Lepas Bersalin, Jangan Lupa Tanya Skor APGAR Anak Pada Doktor! Penting Elak Komplikasi Lain

Pasti anda pernah dengar mengenai skor APGAR kan? Ia penting untuk ibu ayah ketahui kerana berkaitan dengan kesihatan bayi anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah dengar skor APGAR? Atau anda pernah tengok pada buku merah mengenai kelahiran bayi anda. Mesti pelikkan dan tertanya-tanya skor apgar itu apa?

Bagi yang tak pernah dengar, cuba semak buku merah anda, pasti ada skor APGAR untuk bayi anda yang baru lahir itu. 

Skor APGAR bermaksud satu metod yang sangat simple dan mudah dilakukan bagi menilai tahap kesihatan bayi yang baru dilahirkan.

Skor APGAR penting tentukan tahap kesihatan anak anda

Kredit: theasianparent

Perkara ini penting ya untuk ibu ayah ambil tahu untuk pastikan anda peka tentang kesihatan anak anda sendiri. Tidaklah anda tertanya-tanya sama ada anak itu sihat atau sebaliknya yang memerlukan rawatan dan perhatian lanjut. 

Skor APGAR dikatakan diperkenalkan oleh Dr. Virginia Apgar, seorang pakar bius kanak-kanak pada tahun 1952.

Skor APGAR adalah dari nilai 0 hingga 10. Lima kriteria berikut diambil kira.

  • Appearance– rupa
  • Pulse-nadi
  • Grimace-mimik muka/respons,
  • Activity-pergerakan
  • Respiration-pernafasan

Cara kiraan: Sekiranya kesemua skor APGAR mendapat nilai 2, maka 2 x 5 skor = 10/10. Kalau setiap satu skor APGAR itu 1, maknanya akan dikira 1 x 5 = 5/10.

Penilaian skor APGAR dilakukan antara 1- 5 minit selepas bayi dilahirkan dan akan diulang beberapa kali sekiranya skor itu rendah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Skor 1/10 hingga 3/10 bermaksud sangat rendah dan bayi tidak sihat
  • Skor 4/10 hingga  6/10 tahap kesihatan bayi sedikit rendah
  • Manakala skor 7/10 – 9/10 dinilai sebagai bayi yang amat sihat

Skor 10/10 jarang dicapai kerana setiap bayi akan kelihatan sedikit cyanotic (kebiruan) selepas lahir.

Bagi bayi yang mencapai skor 1/10 – 3/10, skor ini ini akan diperiksa oleh doktor setiap lima minit.Sekiranya ia masih tidak meningkat selepas 30 minit, kemungkinan kecacatan saraf telah berlaku serta peluang bayi menghidap cerebral palsy meningkat.

Mengenali bayi cerebral palsy

Cerebral Palsy adalah gangguan kebolehan mengawal kedudukan dan pengaktifan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang.

Ia boleh terjadi pada 1 hingga 2 daripada 1,000 bayi, tetapi lebih 10 kali sering melibatkan bayi pramatang dan juga sering terjadi pada bayi yang tidak cukup berat badan semasa lahir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cerebral palsy biasanya disebabkan oleh kecederaan otak yang terjadi semasa:

  • bayi masih berada dalam kandungan
  • proses bersalin berlangsung
  • bayi baru lahir
  • anak berumur kurang dari 5 tahun

Tetapi kebanyakan penyebabnya tidak diketahui. 10-15% terjadi akibat cedera lahir dan kekurangan aliran darah ke otak sebelum, semasa dan setelah bayi lahir.

Bayi pramatang berisiko tinggi mendapat cerebral palsy kemungkinan kerana saluran darah ke otak belum berkembang secara sempurna dan mudah mengalami perdarahan atau kerana tidak dapat mengalirkan oksigen dalam jumlah yang memadai ke otak.

Penyebab kecederaan otak bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: bisamandiri

Antara penyebab kecederaan otak bayi termasuklah:

  • Kadar bilirubin yang tinggi di dalam darah (sering ditemui pada bayi baru lahir), biasa menyebabkan kernikterus dan kerosakan otak (prolong jaundice)
  • Penyakit serius pada tahun pertama kehidupan bayi (misalnya ensefalitis, meningitis, sepsis, trauma dan dehidrasi berat)

Gejala cerebral palsy

Kredit: alodokter

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gejala cerebral palsy  biasanya timbul sebelum anak berumur 2 tahun dan pada kes yang teruk, boleh dikesan pada seawal umur 3 bulan.

Gejalanya berbeza, sehingga ada yang menyebabkan perubahan bentuk tangan dan kaki sehingga anak terpaksa memakai kerusi roda.

Ia terbahagi kepada empat jenis iaitu:

#1. Jenis spastik

  • otot-otot menjadi tegang dan lemah.
  • Quadriplegia (kedua tangan dan kedua kaki)
  • Diplegia (kedua kaki)
  • Hemiplegia (tangan dan kaki pada sebelah badan)

#2. Jenis diskinetik 

  • otot tangan, kaki dan badan secara spontan bergerak perlahan, menggeliat dan tidak terkawal tetapi biasa juga timbul gerakan yang kasar dan boleh jadi kejang

#3. Jenis ataksik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • terdiri dari getar, langkah yang goyah dengan kedua kaki terpisah jauh, gangguan perseimbangan yang menyebabkan pergerakan kaki dan tangan tidak sempurna

#4. Jenis campuran

  • merupakan gabungan dari jenis spastik dan diskinetik.

Gangguan lain yang juga biasa ditemui di kalangan pesakit cerebral palsy

  • Kecerdasan di bawah normalSawan/epilepsi (terutama pada jenis spastik)
  • Gangguan menghisap
  • Pernafasan yang tidak teratur
  • Gangguan berbicara
  • Gangguan penglihatan
  • Gangguan pendengaran

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: catlinaflybaby, myhealth

Kredit foto: alodokter

Baca juga: Ujian Pemeriksaan Untuk Bayi Baru Lahir, Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

Penulis

Lala Annuar