Soalan Yang Kerap Ditanya Tentang Pembedahan C-Section Dan Wajib Diketahui Ibu Hamil

Pembedahan c-section semakin meningkat. Namun, ada ramai ibu hamil yang masih tertanya-tanya tentang prosedur ini. Mari semak soalan yang kerap ditanya tentang pembedahan caesar ini!

Artikel ini bermanfaat untuk ibu-ibu yang baru hamil atau yang sedang merancang untuk hamil atau juga untuk ibu-ibu yang pernah menjalani pembedahan c-section

Berikut adalah beberapa kumpulan soalan tentang pembedahan c-section yang kerap ditanya oleh ibu hamil.

Apakah itu pembedahan c-section?

Foto ehsan: Wayne Harraz

Pembedahan c-section atau secara ringkas ramai yang menyebut c-sec merupakan salah satu cara untuk melahirkan bayi.

Tapi, c-section melibatkan pemotongan di bahagian abdomen untuk mengeluarkan bayi, berbanding bersalin secara normal.

Berapa lama masa untuk pulih selepas pembedahan c-section?

Ini sedikit subjektif kerana kadar penyembuhan seseorang bergantung kepada keupayaan badan.

Ada yang mengambil masa selama hanya beberapa minggu untuk pulih selepas pembedahan c-section. Namun ada juga yang mengambil masa selama beberapa bulan.

Walaubagaimanapun, sentiasa dapatkan nasihat doktor tentang keadaan diri anda.

Pemeriksaan susulan sangat penting untuk memeriksa status diri serta memantau keadaan anda.

Ambil masa untuk berehat. 

Jika rasa sakit dan tidak selesa, lebihkan berehat. Namun jika tak dapat tahan atau terdapat komplikasi seperti berdarah, SEGERA ke hospital!

Bolehkah ibu yang bersalin cara caesar bersenam?

Ini bergantung kepada keadaan badan anda.

Namun, dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil tindakan sendiri.

Selalunya, doktor akan memberi nasihat untuk berehat dalam satu jangka masa tertentu sebelum anda boleh mula bersenam semula.

Mulakan dengan senaman yang tak bagi stress pada badan seperti berenang.

Namun, mula berenang hanya bila pendarahan vagina anda telah berhenti

Adakah ibu yang bersalin cara pembedahan ini boleh menyusu badan?

Menjalani c-sec bukan batu penghalang untuk anda menyusukan anak.

Tiada masalah bagi wanita yang menjalani pembedahan caesarean untuk menyusukan anak mereka.

Anda juga boleh dapatkan nasihat dari konsultan laktasi untuk bantuan cara memegang bayi selepas menjalani c-sec.

Bolehkah saya hamil lagi, bilakah masa terbaik untuk hamil lagi dan adakah saya perlu menjalani pembedahan c-section lagi?

Sudah tentu anda boleh hamil lagi

Jalan yang terbaik adalah dengan mendapatkan nasihat dari doktor anda.

Namun, selalunya, doktor akan menyarankan anda kembali habil selepas 2 tahun dari masa bersalin sebelum ini.

Persoalan tentang perlukah anda menjalani c-sec semula bergantung pada keadaan anda semasa hamil nanti.

Doktor akan memantau keadaan anda dan memberi saranan kaedah bersalin yang terbaik. 

Terdapat pilihan VBAC atau Vaginal Birth After Cesarean di mana wanita yang pernah menjalani c-sec boleh bersalin secara normal pada kehamilan seterusnya.

Artikel berkaitanBersalin Normal Selepas Pernah Kena C-Seksyen – 8 Benda Anda Wajib Tahu

Walaubagaimanapun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Sumber rujukan: Csection Recovery

Kredit gambar: Baby Center

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

6 Mitos Tentang Pembedahan Caesarean Yang Terbukti Salah Dan Tak Patut Dipercayai!

10 Foto Intim Pembedahan Caesarean Dan Kisah Luar Biasa Di Sebaliknya

 

Penulis

Aqma