6 Cara Betul Menyusukan Anak Sindrom Down, Jika Salah Teknik Boleh Bahayakan Nyawa Mereka!

Memiliki anak anak sindrom down adalah rezeki buat ibu bapa. Ada cara yang betul untuk menyusukan mereka dengan selamat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap ibu ada cabaran sendiri dalam menyusukan anak. Tetapi lebih mencabar penyusuannya apabila mereka dikurniakan anak istimewa seperti sindrom down.

Ada bezakah cara menyusukan anak sindrom down dengan anak yang lain? Tidak salah untuk kita belajar ilmu baru bagi memastikan cara kita menyusukan mereka itu selamat.

Down syndrom yang juga dikenali sebagai Down atau Trisomi 21 adalah gangguan genetik yang tidak dapat diubati dan boleh menyebabkan masalah kesihatan fizikal dan mental, dan ketidakupayaan.

Sindrom down bukan penghalang bayi dapat khasiat susu ibu

Terdapat pelbagai sindrom down mempengaruhi seseorang yang mana ada sesetengah individu terjejas teruk sementara yang lain bermasalah sederhana dan boleh menjalani kehidupan yang relatif normal.

Menurut Dr Mohd Ramzdhan Mohd Masdar, sindrom down adalah suatu keadaan yang disebabkan oleh ralat dalam maklumat genetik seseorang.

Untuk lebih mudah difahami, genetik ialah istilah yang merujuk kepada struktur dalam sel-sel badan yang boleh diwarisi seseorang.

Dalam kes sindrom down, struktur kromosom sindrom down iaitu nombor 21 diwarisi secara berlebihan. Kromosom merupakan protein yang diperlukan untuk penghasilan keperluan sel, tisu dan struktur lain dalam badan.

Anda boleh bayangkan kromosom seperti ‘cakera-keras’ yang mengandungi informasi untuk kod-kod bagi komputer untuk beroperasi dengan lancar. Doktor dan saintis tidak mengetahui penyebab Sindrom Down namun beberapa faktor risiko telah dikenalpasti. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ujian yang boleh diambil bagi mengesan sindrom down pada bayi semasa hamil

Seperti yang kita tahu sindrom down adalah kecacatan yang terjadi disebabkan masalah genetik. Terdapat beberapa ujian yang boleh doktor lakukan untuk mengesan sindrom down pada bayi semasa hamil:

#1. Nuchal Translucency (NT)

Nuchal Translucency untuk mengukur ketebalan cecair di belakang leher bayi anda. Bayi lebih cenderung mengalami sindrom sekiranya cecair tersebut lebih banyak terkumpul.

NT scan ini hanya boleh dilakukan dalam tempoh 11 minggu hingga 13 minggu kehamilan. Biasanya selepas 15 minggu cecair ini akan menjadi kulit dan kecatatan genetik tidak lagi dapat dibezakan melalui ultrasound. Ketepatan ujian untuk mengesan bayi sindrom down ini sehingga 70%.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nuchal Translucency (NT) dapat mengesan kecacatan genetik lain seperti sindrom patau dan sindrom edward

#2. Ujian Darah

Sindrom down boleh dikesan sebelum kelahiran melalui ujian darah. Ujian saringan dilakukan yang mana darah ibu diambil dan diuji untuk Alfafetoprotein, Estriol tidak Konjugat dan Human Chorionic Gonadotrophin.

Ujian ini dilakukan pada miggu 15 hingga 18 kehamilan. Jika ujian ini digabungkan dengan NT scan ia boleh memberikan ketepatan sehingga 87%.

#3. Non Invasive Chromosomal Check (NICC)

NICC adalah satu kaedah terbaru untuk menyaring untuk ketidaknormalan pada kromosom janin. Ia merupakan ujian darah yang mana DNA janin daripada darah ibu dapat diekstrak untuk dianalisa bagi sebarang ketidaknormalan yang menunjukkan tanda mengandung anak sindrom down. Ia boleh dibuat seawal 10 minggu dengan ketepatan yang sangat tinggi melebihi 98%.

#4. Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik selalunya disarankan jika ujian saringan anda memberikan keputusan yang positif atau anda berisiko tinggi untuk mendapat Sindrom Down.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ujian diagnostik akan memberikan keputusan sebenar samada betul anak anda mengalami Sindrom Down dengan ketepatan 99.99%.

#5. Amniocentesis

Adalah prosedur yang mana air ketuban akan diambil menggunakan jarum yang ditusuk kedalam rahim ibu. Sampel air ketuban tersebut akan dikaji untuk mengesan ketidaknormalan pada kromosom.

Ujian selalunya dilakukan pada usia kandungan 15-20 minggu dengan risiko keguguran cuma 1%.

Ciri-ciri fizikal sindrom down

Penjelasan dengan lebih lanjut ciri-ciri fizikal mereka adalah seperti berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Muka yang rata

Selain hidung, mereka juga mempunyai bentuk muka yang rata. Anda akan boleh nampak ini jika anda melihat daripada sisi wajah bayi tersebut.

