Anak Disahkan Menkes Syndrome, Ayah Gigih Bina Makmal Di Rumah & Hasilkan Ubat Sendiri

Sindrom menkes adalah penyakit yang jarang berlaku. Sorang ayah sanggup membina makmal di rumah dan kaji sendiri ubat untuk rawatan anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bina makmal di rumah untuk mengkaji ubat bagi rawatan anak lelaki berusia 2 tahun yang disahkan sindrom menkes. Itulah pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah di China yang berusaha agar anak kesayangan kembali sihat dan normal.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak disahkan sindrom menkes, ayah gigih berusaha panjangkan hayat anak
  • Ayah bina makmal, buat kajian dan belajar farmaseutikal
  • Kerana sayang seorang ayah, Xu Wei beri anak ubat hasil kajian sendiri
  • Ibu ayah lain minta bantuan

Anak disahkan sindrom menkes, ayah gigih berusaha panjangkan hayat anak

Kisah pengorbanan Xu Wei terhadap anaknya, Haoyang ini telah menyentuh hati ramai kerana dia begitu gigih ingin menyelamatkan nyawa anak lelakinya.

Difahamkan Haoyang menderita Sindrom Menkes iaitu gangguan genetik yang mana ia memberi kesan terhadap tubuh badannya. Difahamkan mereka yang disahkan menghidap sindrom ini sukar untuk bertahan melebihi usia 3 tahun.

Malah, ubat rawatan bagi sindrom ini juga tidak boleh didapati di mana-mana tempat di China. Ditambah lagi sempadan ditutup kerana pandemik Covid-19.

Adalah mustahil untuk Xu Wei melakukan perjalanan bagi mendapatkan rawatan kepada anaknya sekaligus ia turut mendorongnya menghasilkan ubat sendiri untuk membantu rawatan Haoyang.

Ayah bina makmal, buat kajian dan belajar farmaseutikal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Xu Wei membangunkan sendiri makmal di rumah untuk menyediakan ubat bagi rawatan anaknya. Ia selepas Haoyang didiagnosis dengan Menkes Syndrome dan ayahnya kemudian bertekad untuk ‘berjuang’ bagi rawatan penyakit kritikal anaknya.

Xu Wei mengetahui bahawa ia tidak dapat diubati malah, satu-satunya ubat rawatan untuk sindrom itu juga tidak didapati di China. Kemudian, dia mula melakukan kajian dan belajar tentang farmaseutikal.

Kebanyakan dokumen berkaitan Menkes Syndrome juga banyak ditulis di dalam bahasa Inggeris. Xu Wei menggunakan perisian terjemahan untuk memahami kesemua dokumen tersebut. Selepas hasil pembacaan, kajian dan mempelajarinya, Xu Wei membina makmal di rumah iaitu di sebuah gym milik ayahnya.

Malah, Xu Wei mengingati bahawa idea untuk membina makmal itu juga ditentang oleh keluarga dan rakan-rakannya yang menganggap ia suatu yang mustahil.

Selain itu, dia turut dipetik berkata, walaupun anaknya tidak boleh bergerak mahupun berkomunikasi, Haoyang mempunyai jiwa dan merasakan emosi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beri anak ubat hasil kajian sendiri untuk merawat sindrom menkes

Dalam masa sama, Xu Wei memberikan anaknya ubat harian mengikut dos yang mana ia adalah hasil kajiannya sendiri. Dia mendakwa beberapa ujian darah mendapati kembali kepada normal selepas dua minggu anaknya menerima rawatan.

Kemudian, Xu Wei menyediakan peralatan untuk menghasilkan sendiri ubat-ubatan. Dia mencampurkan chloride dihydrate bersama histidine, sodium hydroxide dan air. Selepas enam minggu, dia menghasilkan ubat tersebut untuk anaknya.

Terlebih dahulu dia akan mengujinya ke atas arnab sebelum ke tubuhnya sendiri. Apabila dia mendapati tiada kesan sampingan terhadap arnab dan dirinya, Xu Wei mencubanya pula kepada anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Artikel itu juga memetik, sekiranya keadaan seperti biasa, Xu Wei akan keluar negara bagi mendapatkan rawatan untuk anaknya. Bagaimanapun disebabkan sempadan China ditutup berikutan Covid-19, ‘ahli kimia amatur’ itu tidak boleh berbuat demikian untuk mendapatkan pakar di luar negara.

Ibu ayah lain minta bantuan untuk penyakit menkes

Xu Wei menjelaskan, ubat yang dihasilkannya bukan penawar tetapi ia hanya untuk melambatkan kesan penyakit tersebut. Ada ibu ayah lain yang mempunyai anak dengan gejala Menkes Syndrome turut menghubungi Xu Wei.

Namun dia menolak dan mengatakan hanya bertanggungjawab terhadap anaknya. Dalam masa sama, pihak berkuasa kesihatan juga tidak masuk campur terhadap Xu Wei yang menghasilkan ubat untuk anaknya selagi dia hanya melakukannya untuk kegunaan di rumah.

Biarpun rakan-rakannya berusaha untuk menyuarakan perkara tersebut,  Xu Wei bertekad melakukan apa sahaja untuk anaknya. Malah, dia merancang untuk mempelajari bidang biologi molekul di universiti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Demikian kisah kasih sayang seorang ayah ditonjolkan oleh Xu Wei. Mana-mana ibu ayah yang ditakdirkan anak mengidap penyakit atau ditimpa kesusahan dan kepayahan, mereka sanggup melakukan apa sahaja dalam memastikan anak hidup dengan sihat.

Semoga dipermudahkan urusan ibu ayah dalam menjaga anak-anak yang diberikan ujian sakit.

Penulis asal Ally Villar. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Ibu Sanggup Buang Anak Yang Baru Berusia 2 Tahun Kerana Suami Baru Tidak Suka

Baca juga: Detik-Detik Cemas Seorang Ibu Bersalin Dalam Kapal Terbang, Bayi Diberi Nama ‘Sky’

Baca juga:  Sering Dimarahi Datuk Nenek Pilih Kasih, Tapi Cucu Tetap Sayang Tak Pernah Berdendam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan