Jangan Risau, Walau Ada Sindrom PCOS, Anda Masih Boleh Hamil! Ikuti Langkah Ini

Walaupun ada sindrom PCOS, anda masih boleh hamil cuma pastikan rawatan yang dilakukan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda Sindrom PCOS iaitu Ovari Polisistik boleh mengganggu tahap kesuburan wanita, mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dan menjejaskan keyakinan diri mereka terutama sekali untuk hamil dan memiliki cahaya mata.

Bagaimanapun, sebenarnya, banyak kes wanita yang ada sindorm PCOS sebenarnya berjaya hamil, malah bukan sekali, dua tetapi berkali-kali.

PCOS sering dikaitkan dengan kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata di mana persepsi ini perlu diubah kerana wanita yang menghidapi masalah ini sebenarnya mempunyai jumlah telur yang banyak tetapi kualiti telur mereka bersaiz kecil dan kurang berkualiti.

Anda masih boleh hamil dengan sindrom PCOS, jangan putus asa!

Kredit: verywellhealth

Menurut, Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi & Perubatan Reproduktif, Datuk Dr Zamri Abdul Rahim, mereka yang ada sindrom PCOS ini, ovari mereka mempunyai cyst atau telur-telur kecil selain mempunyai hormon lelaki yang berlebihan.

Wanita-wanita ini boleh datang berjumpa dengan doktor dengan pelbagai masalah biasanya adalah haid tidak menentu atau tidak datang haid. Selain itu mereka juga mungkin memiliki masalah rambut gugur, mempunyai berat badan berlebihan dan masalah biasa yang ditemui adalah kesukaran mereka untuk mengandung.

Kenapa mereka yang ada sindrom PCOS susah untuk mengandung?

Kredit: endocrine

Bagi ovari wanita biasa yang tiada sindrom ini, apabila waktu subur, telurnya akan menetas. Tetapi mereka yang memiliki sindrom ini, masalah mereka adalah telur tidak menetas. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, kualiti telur yang keluar daripada mereka yang ada sindrom ini juga tidak begitu baik. Kalau mereka mengandung, kebanyakannya akan alami masalah keguguran dan mereka ini terlalu mudah untuk alami keguguran. Mereka ini kerap gugur contohnya tidak sampai 12 minggu kehamilan dia gugur.

Jika dia boleh mengandung dengan lebih lama, masalah lain yang akan dihadapi adalah kebarangkalian untuk menghidap kencing manis ketika hamil atau GDM, bayi kecil, darah tinggi.

PCOS akan kekal, tak boleh sembuh tetapi boleh dikawal

Mereka yang ada PCOS akan kekal dan tidak boleh sembuh ia akan kekal sehingga individu itu meninggal dunia tetapi ia boleh dikawal dengan rawatan.

Tetapi apabila seseorang yang ada PCOS sudah berumah tangga, dia mesti mahu mengandung. Apa yang boleh dibuat adalah rawatan kesuburan kepada mereka. 

Sekiranya dia dapat dirawat, dengan memberi ubat yang betul dan sesuai dengan individu itu, dia ada peluang yang lebih baik untuk mengandung, malah lebih tinggi peratusan kejayaan untuk mengandung lebih tinggi daripada mereka yang ada masalah senggugut. 

Dirawat lebih awal lebih baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: nutraingredient

Seeloknya mereka yang ada PCOS ini dirawat lebih awal pada usia remaja. Sebagai contoh, inositol adalah salah satu suplemen yang diguna pakai di seluruh dunia, untuk orang PCOS kerana banyak kajian menunjukkan apabila diberi ubat inositol ini, dan dicampur dengan ubat kesuburan lain untuk PCOS, kebarangkalian untuk mengandung adalah tinggi.

Tips lindungi kandungan bila sudah berjaya hamil dengan sindrom PCOS

Wanita dengan PCOS berkemungkinan untuk mengalami masalah kesuburan dan jika hamil, komplikasi kehamilan boleh berlaku terutama sekali keguguran. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi ini yang boleh dilakukan untuk menjaga kehamilan anda:

#1. Pengambilan metformin

Disebabkan pesakit PCOS mudah mendapat masalah kerintangan insulin, pengambilan metformin boleh membantu mengawal paras gula di dalam darah.

Metformin adalah sejenis ubat yang kerap digunakan untuk pesakit kencing manis jenis 2 yang mempunyai paras gula darah yang tinggi disebabkan badannya rintang terhadap insulin.

Insulin adalah sejenis hormon yang berfungsi untuk mengawal paras gula di dalam darah. Di samping itu, ia mengurangkan penghasilan gula daripada hati, memperlahankan penyerapan gula daripada usus dan meningkatkan penyerapan gula oleh sel-sel di dalam badan.

Terdapat kajian menunjukkan metformin mempunyai kesan positif dalam mengurangkan kadar keguguran pada wanita dengan penyakit PCOS.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Kurangkan aktiviti lasak

Lebih baik anda kurangkan aktiviti lasak yang ternyata boleh mendatangkan bahaya kepada anda dan kandungan. Lepas bersalin nanti nak lasak pun boleh.

Tetapi dengan keadaan anda yang sangat fragile, eloklah dikurangkan.

#3. Elak stres

Stres akan menyebabkan berlakunya darah tinggi yang boleh memberi kesan kepada tekanan darah ibu hamil dan boleh menyebabkan preeklampsia yang mengundang bahaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sindrom Polisistik Ovari (PCOS)

Baca juga: Gejala PCOS Penyebab Ramai Wanita Sukar Hamil, Ini Penjelasan Dari Pakar Perubatan

Baca juga: 8 Perkara Ini Penyebab Utama Susah Hamil Anak Kedua! Adakah Anda Alaminya?

Penulis

Lala Annuar