Jangan Seronok Sangat Ya Ibu Kalau Bayi Tidur Lama, Dia Mungkin Menghidap...

Tak seindah namanya, sleeping beauty syndrome atau Kleine-Levin Syndrome (KLS) menyebabkan penderitanya sentiasa mengantuk dan tidur lebih 20 jam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namanya indah, seindah cerita dongeng Inggeris, namun yang menghidapnya tidak mampu hidup normal. Ternyata cerita dongeng sleeping beauty wujud di alam nyata apabila wujudnya penyakit sleeping beauty syndrome

Sleeping beauty syndrome atau nama perubatannya Kleine-Levin Syndrome (KLS) adalah keadaan di mana penderitanya akan sentiasa memgantuk dan mengalami tempoh tidur berlebihan.

Kleine-Levin Syndrome (KLS) adalah gangguan neurologi yang jarang berlaku dan kompleks yang mana ia dikaitkan dengan tempoh tidur yang berlebihan, perubahan tingkah laku dan bagaikan ‘lost‘ dari kehidupan di dunia ini.

Dilaporkan hanya 1,000 orang di seluruh dunia menghidup penyakit jarang jumpa ini!

Sleeping beauty syndrome biasanya menyerang lelaki

Seperti kisah seorang kanak-kanak lelaki di Indonesia ini, dia kerap tertidur malah ketika makan pun dia boleh tertidur. Keadaannya nampak terlalu letih dan hanya mahu tidur saja.

Difahamkan kanak-kanak itu mengalami demam pada pada pertengahan tahun lalu dan keadaannya semakin teruk dan tidur dalam waktu yang lama sepanjang hari. 

Video kanak-kanak itu viral dengan keadaanya yang sering tidur walau di mana juga dia berada. Kesian pula melihatnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasa menyerang lelaki dewasa

Menurut kajian, sleeping beauty syndrome kebiasaanya menyerang orang dewasa dan jarang-jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Dewasa pula ia lebih banyak menyerang lelaki berbanding wanita bagaimanapun tiada kajian terperinci mengapa ia lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita. Kira-kira 70% pesakit sindrom ini terdiri daripada lelaki. 

Pada permulaan, pesakit akan mengalami rasa mengantuk secara beransur-ansur dan tidur hampir sepanjang hari dan malam yang dipanggil hypersomnia yang mana mereka ini tidur lebih dari 20 jam sehari! Hanya tiga hingga ke empat jam saja terjaga.

Mereka ini kadangkala hanya bangun apabila terasa lapar dan mahu makan atau pergi ke bilik air.

Mereka yang mengalaminya seolah-olah hilang dari dunia ini, yang boleh berlaku sama ada berhari, berminggu, berbulan atau bertahun lamanya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ciri-ciri penghidap sleeping beauty syndrome

Pada mata kasar, mereka ini memang nampak sihat, tapi sebenarnya mereka sakit dan perlu dirawat. Jika lihat ada ahli keluarga yang suka tidur, jangan terus mengutuk mereka pemalas sebaliknya cuba bawa mereka jumpa doktor untuk mengesahkan yang mereka ini benar-benar pemalas atau menghidup sindrom sleeping beauty ini.

  • Ciri utama mereka yang diserang sindrom ini adalah tidur dalam masa yang terlalu lama iaitu lebih dari 20 jam sehari
  • Penderita penyakit ini selalunya tidak menyedari mereka menderita sindrom sleeping beauty
  • Ia boleh terjadi dalam pelbagai episod sama ada berhari, berminggu, berbulan atau bertahun lamanya
  • Penderita sering termenung dan tidak sedar dengan apa yang berlaku di sekelilingnya
  • Ketika terbangun pada tengah malam, boleh jadi mereka ini akan berkelakuan seperti anak kecil
  • Kebingungan
  • Kehilangan tenaga dan menjadi sangat lemah
  • Tidak menunjukkan sebarang emosi kepada apa yang berlaku di sekelilingnya
  • Penderita mungkin menjadi lebih sensitif kepada bunyi dan cahaya
  • Kehilangan selera makan
  • Ada juga yang mendakwa mereka ini mempunyai keinginan seksual yang tinggi secara tiba-tiba

Faktor penyebab sindrom sleeping beauty

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sama seperti penyakit lain, masih belum ada penjelasan yang mengaitkan bagaimana penyakit ini boleh menyerang penghidapnya. Tetapi ada gejala yang muncul bersama sindrom ini yang dikaitkan dengan gangguan fungsi hipotalamus dan thalamus pada otak.

Kedua-dua bahagian pada otak ini berperanan dalam menentukan keinginan untuk makan dan tidur. 

Adakah sindrom sleeping beauty boleh dirawat?

Berbanding dengan menggunakan ubat, rawatan untuk bagi sindrom sleeping beauty disyorkan berehat saja di rumah. Beberapa jenis ubat boleh disyorkan untuk mereka yang menghidap sindrom ini antaranya i amfetamin, methylphenidate, dan modafinil yang dapat mengatasi rasa mengantuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimanapun, ubat berkenaan mungkin menimbulkan reaksi berbeza bagi setiap orang kerana tidak semua akan memberi reaksi yang sama kepada kesan ubat berkenaan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: cnnindonesia, klsfoundation, nationalgeographic.grid.id

Baca juga:

https://my.theasianparent.composisi-tidur-suami-isteri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar