mengelamun.

Keletihan akibat tidak cukup tidur adalah biasa untuk ibu bersalin, tetapi jika ia terlampau serius sehingga menggangu mental anda, dapatkanlah bantuan segera!

#6. Tiada perasaan

Sumber: The Asian Parent Singapore

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini lagi satu simptom tidak dijangka tentang postpartum depression – tiada perasaan. Jika anda rasa hidup anda tidak bermakna, dan tidak berasa apa-apa apabila memikirkan tentang keluarga, bayi, dan penampilan anda, anda mungkin sedang mengalami kemurungan!

#7. Kemarahan yang melampau

Ibu yang mengalami simptom meroyan juga amat mudah untuk rasa tersinggung dan marah. Walaupun ia hanya isu kecil, anda terasa seperti mahu menjerit, membaling barang atau menunjukkan rasa kecewa dan marah anda itu.

Selalunya, rasa marah ini juga akan hadir apabila anda mendengar bayi anda menangis atau apabila anda melihat tubuh selepas bersalin. Jika boleh, jauhkan diri anda dari melempiaskan rasa marah pada bayi. Dekati bayi anda apabila anda tidak lagi berasa marah.

Jika rasa marah yang membuak-buak ini masih hadir, dapatkan bantuan profesional segera.

#8. Tidak mahu sesi bonding dengan bayi

Kebanyakan ibu pasti akan jatuh cinta pandang pertama dengan bayi mereka.  Tetapi, jika anda rasa tidak berminat, ingin berjauhan atau berasa benci pada bayi anda, itu adalah petanda masalah kemurungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ini terjadi, mintalah bantuan seseorang untuk menjaga anak kecil anda sementara anda mendapatkan bantuan untuk mengatasi masalah depresi anda itu.

Ingatlah, ia adalah amat penting untuk anda segera meminta bantuan nasihat dan rawatan daripada doktor anda jika anda mengalami salah satu daripada 8 simptom postpartum depression di atas!

Kesan Stress

Stres ialah sebarang perubahan dalam persekitaran yang memerlukan tubuh anda bertindak balas dan menyesuaikan diri sebagai tindak balas. Tubuh bertindak balas terhadap perubahan ini dengan tindak balas fizikal, mental dan emosi.

Jadi apakah kesan stres1 kepada tubuh badan anda? Anda perlu ambil tahu mengenai perkara ini kerana ia mungkin melibatkan anda yang memberi kesan kepada anda. 

Tekanan menjejaskan semua sistem badan termasuk sistem pernafasan, kardiovaskular, endokrin, gastrousus atau sistem pencernaan, saraf dan pembiakan.

#1. Sistem pernafasan

Tekanan dan emosi yang kuat boleh hadir dengan gejala pernafasan, seperti sesak nafas dan pernafasan yang cepat, kerana saluran pernafasan antara hidung dan paru-paru menyempit.

Tekanan psikologi boleh memburukkan lagi masalah pernafasan bagi mereka yang mempunyai penyakit pernafasan yang sedia ada seperti asma dan penyakit pulmonari obstruktif kronik termasuk bronkitis kronik2.

#2. Sistem kardiovaskular

Tekanan kronik, atau tekanan berterusan yang dialami dalam tempoh masa yang berpanjangan, boleh menyumbang kepada masalah jangka panjang untuk jantung dan saluran darah.

Peningkatan kadar denyutan jantung yang konsisten dan berterusan, dan paras hormon tekanan dan tekanan darah yang tinggi, boleh menjejaskan badan. Tekanan berterusan jangka panjang ini boleh meningkatkan risiko hipertensi, serangan jantung, atau strok. 

#3. Sistem pencernaan

Usus mempunyai ratusan juta neuron yang boleh berfungsi secara bebas dan sentiasa berkomunikasi dengan otak menjelaskan kenapa ada perasaan seperti  “rama-rama” di dalam perut.

Tekanan boleh menjejaskan komunikasi otak-usus ini, dan boleh mencetuskan kesakitan, kembung perut, dan ketidakselesaan usus yang lain untuk dirasai dengan lebih mudah.

Usus juga didiami oleh berjuta-juta bakteria yang boleh mempengaruhi kesihatannya dan kesihatan otak, yang boleh memberi kesan kepada keupayaan untuk berfikir dan mempengaruhi emosi.

Tekanan dikaitkan dengan perubahan dalam bakteria usus yang seterusnya boleh mempengaruhi mood. Oleh itu, saraf dan bakteria usus sangat mempengaruhi otak dan sebaliknya.

Jadi bagi ibu yang lepas bersalin, tidak mustahil anda alami sembelit jika anda dalam keadaan tertekan. 

Cara menangani

Anda tidak boleh mengelak tekanan, tetapi anda boleh menghentikannya daripada menjadi keterlaluan dengan mengamalkan beberapa cara menanganinya. Ia termasuklah:

  • Bersenam apabila anda merasakan gejala tekanan datang. Walaupun hanya dengan berjalan kaki ia boleh meningkatkan mood anda. Bagi ibu yang baru lepas bersalin jangan hanya duduk dalam bilik saja, cuba berjalan-jalan perlahan-lahan di luar rumah.
  • Elakkan menyendiri. Isi masa anda dengan perkara yang anda sukai. 
  • Elakkan rasa bimbang melampau. Sebagai ibu baharu, memang anda akan banyak berfikir malah akan menjadi seseorang yang selalu berfikir.
  • Pertimbangkan untuk berbincang dengan ahli terapi3 atau dapatkan bantuan daripada pakar untuk mengelakkan tekanan.
  • Jaga badan anda dengan baik setiap hari. Makan dengan betul, bersenam dan tidur yang cukup membantu badan anda mengendalikan tekanan dengan lebih baik.
  • Kekal positif dan amalkan rasa syukur, mengakui bahagian yang baik dalam hari atau kehidupan anda.
  • Terima bahawa anda tidak boleh mengawal segala-galanya. Cari cara untuk melepaskan kebimbangan tentang situasi yang tidak boleh anda ubah.
  • Kekal berhubung dengan orang yang membuat anda tenang, menggembirakan anda, memberikan sokongan emosi dan membantu anda dengan perkara praktikal. Rakan, ahli keluarga atau jiran boleh menjadi pendengar yang baik atau berkongsi tanggungjawab supaya tekanan tidak menjadi berat.
  1. American Psychological Association (November 1, 2018). Stress effects on the body. www.apa.org/topics/stress/body
  2. Cleveland Clinic (January 28, 2021). Stress. my.clevelandclinic.org/health/articles/11874-stress
  3. Mayoclinic (March 24, 2021). Stress management. www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/stress-management/in-depth/stress-symptoms/art-20050987

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Batu Meriyan Punca Wanita Sedang Berpantang Senang Meroyan? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Baca juga: Waspada Gejala Meroyan Selepas Bersalin, Para Ibu Ambil Tahu 5 Tanda Bahaya Ini!

Baca juga: Boleh Meroyan Sebab Basuh Rambut Masa Pantang? Ada Yang Sampai Tak Cuci Sebulan!

Penulis

Noor