Petaling Jaya, 3 September 2024 – September ini, bersedialah untuk sebuah pengalaman yang tiada seumpamanya sempena sambutan Ulang Tahun ke-20 the Curve. Memperkenalkan ‘Slide the Curve’ – sebuah tarikan unik yang menjanjikan keseronokan bagi semua iaitu gelongsor air di dalam pusat beli-belah yang PERTAMA di Malaysia, bertempat di Mutiara Damansara.
Bermula 3 hingga 22 September 2024, the Curve akan ditransformasikan menjadi sebuah taman permainan yang meriangkan, menggabungkan keseronokan ‘slip-n-slide’ gergasi dengan kemeriahan pusat beli-belah. Sepanjang tempoh 20 hari, the Curve bakal dipenuhi dengan suasana ceria dan semangat kemasyarakatan dalam kemuncak sambutan besar-besaran ulang tahunnya yang ke-20.
Acara ini tiba tepat pada masanya sempena cuti sekolah yang akan merentasi tiga hujung minggu. Dari jam 10 pagi hingga 10 malam, para pengunjung the Curve boleh menikmati keseronokan Slide the Curve setiap hari. Dengan sasaran 10,000 pengunjung, Slide the Curve bakal menjadi destinasi penuh aksi di bulan September ini.
Bertemakan ‘Sun-Kissed Adventures’, pelbagai aktiviti menarik bakal disediakan untuk menghiburkan para pengunjung dari semua peringkat umur. Sama ada anda seorang kanak-kanak, seorang remaja atau muda di hati, pastinya ada sesuatu yang menyeronokkan untuk anda nikmati, merangkumi gelongsor air yang mengujakan dan pelbagai program interaktif. Bagi memeriahkan lagi suasana di hujung minggu, lagu-lagu rancak akan diputarkan oleh seorang DJ untuk hiburan semua pengunjung.
“Kami merasa teruja untuk meraikan Ulang Tahun ke-20 kami dengan acara revolusioner seumpamanya,” kata Encik Jazmi Kamarudin, Ketua Pegawai Operasi Boustead Properties Berhad di the Curve. “Perbezaan yang dibawakan oleh Slide the Curve bukan sahaja mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi dan keseronokan, tetapi juga dedikasi kami untuk mengeratkan lagi komuniti setempat dengan sebuah acara yang sukar untuk dilupakan.”
“Sejak dibuka dua dekad lalu, the Curve telah menjadi bukan sekadar sebuah destinasi beli-belah, malahan telah berkembang sebagai sebuah tempat berkumpul yang meriah bagi komuniti setempat. Sejak awal lagi, pusat beli-belah berwawasan ini telah menetapkan penanda aras baharu yang melangkaui pengalaman pusat beli-belah ‘round-the-block’,” tambahnya.
Untuk memeriahkan lagi acara tersebut, the Curve telah bekerjasama dengan pelbagai jenama hiburan dan gaya hidup terkemuka untuk membawakan tawaran eksklusif disesuaikan untuk setiap pengunjung.
Bagi memanfaatkan lagi musim cuti sekolah ini, mereka yang berkeluarga boleh mendapatkan kod promosi, menawarkan pengalaman menyeronokkan di SpyGame dan Hauntu – semuanya pada kadar diskaun untuk keriangan yang berterusan.
Selain itu, pemegang gelang tangan Slide the Curve boleh mendapatkan tawaran beli-belah eksklusif dan promosi di kedai-kedai yang mengambil bahagian di the Curve. Ini dapat menambahkan lagi keseronokan bagi acara tersebut. Bagi mereka yang inginkan percutian hujung minggu sukar untuk dilupakan, Hotel Royale Chulan juga menawarkan pakej cuti inap yang lengkap dengan kod promosi Slide the Curve, menawarkan percutian hujung minggu yang sempurna.
Bagi memastikan semua pengunjung berpeluang untuk menikmati pengalaman yang unik ini, the Curve akan menganjurkan Cabutan Bertuah Ulang Tahun Ke-20nya. Pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam sehingga dua resit akan layak menyertai cabutan bertuah hebat, dengan peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM150,000, termasuk sebuah kereta. Selain itu, mereka yang membelanjakan RM250 dan ke atas boleh menebus barangan edisi terhad sempena ulang tahun ke-20 Curve.
Inisiatif yang menarik ini bakal meningkatkan lagi keterujaan bagi acara tersebut. Ini bakal memberikan lebih banyak alasan kepada orang ramai untuk mengunjungi the Curve dan menyertai acara sambutan tersebut. Dengan adanya pelbagai tawaran yang disediakan, Slide the Curve pastinya akan menjadi salah sebuah acara yang paling hangat diperkatakan di Malaysia.
Jika anda inginkan pengembaraan yang mendebarkan, aktiviti bersama keluarga yang menyeronokkan, atau sekadar ingin menyertai sesuatu yang benar-benar unik, Slide the Curve pastinya mempunyai sesuatu untuk semua. Tandakan kalendar anda, kumpulkan rakan-rakan dan ahli keluarga anda, dan bersedia untuk keseronokan di the Curve pada bulan September ini.
Untuk tiket dan butiran lanjut mengenai Slide the Curve, klik pautan di sini! Untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara akan datang di the Curve, sila layari laman web di www.thecurve.my atau ikuti laman sosial di Facebook dan Instagram.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!