#2. Lebihan kulit pada tengkuk

Bayi sindrom down ini mempunyai leher yang lebih pendek berbanding kebanyakan bayi normal. Sesetengah daripada mereka mempunyai lemak berlebihan di leher.

#3. Mata yang menyepet ke atas

Ciri-ciri sindrom down pada bayi juga boleh dilihat daripada matanya. Hujung sisi matanya menjunam ke atas, tidak lurus seperti bayi normal. Ini merupakan salah satu tanda-tanda down syndrome.

#4. Kepala kecil

Ciri pertama bayi sindrom down adalah kepala mereka lebih kecil daripada kepala bayi secara umum. Untuk memastikannya doktor boleh mengukur lilitan kepala dan melakukan plot pada lengkung lilitan kepala kanak-kanak.

#5. Otot yang lemah (hipo-tonia)

Tingkah laku bayi sindrom down agak pasif. Ini kerana mereka mempunyai masalah hipo-tonia yang menyebabkan otot mereka lebih lemah berbanding bayi normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Jurang yang besar antara ibu jari dan jari kedua kaki

Bayi yang mengalami kecacatan kromosom ini akan mempunyai jarak yang agak jauh antara ibu jari dan jari kaki yang lain terutamanya jari telunjuk.

#7. Telinga yang kelihatan lain dari biasa

Apabila dilihat dari bahagian depan, telinga pada bayi sindrom down berada di bawah garis mata. Berbanding bayi normal, kedudukan puncak telinga berada pada tahap dengan garis mata.

Cara menyusukan bayi sindrom down

Banyak yang perlu dipelajari bagi memahami anak sindrom down supaya mereka dapat dijaga sebaiknya:

#1. Pastikan anda bangunkan bayi

Bayi sindrom down tidak seperti kebanyakan bayi. Mereka tidak memberikan isyarat lapar yang terlalu jelas seperti bayi biasa. Jadi sebagai ibu, anda perlu rajin bangunkan bayi anda.

Letakkan payudara anda di mulutnya untuk mendorong anak anda menyusu. 

#2. Posisi menyusu betul untuk bayi sindorm down

Menyusukan bayi sindrom down adalah lebih baik untuk memastikan tubuh bayi dekat dengan payudara anda. Selain itu pastikan agar telinga, bahu dan pinggulnya berada dalam satu garis lurus.

Boleh gunakan bantal untuk ampu badan bayi anda. Sekiranya tersedak, terus tegakkan lehernya dan pastikan kedudukan mulutnya lebih tinggi daripada puting payudara anda.

#3. Menyusu dalam keadaan menegak bayi sindrom down

Pastikan juga anda menyusukan bayi dalam keadana menegak bagi mengelakkannya mudah tersedak jika susu anda laju. Posisi anda juga perlu betul.

Pilih kerusi yang baik untuk postur anda. Anda juga boleh gunakan nursing pillowyang mana ia akan mengurangkan keadaan tangan lenguh dan tergantung ketika anda menyusu.

Nuring pillow kini amat mudah didapati dan lebih mudah anda untuk mengampu bayi dan mengurangkan lenguh tangan dan sakit belakang kerana terpaksa menampung badan bayi.

#4. Mereka cepat letih, jadi bantu mereka

Bayi yang masih kecil memiliki otot rahang yang lemah. Jadi rahang mereka akan cepat lenguh. Jadi bantu bayi anda dengan meletakkan jari telunjuk anda di dagu dan rahang bayi.

Dengan menggunakan sebelah lagi tangan, pegang payudara anda bagi memudahkan bayi menghisap puting. 

#5. Bangunkan bayi jika tertidur

Bangunkan bayi anda jika dia tertidur ketika menyusu bagi memastikan mereka sedar dan mengelakkannya daripada tersedak. Selain itu, jika mereka tertidur mereka mungkin tidak sempat kenyang.

#6. Kerap tapi singkat

Jika anda perasan bayi cepat letih ketika menyusu, beri dia susu kerap tetapi dalam masa yang singkat. Tidak perlu terlalu lama kerana ia hanya akan membuat mereka meragam. 

Menyusu dapat membantu kanak-kanak dengan sindrom down untuk mengembangkan koordinasi dan juga membina kekuatan dalam otot muka mereka. Menguatkan otot muka juga baik untuk pertuturan dan dapat membantu anak berbicara lebih baik di masa depan.

  1. ms.lafamiliallc (n.d) Menyusukan Anak Dengan Sindrom Down. ms.lafamiliallc.com/breastfeeding-child-with-down-syndrome-52467

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga: Satu Lagi Kes Kematian Covid-19 Melibatkan Bayi Sindrom Down Berusia Setahun Di Sabah

Baca juga: Kelainan Kromosom Boleh Dikesan Semasa Hamil, Jika Tidak Bayi Mungkin Miliki 5 Sindrom Ini

Baca juga: Anak Down Syndrome Jadi Model Oshkosh B’gosh!

Penulis

Lala Annuar